Bab 10

309 20 0
                                    

Washington,D.C

Dengan risaunya Taylor memandu menuju kebalai polis. Tangannya mengeletar apabila mengetahui kawannya kemalangan dan telah hilang didalam hutan.

Sejurus saja dia sampai dia balai polis dia terus berlari masuk dengan Tergesa gesa. ramai wartawan yang mengerumuni diluar balai itu, datang dua orang polis mengiringinya.kerana dia diserbuh apabila dia mula datang kesana.

"Cik sila masuk" kata salah Satu pengawai polis yang mengiringinya. Tanpa banyak tanya Taylor terus masuk kedalam bilik siasatan, ada beberapa orang penyiasat dan pengawai polis yang berada didalam bilik itu pada waktu itu.

"Sila duduk "kata seorang penyiasat yang yang agak tinggi dan berambut paras bahu yang diikat kebelakang.

"Saya Dave Dari jabatan penyiasatan washington"dimemperkenalkan dirinya sambil tersenyum. "Macam mana dengan hana?" Soal Taylor jantungnya berdegup dengan laju kerana risau. Pada waktu itu fikirannya hanya tertumpu kepada kawan baiknya.

"Sebenarnya kami dah jumpa keretanya tetapi kami tak jumpa kawan awak"terang Dave, degupan jantungnya semakin kuat apabila mendengar perkataan yang baru keluar Dari mulut lelaki yang tengah berdiri didepannya.

"Apa maksud awak?"kata Taylor dia Cuba menafikan apa yang didengarnya sebentar tadi. "Kawan awak telah hilang" kata Dave, lalu duduk didepannya.

"Tak mungkin dia hilang!!saya ada berbual dengannya tempoh hari" Taylor meninggikan suaranya pada waktu itu dia dah tak peduli siapa didepannya. Kawannya baiknya telah hilang siapa yang tidak risau, dia takut akan terjadi sesuatu terhadap hana. "Saya faham cik Taylor, tapi ia memang terjadi dan saya harap saya dapat kerjasama awak sepenuhnya dalam kes ini"kata Dave mukanya mula tegang.

Taylor memandang Dave lalu mengangguk dia Cuba menenangkan dirinya. Dan berdoa agar kawannya selamat.

KABUSOnde as histórias ganham vida. Descobre agora