bab 22

276 14 1
                                    

alan memandang kearah hana yang tidur dengan lena dikatilnya, pada waktu itu dia terpaksa keluar awal untuk membuat persediaan awal untuk perjalanan mereka agar lebih selamat. dia mengeluh kecil dan rasa simpati mula muncul dihatinya. dia tak sepatutnya mengheret hana didalam masalah ni tetapi dia terpaksa kerana dia tahu hana adalah salah satu kunci penyelesaian didalam hal ini.

"maafkan saya"bisik hatinya..

Alan tersenyum apabila melihat hana dengan posisi tidurnya yang agak lucu,hingga selimutnya terlunjur kebawah. alan yang dari tadi memandangnya tersedar hana mengeletar kesejukan serta merta dia menyelimutinya . Tetapi hana yang tidak selesa dengan posisi tidurnya bergerak kekiri dan kekanan tanpa dia sedari kerana masih lena diulit mimpi hana berhenti betul betul didepan alan.

Alan terkejut dan terkaku dia merasakan pada waktu itu jantung berdegup dengan laju . Alan merasakan masa bagaikan terhenti. bunyi degupan jantungnya dan deru nafas hana boleh kedengaran serentak seperti ia bercantum menjadi satu.

Alan merasa ada satu getaran yang membuat pandangannya tidak lari dari hana tanpa dia sedari tangannya mengusap rambut hana yang lembut bau bunga lavender serta merta menusuk hidungnya dan membuat kemahuannya untuk lebih mendekati hana semakin menebal.

dia merasakan satu perasaan aneh yang membuatnya hilang kawalan satu perasaan yang ingin membelai dan membuat hana menjadi miliknya. ini kali pertama dia merasakan perasaan ini walaupun banyak perempuan ingin mendekatinya dia menolak tanpa memikirkan perasaan mereka sebab dia berasa kosong didalam hatinya.

tangannya mengusap muka hana serta merta dia menyentuh bibir hana yang lembut lalu dia mendekatkan bibirnya kebibir hana. kalau hana bergerak pada waktu itu bibir mereka akan betul betul bertembung.

dia menutup matanya......

"alan maafkan saya" suara hana bermain dikepalanya dan mukanya yang tersenyum muncul dilayar matanya. senyuman hana membuat hatinya tenang dan dia pernah melihat senyuman itu sebelum keluarganya meninggal disebabkan perang yang tak pernah habis berdekad dekad lamanya.

rakyat terkurung dengan ketamakan dan kerakusan pemimpin yang inginkan lebih kuasa dan membuatkan ramai rakyat mati menjadi mangsa. kisah silamnya muncul dilayar matanya mayat ibu dan ayah dibakar dikhalayak orang ramai kerana ingkar perintah raja, bunyi tangisan dan raungannya boleh kedengaran.

orang bangsawan melihat dengan gembira dan sinis kerana mata mereka telah dikaburi ketamakan. pada waktu itu dia hanya budak kecil yang suka bermain tangan kecilnya memegang gambar ibu dan ayahnya dengan matanya yang tidak lari dari mayat mereka.

dia melihat sekeliling orang sekelilingnya hanya diam memandang nasib ibu dan ayahnya.pada waktu itu hatinya mula bertanya.

kenapa mereka hanya diam?

bukankah orang jahat yang sepatutnya dihukum?

bukan itu yang sepatutnya berlaku ibu dan ayahnya orang yang baik kenapa mereka dihukum?

dia menjerit sepuas hati meminta tolong kepada orang sekeliling tetapi mereka diam membisu bagaikan ayah dan ibunya seorang yang bersalah. sampai dia ditendang dan dipukul berkali kali oleh orang yang melaksanakan hukuman itu. dunianya bagaikan telah runtuh..

"berhenti" arah seorang lelaki berambut hitam dan bermata hijau memandangnya dengan dingin.

serta merta mereka berhenti memukulnya alan mengerang kesakitan "kamu boleh pergi dari sini"kata lelaki itu sambil memandang kearah orang yang memukulnya. mereka memandang alan dengan hina dan sinislalu meninggalkan mereka berdua.

"kamu semua jahat!!! mak dan ayah saya tak jahat mereka orang baik kenapa me...mereka dihukum!!"alan menjerit dan air matanya berguguran dengan laju. dia memegang tangannya yang sakit badan kecilnya terasa sakit.

"budak dunia ni kejam sebab itulah ramai orang yang jahat termasuk diri saya sendiri. dunia ni bukannya macam cerita dongeng dengan kesudahannya yang baik. dunia ni bukannya awak petik jari sahaja ia akan berubah, awak menangis pun sampai awak meraungpun tiada siapa akan dapat menolong awak"ujarnya alan terkedu mendengarnya.

lelaki itu terdiam sejenak "jadi jangan biarkan awak dipijak pijak oleh mereka" tambahnya lagi lalu meninggalkannya seorang diri.

kata katanya masih melekat didalam hatinya sampai sekarang tanpa dia sedari air matanya berguguran dengan laju hatinya terasa sakit, dia membuka matanya 'saya akan lindunginya'itulah perkataan yang muncul dihatinya apabila dimula membuka matanya dan melihat hana yang tidur dengan lena. Walaupun dia baru jumpanya beberapa hari rasa ingin melindunginya dan menolongnya dia merasakan satu perasaan yang ingin melindunginya timbul dihatinya.

dia berdiri lalu memandang kearah hana "maafkan saya hana "katanya lalu menuju keluar..






KABUSWhere stories live. Discover now