bab 18

277 16 0
                                    

"alan nenek nak turun kejap nak sediakan makanan jangan lupa turun..Hana boleh awak ikut nenek kejap"kata nenek alaine sambil memandang kearah Hana.

Hana mengangguk memandang sekilas kearah alan lalu turun kebawah bersama nenek alaine, nenek alaine mempunyai muka yang baik Dan manis walaupun mukanya dah agak tua tetapi kemanisan Dan kebaikan terpancul diwajahnya.

Nenek alaine pun masuk kedalam biliknya tanpa banyak Tanya Hana Hanya mengikutinya "kenapa ni nek?"soal Hana apabila melihat nenek alaine sedang sibuk mencari sesuatu didalam almarinya.

Dia mengambil beberapa helai gaun Dan baju yang berlipat dengan kemas. "Sebenarnya nenek nak bagi awak baju ni, harap awak sukalah"kata nenek alaine lalu menghulurkan kepadanya.

"Tapi nek..."rasa malu Dan rasa bersalah mula menular dalam dirinya. Dia rasa bersalah sebab takut nenek alaine berkecil hati kalau dia tidak terima pemberiannya Dan dia berasa malu sebab menyusahkan nenek alaine. "Takpelah lagipun baju ni nenek dah tak perlukan maklumlah nenek ni dah agak tua"katanya sambil tersenyum kecil baju yang dia beri adalah baju kegemarannya semasa dia masih muda dahulu. Hana terdiam sejenak sambil memandangnya

"Baiklah"dia mengalah lalu mengambil baju itu dan tersenyum kearah nenek alaine "terima kasih nenek"ucap hana "takpelah yang penting kamu gembira"balasnya dengan lembut. Hana tersenyum memandangnya "nenek nak pergi masak dulu ni..harap awak pakai baju tu"kata nenek alaine lalu menuju kedapur yang berdekatan dengan ruang tamu.

"Nek boleh saya tolong"kata Hana sambil mengikutinya dari belakang. "Awak tak perlupun nenek nak awak dan alan berehat cukup cukup"balasnya dengan gembira lalu masuk kedalam dapur,

Hana terdiam seketika sambil melihat nenek alaine dari jauh apabila dia melihat nenek alaine tersenyum dia teringatkan neneknya yang telah lama meninggal dunia, walaupun hubungannya dengan nenek tidak begitu rapat disebabkan hubungan ibu dan neneknya tidak begitu baik tetapi apabila melihat neneknya tersenyum hatinya berasa senang.

"hana saya nak keluar kejap"hana terkejut dari lamunannya lalu memandang alan yang baru turun Dari tangga "awak nak pergi mana?"soalnya apabila melihat alan membawa pedangnya, "saya nak tengok kawasan bandar"jawabnya lalu menuju kepintu keluar. "nanti cakap dengan nenek alaine saya akan balik malam ni" pesannya sambil membuka pintu lalu memandang kearahnya. hana mengangguk sambil tersenyum selepas itu alan pun berlalu pergi.

hana berasa penat pada waktu itu dia pun naik keatas dan menuju kebilik sejurus saja dia sampai dia meletakkan baju yang diberi oleh nenek alaine dia atas meja, selepas itu dia pun pergi kebilik mandi untuk membersihkan dirinya...

(15 minit kemudian..)

selesainya dia mandi dia pun memakai baju yang diberi oleh nenek alaine. nenek alaine memberinya 2 helai baju dan 2 helai gaun yang berlainan warna Dan jenis. Selepas siap dia terus baring diatas katil dengan penat, hana mengeluh sambil memandang siling "awak mesti kuat Hana!awak boleh buat!"itulah kata kata semangat yang digunakannya sekarang agar dia tidak berputus asa untuk cari jalan pulang.

Harap harap semangatnya tidak hilang..

KABUSWhere stories live. Discover now