Bab 12

313 17 0
                                    

Hana terkejut Dan tersedar Dari tidurnya apabila badannya ditarik dengan kasar, jantungnya berdegup dengan laju Dan dia mula berpeluh dingin. Pada waktu itu dia tidak nampak apa apa kerana mukanya ditutup Oleh satu kain hitam...

Dan dia tahu ada pengawal disekelilingnya,kerana dia terdengar ada beberapa derapan tapak kaki berdekatan dengannya..

"Lepaskanlah"kata hana apabila tangannya dipegang dengan kasar Dan kuat. pada waktu itu Hana hanya mampu berdoa agar perkara buruk tidak berlaku kepadanya,beberapa minit kemudian pengawal yang membawanya berhenti, "ampun tuanku, inilah banduannya"kata salah satu pengawal yang membawanya.

"Saya nak tengok mukanya"arah seorang lelaki ada ketegasan didalam suaranya. Jantung Hana berdegup dengan laju Serta merta kain hitam dibuka Dari kepalanya.

Hana sangat terkejut kerana ramai orang yang berada disitu pada waktu itu, ia bagaikan kolosium yang agak besar dia memandang ramai orang memandangnya masing masing duduk ditempat mereka.

Seorang lelaki berambut merah berdiri didepannya, "inikah dia?"soalnya sambil memandang beberapa orang pengawal Istana, "itulah orangnya tuanku"jawab salah satu pengawal yang mengheretnya.

"Awak tahukan apa kesalahan awak.."soalnya kepada hana. Hana mula mengeletar kerana takut tapi dia memberanikan dirinya untuk Cuba memandang lelaki berambut merah itu.

"Apa kesalahan saya?"soal Hana balik sambil memandangnya , "awak sepatutnya tahu"balasnya dengan tegas, pandangan tajam bagaikan sebilah pedang h. "Mari kita mulakan hukuman"katanya dengan kuat sambil memandang sekeliling.

"Kamu semua tahukan kalau kamu melanggar peraturan ataupun melanggar perintah saya akan dihukum bunuh!!"ucap lelaki itu, semua senyap memandangnya.
Datang beberapa orang pengawal berbaju hitam membawa sebilah pedang lalu memberikan kepadanya.

Hana dibawah ketengah tengah kolosium itu, lalu dipaksa melutut. Lelaki berambut merah itu menuju kearahnya dengan sebilah pedang, Hana hampir menangis dan ketakutan mula menyelubunginya.

Dia merasakan ajalnya hampir tiba, "ada apa apa nak dikatakan sebelum awak tidur selamanya"kata lelaki berambut merah itu.

Hana menutup matanya dia menarik nafasnya dalam dalam untuk menenangkan dirinya. Wajah keluarganya Dan kawan baiknya muncul dimindanya , "saya nak cakap sesuatu..."jawab Hana, lelaki itu memandangnya "sebelum saya mati saya nak katakan sesuatu!!"kata Hana dengan kuat semua mata rakyat bellmore tertumpu diarahnya walaupun dia takut pada waktu tu.

"Saya boleh cakap apa saja yang saya nak memandangkan raja kamu dah benarkan.
Saya nak cakap sesuatu, walaupun kamu langsung tak kenal saya tapi saya harap kamu semua dengarlah" tambahnya lagi,hana merasakan ada satu kekuatan didalam dirinya tengah mengalir didalam dirinya..

"Yang pertama saya tak bersalah tetapi saya tak tahu kenapa saya terus dituduh tanpa sebarang siasatan Dan bukti yang sah"Hana menguatkan suaranya sambil memandang lelaki berambut merah itu.."kami nampak awak semasa perang diaerissia awak ni tak tahu malu ke"potong lirius sambil tersenyum sinis Dari tadi dia memerhatikan Hana apabila dia mula duduk dikalangan orang orang bangsawan.

"Jadi pasal tu je kamu terus tuduh saya kamu tak siasatpun betul betul sama ada saya buat atau tidak"Balas hana sambil memandang lirius dengan tajam 'lelaki tak guna'itulah perkataan yang hana telah copkan kepada lelaki itu.

Lirius terdiam "Dan yang kedua jika kamu rakyat yang nak hidup dengan aman musnahkanlah sistem jual beli manusia, saya bukannya sempurna sangat tapi saya juga manusia."kata hana itulah yang bermain dikepalanya ditak tahu apa yang dikatakannya tetapi itulah apa yang terpendam didalam hatinya walaupun dia baru tahu perkara itu apabila berbual dengan hanson , dia merasakan bagaikan ada sesuatu batu yang menghempap didalam hatinya apabila memikirkan hal tersebut Dan dia merasakan dia memang Gila sebab cari masalah.

Lelaki berambut merah itu hanya diam memandangnya, rakyat bellmore berbisik bisik sesama sendiri "Dan akhir sekali hentikanlah perang!! " Jerit Hana sekuat hati, Hana tahu apa yang terjadi kepadanya selepas ni dan dia berniat nak Berbuat baik sebelum ditidur selama lamanya.

Rakyat bellmore semuanya terdiam apabila mendengar apa yang baru keluar dimulut hana, kawasan kolosium itu menjadi sunyi sepi. Lelaki berambut merah itu mengangkat pedangnya tambah sebarang perasaan dia melibas kearah hana, hana menutup matanya masa bagaikan terhenti dikala nyawanya dihujung tanduk.

Air matanya perlahan lahan jatuh, entahlah kini nyawa akan hilang selama lamanya,

bunyi gemersik pertembungan pedang kedengaran agak kuat, hana memandang kebelakang..

"maafkan saya tuanku"ucap alan...

KABUSWhere stories live. Discover now