🌸 02 🌸

1.3K 125 10
                                    


Joshua bangkit lalu membuka pintu. Dia memandang orang yang ada didepan tu dengan hairan. Orang tu bukan cikgu, tapi Sowon. Pelajar baru yang duduk sebelah dia tadi.

"Apa kau buat kat sini?"

Sowon menggaru lehernya yang tak gatal. "Sebenarnya saya nak cari perpustakaan tadi. Lepas tu nampak awak bawa banyak buku, mesti nak ke perpustakaan kan? Jadi saya datang sini juga. Tapi masa nak masuk , pintu tu kunci, perpustakaan ni rosak ke? Sebab tu dikunci kan?"

Joshua menggeleng. Patutlah tak tahu. Dia baru ingat yang Sowon ni pelajar baru. Mestilah tak tahu lagi tentang arahan sekolah ni.

"Ya ni memang perpustakaan, tapi yang ini peribadi, hanya orang tertentu je boleh masuk, kalau kau nak guna perpustakaan, guna yang ada di tepi kantin tu" jelas Joshua.

"Ohh" Sowon angguk² "tapi...kantin dimana pula?" soalnya hairan.

Joshua pusing belakang dan menghela nafas panjang. Dasar pelajar baru, apa pun tak tahu.

"Dari sini, jalan terus, belok kiri dan jalan je terus lagi. And sampai" terangnya.

Sowon angguk² lepas dia dah faham semuanya "ahh okey² terima kasih sebab bagitau, hehe. Saya pergi dulu annyeong!" ucapnya lalu berjalan pergi dari sana.

Joshua hanya geleng² lalu masuk semula dan kunci pintu. Dia duduk semula ditempatnya.

"Kau kenal dia? Kenapa dia datang sini?" soal Wonwoo ingin tahu.

"Dia pelajar baru dalam kelas. Dia ingatkan ni perpustakaan biasa sebab dia ikut aku tadi, tapi aku dah bagitau tempat biasa tu. Jadi dia dah pergi sana"

"Namanya..Kim, Kim Seyon? Sewon? Sowon, Kim Sowon rasanya" balas Joshua. Hhh tak ingat jelas pula nama budak baru tu.

Wonwoo cuma mengangguk faham, lalu dia sambung baca buku semula. "Dia cantik, tapi terlalu tinggi dan kurus"

"Tingginya sama dengan aku, tak lebih pun" balas Joshua tak setuju.

"Yaya, tapi kebanyakan pelajar seusia kita, tak ada lah tinggi dan kurus macam dia" balas Wonwoo semula.

Joshua memutarkan bebola matanya malas "kenapa kita cakap pasal dia pula? Diam jelah" ucapnya. Kenapa mereka jadi berbual tentang Sowon yang mereka tak kenal tu pula eh? Haish.

.

.

.

"Hey" tegur seseorang kepada Sowon yang baru je melalui koridor untuk pergi ke perpustakaan. Dia ialah seorang yeoja cantik. Di belakangnya juga ada dua lagi perempuan lain. Mungkin mereka geng.

"Oh, ada apa?" soal Sowon hairan. Dia melihat nametag yeoja didepannya. Nayeon. Dan dua lagi tu pula Mina dan Chaeyoung.

Nayeon menatapnya tajam "tadi aku tengok kau pergi ke perpustakaan peribadi dan berbual dengan Joshua kan?" soalnya nampak tak mesra.

'Oh, jadi nama lelaki tadi Joshua' gumam Sowon dalam hati. Dia tak tahu pun nama Joshua tadi. "Oh itu, saya tak tahu mana perpustakaan jadi curi² ikut dia tadi, lepas tu dia dah bagitau saya arah perpustakaan yang sebenar...bukan berbual pun" terangnya jujur.

Nayeon mengangguk faham. Jadi Joshua cuma bagitau jalan ke perpustakaan biasa pada Sowon ni. "Okey...tapi aku nak ingatkan sesuatu"

"Jangan dekat² dengan Joshua eh. Kalau kau dekat² dengan dia, siap kau nanti" ugutnya.

Sowon yang tak tau nak jawab apa cuma angguk² faham "ahh, baiklah" balasnya sambil fake smile.

"Bagus, sekarang kau boleh pergi" balas Nayeon lalu memberikan laluan pada Sowon untuk pergi. Sowon pun terus sambung perjalanannya dan pergi dari sana.

Nayeon berpeluk tubuh sambil pandang Sowon dari jauh "awas perempuan tu kalau dia dekat² dengan Joshua aku. Mina, Chae..jom pergi"

Mereka bertiga pun berjalan pergi ke tempat lain bersama. Nayeon ialah pelajar kelas 1B. Dia adalah salah satu fans tegar kepada Joshua. Dia juga queenka sekolah. Dia dah cop yang Joshua tu dia punya. Jadi sesiapa yang cuba dekat dengan Joshua, mesti dia akan buat sesuatu pada orang tu. Mina dan Chaeyoung pula orang kanan a.k.a pengikut setia lah katakan.

.

.

.

Sekarang ni Sowon dan berjaya pergi ke perpustakaan. Tak ramai yang ada disana. Cuma ada dalam 10 orang macam tu je. Sebab yang lain mungkin dah pergi ke kantin untuk rehat, yang ada kat sini pun semua ulat buku je.

Selepas ambil beberapa buku rujukan untuk dibaca, dia pun berjalan untuk cari tempat duduk. Lepas tu dia nampak ada satu tempat kosong yang terletak disebelah seorang gadis.

"Chogio..boleh saya duduk sini?" sapa Sowon perlahan. Maklumlah dekat perpustakaan ni kan dilarang bersuara kuat.

Yang disapa pun terus menoleh. Dia membalas dengan anggukan dan senyum kecil "duduklah"

"Hehe, gumawo" ucap Sowon lalu duduk disebelahnya. Baik juga orang ni. Ingatkan tak bagi duduk tadi.

"Cheonma, pelajar baru eh?" soal orang tadi hairan.

Sowon mengangguk ragu "nae, oh macam mana awak tahu yang saya ni pelajar baru?" soalnya.

"Sebab saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni" balas orang tadi dengan jujur. "Btw nama saya Lee Hanna, panggil Hanna je"

"Ah, nama saya Kim Sowon, panggil Sowon je. Harap boleh jadi kawan hehe. Saya pun tak kenal sesiapa lagi dekat sekolah ni" balas Sowon.

Hanna mengangguk "boleh je jadi kawan. Saya pun tak ada ramai kawan disekolah ni walaupun saya dah lama sekolah dekat sini"

Sowon angguk² faham. Mereka pun berbual panjang berdua untung. Dah jadi kawan pun sekarang. Mereka ada berbual tentang kelas sendiri dan benda² lain juga. Lama² mereka pun jadi akrab berdua.

BERSAMBUNG...

Rainbow ✔Where stories live. Discover now