#1 - Cinta.

18.4K 434 6
                                    

HAI HAI HAI 🙋

Saya sedang meng'edit' semula MR DIMPLE dari bab 1 semula untuk tujuan penambahbaikan hehehe.

Enjoy reading okay? 😊


--------------------

AKU merenung alarm di telefonku dengan mata yang terkebil-kebil. Rasanya sudah lima kali aku snooze alarm. Seingat aku, aku set jam 4.30 dan sekarang aku agak-agak, sudah jam 5.30 pagi agaknya.

Akhirnya, alarm berbunyi untuk kali ke-6 dan betul-betul membingitkan telingaku.

"Oh God macam mana aku boleh tahan dengan bunyi macam ni dari tadi?" Segera dimatikan alarm itu dan aku bergerak malas ke bilik mandi yang terletaknya di dalam bilik tidurku juga.

"Manis oh manis kamu MC ke harini?" Suara dari luar pintu bilik menghentikan langkahku. Siapa lagi jika bukan umi. Yalah, umi sahaja yang gemar memanggilku dengan nama itu dalam rumah ni.

Aku berpatah balik ke pintu. Pintu aku kuak perlahan dari dalam. Sempat aku meletakkan towel di atas kepalaku untuk menutup rambut yang serabai.

"Tak lah umi. Manis nak mandi ni. Umi masak tak tengahhari dan petang ni?"

"Umi nak keluar dengan babah. Nanti malam kamu masak lebih sikit. Kita ada tetamu special lagi" Umi tersengeh-sengeh memandangku.

Hmmm ni sengeh ada makna lah ni. Mesti calon suami aku lagi ni. Ibu terus berlalu pergi dan aku juga terus berjalan masuk ke bilik mandi.

Aku merenung wajahku di dalam cermin yang terdapat di dalam bilik mandi.

"Hmm not bad. Kau pun cantik walaupun takda mix apa-apa. Tulen, original dari ladang."

Baju ditanggalkan satu persatu dan digantung pada penyangkut belakang pintu. Air pancuran turun membasahi badan bermula daripada kepala sehingga ke hujung kaki.

Secara tiba tiba ingatan peristiwa itu menjengah kembali ke kotak memori..

Banyak sangat ke kekurangan aku sehingga dia tolak cinta aku? Kenapa dia taknak terima aku? Ke sebab selama ni aku dan dia berkawan?

Tanpa sedar, air mata mengalir deras, sama deras dengan air pancuran yang turun membasahi tubuhku.

Amirul.. lelaki itu yang menolak cintanya mentah-mentah. Langsung tidak diberi peluang lagi. Manis sangkakan cintanya selama lebih lapan tahun ini berbalas. Rupa-rupanya sangkaannya meleset.

Cinta bertepuk sebelah tangan!

Oh, peritnyaaa!

Ternyata Amirul hanya menganggapnya kawan dan tidak lebih daripada itu.

Apa yang lebih memeritkan, Amirul sudah pandai keluar bersama gadis lain jika mereka berlepak empat orang. Eh salah, kalau termasuk gadis tu berlima lah. Amirul, Manis, Farhan, Zafran dan gadis itu... Mira..

"Waaa pandai dah bawak girl lepak" usik Farhan sambil menyiku perut Amirul. Gadis di tepi Amirul hanya tertunduk malu. Eh eh menyampahnya aku

"Cun nya Mirul. Girl kau ke? Ke kau rembat siapa punya ni? Hahaha" Aku tidak terlepas daripada mengusiknya walaupun hati aku sakit sebenarnya dengan usikan aku sendiri.

MR.DIMPLE ✔Where stories live. Discover now