🌸 08 🌸

829 88 0
                                    


Sekarang ni Sowon tidur sambil baring² atas katilnya. Memandang siling putih pucat yang ada dilelangit biliknya tu.

Yea tadinya dia memang chat dengan Joshua. Ye JOSHUA! mulanya dia hairan, macam mana Joshua boleh tau idnya? Dan kenapa tiba² dia boleh chat dengannya?

Joshua kata dia dapat id tu daripada orangnya. Maksud 'orangnya' tu, mungkin anak buah Joshua. Itu tak mustahil. Lagipun semua orang tahu yang Joshua ni kaya, setakat nak cari informasi macam ni, petik jari jelah.

Esok sekolah cuti dua hari, dan Joshua ajaknya berjumpa. Untuk bincangkan tentang projek yang mereka akan buat nanti.

Sowon gembira sekarang. Fuhh, ingatkan Joshua tak peduli tadi. Untunglah peduli pula sekarang. Tapi pelik juga, mesti ada sebab kenapa Joshua setuju. Sebelum ni, Joshua ni jarang nak buat projek² ni, lagi² pada orang baru macam Sowon.

.

.

.

"Sowon? Awal kamu bangun, nak kemana ni? Kan harini cuti sekolah?" soal Puan Kim semasa lihat Sowon datang kedapur. Dia juga dah siap pakai pakaian yang kemas.

"Eung, Sowon nak keluar jumpa kawan Omma, nak bincang tentang projek sekolah" balas Sowon sambil duduk dimeja makan.

Puan Kim dah siapkan sarapan. Dia menuangkan secawan teh panas pada Sowon. "Nak omma hantarkan?"

"Tak perlulah omma, kami cuma nak berjumpa di kafe. Dekat je, boleh pergi jalan kaki" tolak Sowon. Betul, tempat yang dia nak berjumpa dengan Joshua tu dekat je dengan kawasan rumahnya, jadi tak perlulah hantar.

Selepas Sowon makan dua keping roti dan secawan teh hangat, dia pun meminta diri keluar dari rumah. Dia berjalan dengan santai je. Yea, sekurangnya cuaca harini baik, jadi takde apa pun yang perlu dia risaukan.

Selepas beberapa minit jalan, akhirnya dia sampai dihadapan kafe yang dikatakan Joshua tu. Tengok dari luar pintu kaca kafe tu, Joshua takde pun didalam.

'Dia tak datang ke?' gumam Sowon hairan. Sambil tu dia tengok² lagi orang yang ada dalam kafe tu. Mungkin Joshua ada ke kan.

"Cik"

Sowon sedikit terkejut selepas ada seseorang yang menyapanya dari belakang. Selepas menoleh, dia melihat orang tersebut. Dianya seorang lelaki berpakaian sut hitam kemas. Plus dengan cermin mata gelapnya lagi. Macam bodyguard pun ada.

"N-nae? Ada apa?" soal Sowon hairan. Yelah, tetiba disapa oleh orang macam ni. Siapa yang tak takut.

"Kamu Cik Sowon kan?" soal lelaki itu lagi.

Sowon angguk² "nae saya Sowon...ada apa cari saya? Dan ahjusshi ni siapa?" soalnya hairan. Nampak macam tua je, jadi panggil ahjushi jelah.

"Tuan muda Joshua suruh kami jemput Cik ke rumahnya, dia akan bincang tentang hal sekolah tu disana katanya" kata lelaki tu lagi.

Sowon mengerutkan dahi. What? Joshua jemput dia kerumahnya? Nak bincang tentang projek tu disana?

Dan apa? Tuan muda? Sowon menggeleng pasrah 'heol, memang anak orang kaya. Sampai panggil Tuan muda'

"Jadi Cik? Kamu sudi ikut kami ke rumah Tuan muda Joshua? Dia sedang tunggu tu" tanya lelaki tu lagi.

Walaupun ragu² dengan keputusannya, tapi akhirnya Sowon mengangguk setuju. Yah, mungkin ada sebab kenapa Joshua buat macam ni. Who's know kan?

Lepas dengar Sowon setuju, dia pun membawa Sowon naik kedalam sebuah kereta hitam yang terparkir tak jauh dari situ. Kereta mewah sia :')

Dan setelah tu, kereta yang dinaiki Sowon tu pun meluncur pergi dari sana. Menuju ke rumah Joshua yang terletak entah dimana pun tetau lagi.

.

.

.

Kini Sowon dah sampai di depan rumah Joshua. Dia melihat reka bentuk rumah tu tanpa berkedip. Ini bukan rumah, tapi istana!

'Daebak...rasanya rumah aku cuma 1/5 dari ni' gumam Sowon dalam hati. Tak percaya takpe, tapi series, rumah Joshua ni memang besar!

Setelah kereta berhenti, Sowon pun keluar dari sana. Dia dibawa kepintu depan rumah tu. Baru je sampai dekat pintu, dah ada beberapa orang pelayan yang menyapa mereka dengan hormat.

Waa Joshua memang anak chaebol -Sowon

"Mari ikut saya"

Kalini Sowon ikut seorang wanita pelayan pula. Dia membawa Sowon menaiki tangga dan menuju ke sebuah bilik besar. Rasanya ni bukan bilik tidur sebab pintunya diperbuat daripada wooden quick.

"Masuklah, Tuan muda Joshua ada didalam" kata wanita pelayan tu. Lepas bow sikit, dia terus berjalan pergi dari sana.

Sowon cuma meriding tengok semuanya. Wihhh rasa macam kecil² cili padi je dia disini. Rasa dihormati! Padahal ni rumah orang, wkwk.

Lepas habis berangan kelangit, Sowon pun buka pintu besar yang ada didepannya. Dia buka sedikit demi sedikit pintu tu dan memandang apa yang ada didalam.

Bukan perpustakaan.

Tapi ianya perpustakaan! Perpustakaan dalam rumah woi. Ok Sowon spechless tengok semua ni. Asingkan rasa gorjessnya, Sowon pun berjalan masuk kesana.

Dia pandang kiri kanan untuk cari Joshua. Dan akhirnya dia menemukan Joshua yang sedang baca buku disatu sudut kawasan besar nan mewah tu.

Eh tapi... Joshua tak berseorangan. Ada lagi seorang lagi sebelahnya. 'Eh, siapa pula tu?' gumam Sowon hairan. Ingatkan dia dan Joshua je akan ada disini.


BERSAMBUNG...

Rainbow ✔Where stories live. Discover now