🌸 13 🌸

816 84 7
                                    


Jam dah menunjukkan jam 5 petang. Beberapa jam lagi je hari dah nak senja.

Selepas mereka membawa Sowon masuk kedalam rumah lama itu, Nayeon menyuruh gengnya ikat Sowon pada sebuah kerusi. Mereka juga menutup mulutnya guna pelekat supaya Sowon tak boleh menjerit.

Kali ini Nayeon membuka semula pelekat tu. Mereka nak cakap sikit dengan Sowon.

"Kau tahu kenapa kami buat kau macam ni?" soal Nayeon sambil berpeluk tubuh.

Sowon menggeleng "molla, kenapa korang buat macam ni eoh? Saya tak pernah ganggu korang kan?"

"Huh, masih tak tahu rupanya" kata Nayeon meluat "yaa, aku buat macam ni sebagai 'warning' agar kau jangan dekat lagi dengan Joshua! Arra!"

"Tapi saya dan Joshua tak pernah buat apa² kan? Kami cuma berkawan macam biasa" balas Sowon.

"Nahh itu yang aku tak suka, tau tak. Selama ni Joshua tak pernah dekat or berkawan dengan sesiapa kecuali Wonwoo je, lagi² yeoja"

"Aku yang dah lama sekolah kat situ juga tak dapat perhatian dari Joshua. And kau, baru datang beberapa minggu..dah rapat betul dengan Joshua eh?"

"Tahulah dia kacak, anak kepala sekolah. Kaya pula tu. Pasti kau tergoda dengan dia kan? Tapi sayang..dia aku punya, not yours!" ujar Nayeon dengan geram.

"Kami cuma kawan macam biasa..saya juga tak tahu kenapa Joshua boleh je kawan dengan saya" kata Sowon.

"Mungkin sebab saya baik dan mudah bergaul dengan orang. Cara awak ni salah dan keji, tentunya Joshua takkan berkawan dengan awak. Cuba awak baik sikit, tentu dia akan berkawan dengan awaklah" sambungnya lagi.

Nayeon yang berasa panas dengan ayat tu terus menampar kuat pipi Sowon.

Plak!

"Kau siapa nak ajar aku? So kau kata aku ni keji? Kau tu bagus sangat lah!? Dah la pelajar baru tak sedar diri pula tu!" tengkingnya geram.

Sowon cuma diam dan menahan kesakitan. Dah la kuat tamparan dari Nayeon tu. Mina dan Chaeyoung yang ada ditepi tu cuma ketawakan Sowon. Seronok tengok drama free.

Nayeon mengangkat dagu Sowon dan memandangnya tajam "sebenarnya ini baru sikit tahu, dengar sini Kim Sowon..dengan orang lain tak apa, tapi kalau kau dekat dengan Joshua..itu sama macam kau cari nahas dengan aku"

"Tahu tak..appa aku is samseng and aku tahu dimana rumah kau. Kalau kau berani buat lagi apa yang aku larang. Kau..dengan omma kau sekali akan kena" bisiknya dengan sinis.

"Jangan cuba buat macam tu! Lagi² pada omma sayalah!"

Nayeon cuma terkekeh "yaa kalau taknak aku buat macam tu, jauhkan diri kau dari Joshua, arra?"

"Sekarang kau tinggallah kat sini malam ni sorang² dalam rumah lama ni. Jangan risau, maybe akan ada tikur or lipas yang akan temankan kau malam ni eoh. Annyeong Kim Sowon" ucap Nayeon lalu berjalan pergi dari sana.

"Yak! Lepaskan saya dulu! Im Nayeon!" pinta Sowon. Tapi Nayeon buat tak dengar je.

"Haha duduklah kau kat sini, hantu ada malam ni, huhuuuuu" usik Mina lalu berjalan pergi dari sana juga.

Chaeyoung pula ambil pelekat tadi "ahh kena tutup mulut kau dulu, baru kau tak boleh jerit nanti, hehe" ujarnya lalu lekat pada mulut Sowon. Selepas tu dia terus pergi dari rumah tu.

Sebelum mereka bertiga meninggalkan rumah lama tu, mereka mengunci dulu pintu rumah tu.

'Ottokhae..sesiapa selamatkan aku!' jerit Sowon dalam hati sambil melihat sekeliling. Dah la tempat ni gelap. Ia mula bertambah menakutkan apabila hari dah mula senja. Tak lama lagi malam akan tiba dan Sowon semakin rasa takut.

Rainbow ✔Where stories live. Discover now