#21 - Malaikat ke?

6.6K 274 31
                                    

BABAH membuka pintu rumah manakala Farhan pula mengangkat sebuah beg yang tidak terlalu besar yang berisi beberapa pasang pakaianku dan barang-barang keperluanku.

"Besar juga rumah ni. Sewa berapa? Dari bila kamu menyewa kat sini? Okay ke orang dekat sekeliling ni?"

Mata babah meliar memandang setiap sudut di ruang tamu itu sebaik sahaja kami bertiga masuk ke dalam rumah sewaku.

Banyaknya soalan babah. Taktau nak jawab yang mana satu. Farhan hanya menggeleng kepala dan menahan tawa sahaja.

"Err. Bah. Manis taktau nak jawab yang mana. Babah, Farhan duduk lah dulu. Manis buat air jap"

"Eh tak payah. Kamu tu baru baik. Tak payah ngada-ngada. Duduk sana. Teman Farhan. Bagi babah yang buat air" Arah babah sambil memegang tanganku agar mengikutnya duduk di sofa berdekatan.

"Alaa.. Bah tapi babah tau ke Manis simpan kat mana gula? Teh? Milo?"

"Alah setakat dapur sekangkang kera tu, takkan lah tak jumpa benda-benda tu. Pandai-pandai lah babah cari. Dah, duduk sini"

Err sempat lagi tu main perli-perli. Aku tau lah rumah sewa aku ni takdalah besar mana.. Sekadar tempat berteduh sementara selepas rahsia besar Putra terbongkar

Sejak hari tu, aku dah bertekad yang aku takkan menoleh lagi ke belakang. Aku akan pergi dari hidup dia. Malam itu juga aku keluar dari rumah dia.

Dapat rumah sewa ni pun hasil daripada bantuan Amirul. Dia yang offer nak cari. So far okay lah kat sini. Rumah okay, jiran okay, dekat dengan sekolah, senang nak pergi kerja. Putra pun tak pernah lagi cari aku kat sini. Dia cuma ganggu aku kat sekolah setiap hari sebelum kes dia hampir membunuh aku tempoh hari.

"El. Kau okay tak ni? Kenapa termenung je?" Soal Farhan.

"Aku okay je hehe. Hmm sorry la kalau aku atau babah dah susahkan kau... Ambil masa kau empat lima hari ni"

"Lah jangan cakap macam tu. Kau kan kawan aku. Takda hal lah"

"Kawan aje?" Dugaku. Saje nak mengusik hihi.

"Err... ah. Haa ya. Ka-kawan la" Aku rasa nak gelak tengok Farhan sekarang ni. Dah tak boleh duduk diam dan muka dia merah!

"Yang kau ni gelabah kenapa? Ya lah aku faham. Aku ni kawan kau aje..." Aku memandang babah yang sedang menatang dulang. Amboi lajunya bancuh air

"Minum ni Farhan.. Manis kamu pergi lah masuk bilik, simpan baju-baju ni dulu" Babah menghulurkan beg yang tadinya berada di tangan Farhan.

"Alaa.. yela yela..." Baru nak mengusik Farhan lagi. Seronok hihi. Beg yang dihulurkan babah, kucapai dan terus berlalu masuk ke dalam bilik yang paling berdekatan dengan ruang tamu.

"Farhan tidur lah sini malam ni" Babah menghulurkan secawan teh suam kepada Farhan.

"Terima kasih pakcik.. err.. takpe ke? Nanti Manis tak selesa pula ada saya kat sini..." Seusai berkata, Farhan menyisip sedikit teh suam yang dihulurkan padanya

"Alah Manis tu bukannya heran pun. Ke kamu ada class esok? "

"Takda... err.. Haa... err baju saya tak bawak..." Ada kelas sebenarnya. Tapi Farhan dah ambil MC untuk dua hari. Harini dan esok.

Ingatkan El tak dapat discharge lagi pagi ni.

Babah tersenyum mendengar alasan demi alasan yang keluar dari mulut Farhan.

"Saiz kita ni lebih kurang aje. Pakcik bawak banyak baju. Jangan risau lah. Ke kamu tak sanggup nak kongsi? Yelahh... baju pakcik bukannya branded macam baju kamu tu.."

MR.DIMPLE ✔Where stories live. Discover now