Bab 33

182 10 0
                                    

"kau memang nak bunuh kami budak hingusan"zak yang mulai naik berang memandang tajam kearah lelaki itu. lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan dingin tiada tercalit senyumanpun diwajahnya. baginya zak dan hana adalah sasaran yang ingin dibunuhnya.

"ya..aku memang nak bunuh kamu berdua" dia berterus terang lagipun nyawa mereka akan hilang tak lama lagi. dia hanya mengikut arahan walaupun dia berapa tidak suka dengan arahan yang diberikan.

lelaki itu memandang zak dan hana kelihatan zak tengah melindungi seorang perempuan yang diketahuinya sebagai hana apabila mendengar zak memanggil namanya. wajah perempuan tersebut kelihatan lemah dan pucat tetapi semua tidak membuatkan lelaki itu kasihan terhadapnya.

malah itu membuat kerjanya semakin senang..

zak bertambah marah apabila mendengar kata-kata lelaki itu. dia tahu yang lelaki tersebut lebih muda berbandingnya dan apabila melihat sikapnya yang sombong itu membuatkan hatinya bertambah panas..

zak menoleh kearah hana perasaan risau memenuhi hatinya apabila melihat keadaan hana yang seperti hendak pitam. hana memegang dadanya kerana berasa begitu sakit mungkin lukanya terbuka semula apabila dia mengelak serangan dari lelaki yang hendak menyerang mereka sebentar tadi.

dia hampir terduduk kerana kakinya berasa begitu lemah dan susah untuk menampung badannya nasib zak sempat memegang bahunya.

"hana saya rasa luka kau terbuka lagilah" ujar zak dengan nada yang risau. hana hanya diam dia merasakan dunia sekelilingnya bagai berpusing pusing dia memegang kepalanya dia berpeluh dengan banyak kerana menahan kesakitan yang dialaminya.

dia berasa begitu sakit jantungnya berdegup dengan laju "hana!" hana merasakan bahunya digoncang beberapa kali..

"hana!"

dia merasakan suara zak tengelam timbul pandangannya semakin kabur perlahan lahan dia menutup matanya.

Zaappp!!!

satu anak panah dilepaskan belum sempatpun ia sampai pada zak satu tangan menyambar anak panah tersebut.

lelaki itu terkejut alan tersenyum dingin kearahnya. meremang buluh romahnya apabila memandang alan. ini kali pertama dia berasa perasaan sebegini apabila menghadap musuhnya..

perasaan takut memenuhi dirinya apabila pandangan tersebut menghala kearahnya seperti satu pandangan buas yang ingin membunuh dirinya.

ya!! dia pernah nampak pandangan tersebut...

pandangan seorang lelaki yang telah mengegarkan  kerajaan dunia!!!

dan ia digelar...

'the curse devil'

"Siapa kau!?"lelaki itu menarik busurnya tangannya terketar ketar..

alan hanya diam dia menapak selangkah kedepan lelaki itu menapak selangkah kebelakang ketakutan telah menguasai lelaki itu. alan menoleh kearah zak yang tengah memegang erat hana yang telah pengsan..

hatinya sangat sakit apabila melihat keadaan hana,perempuan bodoh! suka betul menyusahkan diri sendiri..

"bawah hana pergi dari sini"

zak mengangguk dia tahu yang alan dapat selesaikan semuanya dengan segera, diapun memapah hana dengan berhati hati.

"alan hati hati" pesan zak sebelum meninggalkannya... pada waktu itu zak hanya menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merawat hana. rasa bersalah menghempap dirinya semua perkara yang menyebab hana cedera adalah berpunca darinya.

kalau dia lebih berhati hati keadaan hana tidak akan jadi macam ni.. dia menarik nafasnya dalam - dalam untuk mengumpul semangatnya..langkahnya dipercepatkan..

permainan ini telahpun bermula jadi saya akan buat apa sahaja untuk melindungi rakan-rakan aku!

KABUSWhere stories live. Discover now