🌸 15 🌸

891 90 1
                                    


Dirooftop sekolah, Guanlin diheret oleh beberapa orang pelajar kesana. Tentulah itu semua arahan dari Joshua. Dia rasa sangat geram dengan Guanlin, nasib baik Sowon tak apa², kalau tak..memang habis dipijak budak junior ni.

"Leave us" arah Joshua. Dan pelajar² lain pun pergi dari situ, meninggalkan Guanlin, Joshua dan Wonwoo saja disitu.

Guanlin berdiri dan menatap Joshua geram "kenapa kau suruh dorang bawa aku kesini eoh?!" soalnya marah.

"Kau tanya aku kenapa? Kenapa kau perangakap Sowon pergi ke rumah kosong tu dan ikat dia disana?!" soal Joshua juga marah.

"Ah, jadi kau seret aku kesini sebab si Sowon tu" sinis Guanlin.

"Yah, kau tu junior kami, seharusnya kau hormati kami sebagai sunbae" kata Wonwoo yang tak puas hati dengan ucapan kurang ajar dari Guanlin tu.

"Bagitau aku, kenapa kau buat macam tu pada Sowon? Dia pelajar aku, jadi aku rasa dia tak pernah buat dendam dengan orang. Terus kenapa kau nak buli dia?" soal Joshua "baik kau jawab sebelum aku buang kau dari sekolah ni"

"Huh, mentang² kau anak kepala sekolah, kau boleh ugut orang yang kau tak suka macam tulah. Kau fikir aku takut?" sinis Guanlin.

Joshua yang rasa tak puas hati dengan ucapan tu baru je nak pukul Guanlin tapi Wonwoo menahannya "jangan buat macam tu, nanti lagi susah" pesan Wonwoo.

Joshua menahan perbuatannya tu. Kalau diikutkan, memang dah tumbuk Guanlin sekarang juga.

"Aku tak ada dendam lansung dengan Sowon tu. Bahkan aku tak kenal dia lansung" kata Guanlin.

"Habistu kenapa kau perangkap dia kesana?" soal Joshua.

"Aku cuma mengikut apa yang disuruh" balas Guanlin santai.

Joshua dan Wonwoo saling berpandangan. Jadi, ada seseorang yang menyuruh Guanlin melalukan hal tu?

"Nugu?"

"Aku tak boleh bagitau. Mereka dah bayar aku untuk tutup mulut aku. So...aku takkan bagitau korang siapa orang yang suruh aku tu" kata Guanlin.

Joshua hanya menghela nafas. Arraseo, kalau macam tu..dia memang dah tak ada cara lain sekarang.

"Bagitau aku siapa orang yang suruh kau buat macam tu pada Sowon, dan aku akan bayar lima kali ganda dari harga dia bayar kau untuk buat hal tu" kata Joshua.

Guanlin memandangnya tak percaya. Gila, siapa akan tolak kalau dah ditawarkan hal² macam tu? Ini memang urusan yang menguntungkan baginya.

🌸🌸🌸🌸

Dikelas, Joshua berasa bosan. Kini dah dua hari Sowon tak masuk ke kelas. Takkanlah Sowon masih belum sihat lepas kejadian tu? Lagipun Sowon cuma ada beberapa luka kecil je.

'Baik aku cuba pergi lawat dia dirumahnya nanti' gumam Joshua dalam hati.

Kini Joshua dah tahu siapa yang beri arahan kepada Guanlin. Tapi dia tak mahu menyerang orang itu lagi, dia akan diamkan dulu sekarang.

Guanlin cakap, Sowon sendiri pun dah tahu siapa yang memerangkapnya dulu, jadi Joshua ingin Sowon sendiri yang cakap tentang tu. Dia tak nak paksa Sowon. Tapi Sowon akan cakap ke siapa dalangnya?

🌸🌸🌸🌸

"Sowon" sapa Puan Kim yang baru masuk kedalam bilik Sowon sambil bawa dulang yang berisi kek dan jus oren" makan kek ni eoh, omma beli dekat kafe tadi" pesannya lalu letak dulang tu atas meja tepi katil Sowon.

Sowon angguk "nae, omma letak je situ. Nanti Sowon makan"

"Sowon? Kamu dah okey kan? Dah dua hari kamu rehat dan tak pergi sekolah, tak elok ponteng lama²" kata Puan Kim.

"Eoh, Sowon dah sihat. Esok Sowon akan pergi sekolah, jangan risau. Sowon juga tak suka ponteng" balas Sowon.

"Baguslah kalau macam tu, oklah omma keluar dulu ye" ujar Puan Kim lalu berjalan keluar dari bilik Sowon.

Sowon menghela nafas. Nampaknya esok dia akan masuk sekolah semula. Dia rasa sedikit cemas, bukan cemas takut bertembung dengan Nayeon dan gengnya. Tapi dia takut bertembung dengan Joshua.

'Mulai esok aku kena cuba jauhi Joshua, aku kena jaga keselamatan omma dan diri aku. Aku tak tahu sama ada Nayeon tu tipu atau betul² maksudkan kata²nya haritu' gumamnya dalam hati.

Apa apapun, dia tetap harus berwaspada esok. Semoga dia berjaya jaga hati dia dari dekat dengan Joshua. Padahal mereka duduk semeja kot! Ini pasti susah untuk Sowon lakukannya.

🌸🌸🌸🌸

Petang tu Sowon rasa bosan. Dia malas nak keluar, rasanya sekejap lagi hujan akan turun. Padahal sekarang ni cuaca tengah panas.

'Summer rain' gumam Sowon sambil tersenyum sendiri. Dia teringat dulu masa dia di LA, dia dan kawan²nya disana selalu menyanyi lagu tu waktu hujan nak turun.

'Apa yang sedang aku rasakan ini
Buat hatiku berdebar selalu
Mungkin kau akan datang
Membawa payung dibawah hujan
Ku berdebar
Akankah keajaiban datang'

Itulah part nyanyian yang paling Sowon suka dalam lagu Summer rain. Maksud tu sangat mendalam baginya. Rasa macam sebuah kisah puteri yang menunggu putera bawa payung untuknya masa hari hujan.

Seperti yang dijangka, Hujan betul² dah turun sekarang. Sowon boleh tengok dari tingkap biliknya tu.

Tapi kini matanya tetiba melihat apa yang ada didepan rumahnya. Ada sebuah kereta hitam berhenti disitu.

'Siapa pula tu?' soal Sowon sendiri. Dan dia melihat pintu kereta tu terbuka. Ada lelaki bersama payung yang keluar dari kereta tu. Dia berjalan masuk kedalam kawasan rumah Sowon.

Semakin dalam lelaki tu masuk, semakin Sowon dapat cam muka lelaki tu. "J-joshua?"

Selang beberapa minit, Puan Kim masuk kebilik Sowon "Sowon, kawan kamu si Joshua datang. Dia ada kat depan rumah. Dia nak jumpa dengan kamu katanya"

Sowon menggigit bawah bibirnya. Dia juga rasa nak jumpa Joshua juga sekarang. Tapi buat masa ni, dia kena mengurungkan niatnya tu.

"Omma, omma...cakaplah yang Sowon rasa tak sedap badan nak keluar. Lain kali jelah jumpa eoh" kata Sowon.

Puan Kim mengangguk faham "kalau macam tu yelah, rehat lah ye" balasnya lalu berjalan pergi dari sana.

Sowon menghela nafas lalu mengetuk kepalanya sendiri. Hatinya suruh dia turun dan jumpa dengan Joshua, tapi otaknya menyuruh dia ingat ugutan Nayeon dan jangan berjumpa dengan Joshua sekarang.

'Mianhae Joshua..'

Tak lama selepas itu, Sowon melihat semula keluar tingkap itu. Dia melihat Joshua berjalan bersama payungnya dan masuk kedalam keretanya semula. Wajah Joshua nampak suram.

'Jeongmal mianhae..'

- TBC -

Rainbow ✔Where stories live. Discover now