🌸 05 🌸

878 100 10
                                    


"Macam mana Nayeon? Berjaya tak?" soal Chaeyoung dan Mina lepas Nayeon duduk ditempatnya dalam kelas.

Nayeon angguk² sambil tersenyum licik "nae, aku dah berjaya. Aku ambil uniform dekat lokar dia masa dia tengah bersukan tadi, lepas tu aku dah sembunyikan uniform dia ditempat lain hah"

"Bagus², kau sembunyikan dekat mana? Jangan sampai orang jumpa pula" kata Mina.

"Aniya mereka takkan jumpa, aku dah sorokkan di tempat yang mustahil orang cari, jadi mereka takkan jumpa punya" balas Nayeon dengan santai.

"Haha, biar dia tunggu lama dekat bilik salin tu, padan muka" kata Chaeyoung sambil ketawa perlahan. Takut pelajar lain dengar.

Nayeon berpeluk tubuh "well ini baru sikit. Lain kali, lagi teruk aku akan buat. Itu aku buat sebab dia jadi deskmate Joshua, kalau dia ada hubungan dengan Joshua... Mungkin aku akan buat dia tak hidup dah esoknya" sinisnya.

Nayeon dan gengnya dah rancang dari awal. Mereka nak curi uniform Sowon semasa di sedang bersukan hah. Jadi plan mereka pun dah terlaksana. Biar Sowon tu tunggu sampai esok dekat bilik salin tu.

'Ohh, mereka sedang kenakan Sowon sekarang? Baik aku pergi tolong dia' gumam Hanna yang terdengar perbualan mereka. Kan sekelas.

Oleh sebab tak ada guru sekarang, bolehlah dia keluar dari kelas kejap. Dia pun terus keluar dari kelas ikut pintu belakang. Nasib baik Nayeon tak perasan tu.

.

.

.

Di kelas 1A pula, mungkin dalam 5 minit lagi Cikgu akan masuk. Sowon pula masih tak masuk kelas.

Joshua yang ada situ juga hairan. Bukan ke semua pelajar yeoja dah masuk kelas ke lepas habis waktu sukan? Kenapa Sowon tak masuk lagi?

Bukan apa, ini kali pertama Joshua ada rasa pelik untuk Sowon. Selalunya kalau orang lain tak masuk kelas, dia buat tak heran je. Tapi tak kepada Sowon.

'Jadi sesuatu dekat dia ke?' gumam Joshua dalam hati. Ada juga rasa simpatinya. Tapi ini cuma pada Sowon.

Tadi adalah kali pertama dalam hidupnya bercakap dengan yeoja. Ye dengan Sowon. Entah kenapa tadi mereka boleh berbual banyak pula.

Tentang LA, tentang kehidupan disana, dan saling² tukar pendapat tentang life antara LA dan korea. Joshua juga ada cakap pada Sowon yang dia ni sebenarnya kacukan Korean LA hah. Yang penting, Sowon adalah orang pertama yang buat Joshua bercakap banyak.

Beberapa saat kemudian, seperti jadual kelas, Cikgu Jiyoon masuk kedalam kelas. Semua pelajar pun bangkit dan bagi salam hormat, lepas tu duduk semula.

Dan Cikgu Jiyoon perasan bahawa Sowon masih belum ada dalam kelas. Jadi dia pun bertanya "Joshua? Mana Sowon?"

Joshua diam sekejap. Dia tak tahu mana Sowon dan apa Sowon buat sekarang. Jadi lebih baik dia jawab yang biasa je. "Toilet"

"Owh, okok" balas Cikgu Jiyoon sambil angguk². Lepas tu dia pun mula mengajar.

.

.

.

Tokk tokk

Sowon yang sedang duduk bersandar pada loker tu pun terus menoleh kearah pintu selepas mendengar bunyi ketukan.

Dia yang masih berpakaian sukan pun bangkit dan terus menuju kesana dengan perlahan. Lalu dia tengok siapa yang datang. "Hanna?"

"Yah, kenapa awak tak balik kelas lagi?" soal Hanna separa berbisik lepas tu ikut masuk kedalam bilik salin.

Sowon menggaru lehernya yang tak gatal "hmm, ada masalah sikit.. Uniform saya hilang, jadi saya tak boleh tukar baju"

"Lagipun, kan Cikgu dah cakap.. Mana boleh pakai baju sukan dalam kelas. Nanti kena denda"

Hanna geleng² pasrah "listen, awak kan pelajar baru? Cikgu takkan marahlah kalau awak buat salah pertama kali macam tu"

"Owh" Sowon angguk² faham. Lupa pula yang dia ni pelajar baru. Mestilah takkan kena marah kan :")

"Nah ambil ni dan tukar cepat, lepas tu terus balik kelas. Saya nak balik kelas saya juga ni" kata Hanna sambil bagi satu plastik pada Sowon.

Sowon pun ambil dengan hairan "eh apa ni? Uniform awak kan ni? Kenapa bagi saya??" soalnya terkejut. Dalam tu ada uniform milik Hanna.

"Pakai je, saya ada dua uniform. Baik awak salin dan cepat² balik ke kelas, nanti kena denda lagi teruk sebab ponteng"

"Dah², tukarlah ye. Saya pergi dulu. Annyeong!" ucap Hanna lalu terus berlari keluar dari bilik salin.

Sowon pun cuma mampu terima. Dia pun terus tukar dan pakai uniform yang Hanna bagi tu. Lepas tu, dia terus lari dan balik ke kelas semula.

Semasa lari tu, dia juga ada fikirkan sesuatu yang dia rasa hairan. 'Macam mana Hanna boleh tau yang baju aku hilang?'

'Hhh, tapi nasib baik juga dia ada baju lebih dan bagi aku pinjam, kalau tak.. Mesti aku masih duduk dekat bilik salin tu'

Takpe, nanti dia rasa dia nak tanya sendiri pada Hanna. Pelik betul semua ni.


BERSAMBUNG...

Rainbow ✔Where stories live. Discover now