🌸 17 🌸

846 91 0
                                    



Selepas kejadian Sowon membentak Joshua dulu, kini dah masuk seminggu hal itu berlalu.

Mulanya Joshua hanya ingat Sowon cakap macam tu sebab dia badmood sehari dua macam tu, tapi rupanya Sowon betul² maksudkannya.

Esok selepas Sowon meminta Joshua jangan dekat dengannya, dia lansung tak bercakap atau bertegur lansung dengan Joshua.

Dikelas juga Sowon cuma buat hal sendiri. Joshua yang duduk disebelahnya juga dia tak pandang. Padahal Joshua selalu curi² pandang Sowon, berharap agar Sowon bercakap dengannya lagi.

Sebenarnya Sowon juga ingin becakap dan berteman dengan Joshua, tapi dia tak boleh. Dia masih takut dengan ugutan Nayeon tu. Tapi nak buat macam mana, dia betul² terpaksa sekarang.

🌸🌸🌸🌸

"Hoi"

Hanna dan Seungkwan yang sedang berjalan dikoridor sekolah itu berhenti selepas mereka disapa oleh seseorang.

"Eoh? Hey, kami ada nama. Bukan hoi" balas Hanna geram selepas tahu siapa yang memanggil mereka tadi. Yaa siapa lagi kalau bukan Wonwoo.

Eh tapi pelik juga, sebelum ni mana pernah Wonwoo panggil orang lain selain dari Joshua?

"Apa kau nak?" soal Seungkwan hairan.

"Kau berdua kawan Sowon kan?" tanya Wonwoo ingin tahu.

Mereka berdua menangguk "nae mestilah kami kawan Sowon. Bukannya kau pun dah tahu pasal ni? Pura² tanya pula"

"Joshua dah hampir seminggu tak datang sekolah. Dia sakit, tolong bagitau pada Sowon tentang ni" pesan Wonwoo.

Hanna berpeluk tubuh "tunggu², kenapa kami yang kena bagitau? Kenapa kau tak cakap dengannya sendiri eoh? Ah..terlupa pula, kau kan g.a.y"

"Series ke kau gay weh?" soal Seungkwan hairan. Takut pula kalau dirinya kena rape dengan Wonwoo nanti. Dia masih namja suci woi.

Wonwoo memutarkan bebola matanya "terserah kau berdua nak cakap atau anggap aku apa. Tapi aku bukan gay seperti yang minah ni cakap" katanya sambil tunjuk pada Hanna.

"Aku bukan gay. Tapi aku rasa dia tu yang lesbian" ejeknya pada Hanna lalu berjalan pergi dari situ.

Seungkwan menutup mulutnya lalu pandang Hanna dengan tak percaya "jinjja?! Kau...lesbian ke?!"

"Eoh mana ada! Yaa jangan percaya dia Seungkwan. Dia ti--"

"Hanna lesbian! Hanna lesbian! Argghh!!" jerit Seungkwan lalu lari dari situ.

Hanna menepuk dahinya. Shit, pasti Wonwoo balasan dari Wonwoo atas ejekannya haritu. 'Aku terkena balik'

Akhirnya dia pun terpaksa jalan menunduk selepas perasan bahawa ada beberapa orang pelajar yang memandangnya dengan hairan. 'Malu!'

🌸🌸🌸🌸

Didalam kelas 1A, Sowon sedang baca buku sendiri. Ya sekarang waktu rehat. Tapi dia tak ada mood nak keluar. Masa Hanna dan Seungkwan datang ajak keluar makan tadi juga dia tolak je.

Sowon memandang disebelahnya. Bukan dia tak sedar, dia sedar bahawa harini dah masuk hampir seminggi Joshua tak datang sekolah.

Dia juga rasa hairan. Kenapa Joshua tak datang sekolah lama sangat? Dia sakit? Atau ada apa² yang dah jadi pada Joshua?

Tapi...kalau Joshua datang juga tak ada beza. Dia tetap tak dapat nak menegur, memandang atau berborak dengan Joshua. Padahal dia rindu nak buat macam tu.

Dia rindu Joshua.

Sowon menutup buku lalu bangkit. Tetiba dia rasa nak pergi ke tandas pula.

Sowon pun berjalan keluar dari kelas dan menuju pergi ke tandas yang terletak tak jauh dari situ.

Dia tiba dipintu masuk tandas, tapi semasa dia baru je nak masuk kesana...langkahnya terus mati selepas terdengar sesuatu dari dalam sana.

'Eoh? Itu macam suara Nayeon dan geng dia' gumam Sowon dalam hati. Dia pun memasang telinga mendengar apa yang mereka bualkan didalam kelas tu.

"Rasanya rancangan kita berjaya" sinis Nayeon yang sedang duduk atas sink tandas.

"Haah kan,aku tengok seminggu ni..Sowon tak tegur Joshua lansung. Dia ikut betul apa yang kau pesan dia dulu tu, haha" kata Chaeyoung pula.

Mina sedang memakai bedak itu juga ketawa "kan, bodoh betul Sowon tu. Yang paling tak boleh blah, dia percaya yang appa Nayeon tu samseng, hahah"

"Tulah kan. Eh tapi kan Nayeon, appa kau kerja apa sebenarnya?" soal Chaeyoung ingin tahu.

"Appa aku just kerja pengurus hotel je, Haha sebab tulah aku kaya sikit. Kalau kerja samseng, tentulah aku tak kaya macam sekarang" balas Nayeon sambil flip hair.

"Ung, baguslah kalau Sowon dan Joshua dah broken sekarang. Bolehla aku dapat can nak dapatkan Joshua semula"

"Disebabkan rancangan aku perangkap Sowon kerumah lama tu dengan mengupah Guanlin, akhirnya aku akan dapat Joshua balik lepas ni. Aku buat ni pun sebab aku benci tengok Sowon tu jadi deskmate Joshua. Haha" sambungnya.

'Jadi dia cuma menipu aku selama ni' gumam Sowon sedikit terkejut. Jadi apa yang dia buat pada Joshua sebelum ni hanya sia².

Perbualan tadi telah Sowon rakam menggunakan telefonnya. Selepas menyimpan rakaman tu, dia terus beredar pergi dari sana dan masuk ke kelas semula.

🌸🌸🌸🌸


Dirumah Joshua, Joshua sedang demam panas. Dah hampir seminggu dia demam. Makan ubat pun masih demam macam ni.

Harini Encik Hong dan Puan Hong akan keluar negara. Encik Hong akan pergi kesana sebab ada khusus kepala sekolah. Puan Hong pula ada urusan syarikat mengenai saham.

Encik Hong dah bertolak semalam. Harini Puan Hong pula yang akan pergi. Puan Hong ada rasa resah juga sebab terpaksa meninggalkan Joshua sekarang. Kan Joshua sedang sakit. Tapi dia terpaksa juga, urusan ni sangat penting. Kalau dia tak pergi, duit syarikatnya yang berharga berjuta-juta won akan rugi.

"Josh, i have to go. Omma minta maaf sebab sebab terpaksa tinggal kamu sekarang. Omma terpaksa sangat Josh" kata Puan Hong sambil usap² kepala Joshua.

"It's okey, just go. Josh boleh tinggal sendiri, Josh tahu omma sibuk" balas Joshua yang sedang bersandar pada katil dibiliknya.

Puan Hong tersenyum lalu mencium sekilas dahi Joshua "omma pergi dulu eoh. Omma janji akan balik secepat mungkin"

"Jaga diri eoh, omma dah suruh maid kita belikan ubat. Nanti jangan lupa makan eoh. Biar cepat sihat." pesannya. Dan Puan Hong pun berjalan keluar dari bilik Joshua.

Joshua menghela nafas lalu berbaring semula dikatilnya. Dia sangat lemas sekarang. Bahkan nak berjalan juga tak kuat.

Dah seminggu dia tak dapat melihat Sowon. Dia merindukan Sowon, tapi tulah.. Sowon masih dingin dengannya.


- TBC -

Rainbow ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora