Bab 2

466 25 0
                                    

Taylor  begitu teruja menceritakannya tentang sejarah kapal tersebut. "Jadi kapal itu adalah milik George William orang yang terkaya di dunia pada masa tu" kata hana cuba memahami cerita kawannya ITU.

Taylor mengangguk, " Dan diorang kata kapal tu masih nampak baru walaupun dah 60 tahun ia hilang" kata taylor, Taylor memang suka tentang berita seperti INI kerana ia sangat menarik baginya.

Hana mengangguk "tapi saya dengar ada orang bagitahu kapal tersebut dibawah oleh kabus" tambahnya lagi. Hana memandangnya sambil mengerutkan dahi "saya rasa yang ITU tipu takkan lah kabus boleh bawah kapal sebesar tu" hana tidak mempercayainya kerana baginya semua ITU mengarut.

"Tapi orang yang mengatakan hal tersebut adalah orang yang pernah nampak kapal tu" Taylor meyakinkan hana. Kata kata Taylor macam susah nak diterima logik akalnya. "Kan dah 60 tahun dah berlalu Aku rasa orang tu dah tua" kata hana lagi sambil memandang Taylor.

"Yalah tapi orang tu belum nyanyuk" taylor membalas  pandangannya hana dengan geram. Kenapa kawannya susah betul nak percaya,lagi pun dah masuk berita tentang perkara tu.

"Aku rasa Aku tak percaya pasal kabus tu..tapi kalau kabus tu betul betul muncul didepan saya baru saya percaya" kata hana dengan yakin Dia takkan percaya tentang perkara tu selagi Dia tak nampak didepan matanya sendiri.

"Hah kalau muncul betul betul " kata Taylor, Dia memang kenal sangat perangai kawannya yang tidak percaya perkara   sebegitu. Hana ketawa apabila melihat Taylor "okaylah Aku minta maaf." Hana mengaku kalah apabila melihat muka kawannya yang telah berubah.

"Yalah Aku maafkan" jawab Taylor lalu memandang kearah jam tangannya "alamak!! Hana saya terpaksa pergi" kata taylor apabila melihat jamnya yang telah menunjukkan jam 2.34 petang. Dah dua jam mereka berbual Dia tak sedar yang masa berlalu begitu pantas

Hana mengangguk sambil tersenyum "selamat tinggal " ucapTaylor sambil membalas senyumannya, lalu bergegas pergi. Hana mengeleng gelengkan kepalanya melihat gelagat kawan baiknya.

Telefonnya berdering dengan kuat dengan deringan lagu 'black parade' oleh  kumpulan mcr.  tanpa membuang masa Hana mengambil telefon yang diletakkan didalam beg sandangnya lalu di jawabnya.

"Hello siapa ni?" Kata hana.

"INI sayalah Lydia" jawab lydia

"Oh Lydia..ada APA??" Soal hana.

"Sebenarnya kami nak adakan mensyuarat  petang ni bersama staf staf yang lain saya harap awak dapat pergi" kata Lydia.

"Petang ni.... Takde masalah" jawabnya tanpa banyak soal.

"Jumpa pada jam 5 petang" kata Lydia lalu menamatkan panggilannya. Hana mengeluh kecil "takpelah" katanya lalu berdiri Dari tempat duduknya Dan meninggalkan taman tersebut.

KABUSWhere stories live. Discover now