#6 - Miss kepada Mr

8.7K 318 9
                                    

DAH seminggu aku jadi wife Miss Dimple and so far okay lah. Takda masalah apa pun. Aku hal aku, dia hal dia. Macam tak kahwin pun ada hahahaha. Dia takdalah teruk mana pun. Okay je.

Aku menyandarkan tubuh pada sofa empuk yang terdapat di ruang tamu rumah Miss Dimple. Selesa lah rumah dia walaupun takdalah besar mana. Cukup selesa lah untuk aku dan Miss Dimple tinggal berdua.

Hehe bila lah aku nak tukar Miss tu kepada Mr eh? hehehe

Tangan kanan aku letakkan pada dahi. Berfikir.

Sampai bila ya nak hidup macam ni? Seawal empat atau lima pagi lagi dua-dua sudah sibuk untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Peluang untuk solat Subuh berjemaah tu memang tiada.

Nak breakfast sama-sama pun tak boleh. Aku masak pagi tu pun untuk makan sendiri aje. Dia takkan sempat nak jamah. Aku suruh dia bawa bekal tapi dia kata dia malu. Katanya macam gegirl. Eh eh dia lupa ke yang dia tu memang dah sotong?

'Astaghfirullahalzim El tak baik kutuk suami sendiri'

Aku dah kena trasfer ke sekolah baru. Nasib baik dekat dengan rumah. So, kalau keluar dekat-dekat pukul 7 pun no hal lah.

Miss Dimple tu pulak sayang sangat student dia. Sanggup berulang dari Shah Alam ke Nilai hari-hari.

Phone yang berbunyi menghentikan lamunanku. Aku capai dan menyelak ke kanan pada skrin untuk menjawab panggilan.

"Yes?" Aku terus menyoal orang di sana. Memang rutin dia hari-hari macam ni. Pukul 2 atau 3 petang dia akan call aku dan tanya apa yang sepatutnya seorang "suami" tanya.

"Busy ke? Dah sampai rumah dah?" Aku cuba untuk fokuskan pendengaranku kerana telingaku dapat menangkap bunyi yang agak bising dan riuh di sana.

'Dia dalam kuliah ke kat pasar pagi? Riuh semacam'

"Kuat sikit. Tak jelas. Kat mana tu?" Aku menekan button speaker. Kalau aku tak dengar jugak, taktau lah nak kata apa.

"Sorry baby boo. I dekat rumah kawan I dekat Nilai jugak. Birthday party anak dia. Comel sangat anak dia. Macam you. You dah lunch? "

Eh eh eh dia ni. Anak orang nak di samakan macam aku pulak.

"Baby boo dengar tak apa yang I cakap tadi?"

Aku menekup telingaku apabila dia terjerit begitu. Adudududu boleh pekak macam ni. Slow tu slow sangat. Kuat macam nak pecah gegendang telinga pula.

Baru saja aku nak jawab, aku terdengar suara dia balik. Tapi gayanya macam bukan bercakap dengan aku.

"......alololo you're my baby boo too. Don't be jealous hahahaha"

Aku mengulang kata-katanya kembali. "you're my baby boo too... tapi dengan siapa dia cakap ni? Macam suara lelaki. Gay ke laki aku ni?"

"You cakap apa tadi? sorry I tak dengar. Err macam ni lah. Sampai rumah nanti we'll continue our chit chat, okay? See yaa baby boo. Bye" Terus dia menamatkan panggilan. Terkebil-kebil mataku memandang screen phone yang sudah hitam.

Nak sambung chit chat bila sampai rumah nanti?

Sebenarnya 'nanti' dia tu merujuk kepada bila ya? Sebab dia akan sampai rumah pada waktu malam. Dalam pukul 11 atau 1 pagi. Dan tentu lah aku sudah tidur waktu-waktu macam tu.


MR.DIMPLE ✔Where stories live. Discover now