bab 21

254 14 0
                                    

"awak cari siapa?"Zak memandangnya apabila melihat hana mencari seseorang"Saya tengah cari nenek saya"jawabnya dia hampir menangis apabila mencari kelibat nenek alaine dia bagaikan budak yang tersesat mencari ibunya.

Dia bukannya apa tetapi ini Kali pertama dia berada didalam bandar yang besar dan asing ni..
"Awak nak saya tolong carikan"katanya sambil tersenyum.."ta...tapi"hana masih ragu ragu , "saya tak makan orang pun"tambahnya lagi, Hana berfikir sejenak kalau dia ni jahat macam mana katanya dalam hatinya. Tapi dia ni tahu selok belok bandar ni bisiknya lagi, pada waktu itu Hatinya berbelah bahagi sama ada nak minta tolong ataupun tidak..

Zac memandang Hana, mukanya berkerut memikirkan sesuatu. "Nah awak ambil ni"Zac memberinya sebilah pisau yang mempunyai ukiran yang agak cantik.

Hana memandangnya dengan pelik kenapa mamat ni bagi Aku pisau bisik hatinya. "Kenapa awak beri pisau ni?"soal hana.

Zak mengangkat keningnya "awak ambil pisau tu kalau saya buat apa apa yang membahayakan diri awak tikam je badan saya dengan ni"balas dengan tenang.

Hana terkejut beruk memandangnya, lelaki nie tak takut mati ke?? "Hahaha..awak ni janganlah buat muka terkejut macam tu saya ni tak makan oranglah"dia ketawa kecil apabila melihat muka Hana.

"Sebenarnya saya nak makan awak sebab awak ni comel..tapi takpelah laingkali je"usiknya sambil memandangnya Dari hujung kaki hingga kehujung rambut. Dia menjilat bibirnya , "kalau awak nak saya bol.."belum sempat pun dia menghabiskan kata katanya hana memotongnya terlebih dahulu"baiklah saya ikut awak, tapi kalau awak melampaui batas awak nampak ni"ugutnya sambil menunjukkan pisau yang diberi Zak sebentar tadi..

Muka Hana merah padam "dan jangan awak terlalu dekat dengan saya"tambahnya lagi, hana merasakan lelaki ini boleh menerkamnya bila bila masa sahaja. zak tersenyum memandangnya dia berasa lucu melihat tindakan hana. "kalau saya nak dekat boleh tak"zak sengaja mendekatkan dirinya dengan hana "tak boleh!!!!"hana hampir menjerit apabila melihat tindakan zak..

"kenapa tak boleh"balasnya dengan nada merajuk yang dibuatnya dia berpura pura memalingkan mukanya, "se...sebab awak ni lelaki dan saya ni perempuan"dia tergagap gagap menjawabnya. dia bagaikan kena serangan jantung apabila zak mengusiknya "tapi..."zak sengaja mendekatkan dirinya kerana seronok melihat reaksi hana.

Dia mendekatkan dirinya lagi..dekat lagi..dekat lagi..

Tanpa zak Sedari satu tumbukan singgah diperutnya "tch, sakitnya"dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. "Alamak sakit ke!!!"kata hana dengan risau, dia mendekati zak "mana yang sakit?"soalnya dia mula mengelabah.
"Tak sakitpun sebenarnya"jujurnya dengan senyuman nakalnya. Hana tersedar pada waktu itu dia hanya beberapa inci Dari zak dia boleh mendengar deru nafas lelaki itu, mukanya mula berbahang kerana malu serta merta dia menjauhkan dirinya..

"A....a..awak ni"hana memandangnya dengan geram, zak mengangkat keningnya sengaja ingin membuatnya marah "jomlah" kata hana dia membatalkan niatnya untuk memarahi zak kerana takut usik mengusik ni akan berlanjutan boleh pengsan dibuatnya.

"Ok jomlah"kata zak dengan senyuman nakalnya yang tidak lekang dibibirnya. Mamat ni kan suka betul nak kenakan orang bisiknya dalam hati..

KABUSWhere stories live. Discover now