#2 - Selekeh dan buruk.

9K 388 28
                                    

Vote 🌟 , Thank you hehehehehe



----------------------------

"EL, kau free tak malam ni?" Soalan Amirul beberapa saat yang lalu membuatkan aku pelik. Kenapa tiba-tiba call pagi-pagi ni dan tanya free atau tidak? Selalunya whatsapp kat group aje.

"Ya, free. Asal? Kau buang tebiat ke apa ni Mirul? Selalunya sembang kat group aje" Aku menyambungkan ear phone ku pada phone. Nak tanda buku budak. Tension aku tengok cacing kerawet dalam buku ni. Sesekali aku berhenti untuk memicit dahiku.

"Hahaha sebab nak keluar dengan kau aje. Tu yang tak sembang dekat group. Nanti kecil hati pulak geng kita tu"

'Eleh kecik hati geng ke kecik hati Mira? Dahlah pandai-pandai dia ja invite Mira dalam group Squad4. Nama hujung pun 4. Pandai-pandai dia ja tambah ahli. Eyyy marah ni, marah.

Yang lain pun satu hal juga. Kenapa tak tegur. Takkan aku yang perempuan ni pula yang nak tegur? Agak-agak lah.

"Haha" Aku ketawa tetapi nampak sangat lah fake sebab bunyinya sangat lah hambar.

"So malam ni eh. Pukul 9 tempat biasa, byebye." Amirul terus menamatkan panggilan tanpa menunggu balasan dari aku.

Biadabnya.

Mentang-mentang lah kau pernah tolak cinta aku dulu.

*******

"BANG, bagi milo ais satu" Sempat aku order air aku. Haus beb. Petang aku berperang kat dapur (masak). Selepas itu mengemas rumah pula. Memang tak sempat nak makan atau minum.

Kan umi kata ada tetamu special harini. Terpaksa lah rajinkan diri sikit. Lepas solat Maghrib, aku tak terus turun ke bawah sebaliknya bertafakur (lah sangat) di atas sejadah sementara menunggu Azan Isyak.

Selepas solat, terus aku siap-siap se-simple yang boleh dan terus minta izin pada umi untuk keluar. Umi pada mulanya seperti berat mahu melepaskan aku keluar. Tetapi sudah aku berjanji yang aku akan keluar sekejap sahaja.

"Amboi tak sempat duduk dah order dulu. Lek lah. Kita lepak-lepak sekejap" Aku buat tak dengar sahaja dan terus menarik kerusi berhadapan dengannya.

"Nak apa? Takda siang dah ke nak ajak aku keluar? Kau pun tahu kan aku sekarang ni dah susah nak keluar malam?"

"Siang aku busy dengan klinik. Kau pun busy dekat sekolah, kan? That's why aku fikir malam ja yang sesuai untuk cakap benda ni"

Ya lah. Doktor kan mesti lah busy. Apa lah kau ni El.

"Yalah. Cakap apa ni? Serius ja bunyi?" Aku mengambil milo ais aku yang baru sahaja dihantar di meja. Perlahan-lahan aku hirup. Leganya tekak. Sejuk ja.

Aku memandang wajah Amirul yang kacak dan bersih dari sebarang parut jerawat itu. Rasa hilang sekejap penat memasak dan mengemas rumah harini. Ceh.

"Dah puas belek muka aku?" Hampir tersembur air yang aku sedut ni. Oh uh cought red handed!

"Perasan la. Apa dia yang kau cakap tu? Cepat lah. Aku kena balik awal ni" Aku masih menggunakan nada yang dingin. Aku tidak mahu berlembut dengannya.

"Eleh macam lah ada suami kat rumah" Aku cuma menjelingnya. Malas nak jawab.

"Okay fine. Macam ni.... bak tangan kau" Aku kaget. Kenapa pula ni? Nak tak nak, aku hulurkan juga tanganku padanya.

Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu dari sebuah kotak berbentuk love dan bewarna merah hati.

MR.DIMPLE ✔Where stories live. Discover now