Bab 29

209 12 4
                                    

"scarlet!!"

seorang budak lelaki berambut silver tersenyum sambil menghulurkan tangannya kepada hana yang tergelincir . mata hijau gelapnya sangat menyerlah. hana memandangnya perlahan lahan dia menyambut hulurannya. selepas itu budak itu dengan gembiranya menunjukkannya sebilah pedang walaupun dia terpaksa mengheretnya kerana pedang yang dibawanya sangat berat.

hana tersenyum "scarlet aku ada pedang baru"katanya dengan bangga. Hana ketawa kecil "kau pandai guna ke?"soal hana dengan keningnya terangkat. budak tersebut terdiam sambil memikirkan sesuatu perlahan lahan mukanya menjadi sugul"tak"jawabnya perlahan. dia memuncungkan mulutnya, "jangan lah merajuk" pujuk hana apabila menyedari perubahan air muka budak tersebut.

budak itu melepaskan keluhan kecil "setiap orang pada permulaannya memang tak pandai tetapi disebabkan mereka berlatih mereka perlahan - lahan menjadi mahir"jelas hana lalu duduk pada batang pokok yang telah jatuh. "jadi kalau aku berlatih aku akan jadi pandai!!"katanya dengan penuh harapan.

Hana mengangguk "macam sebilah pedang yang tumpul jika kau mengasahnya selalu ia akan menjadi tajam"ujarnya sambil memandang budak tersebut. budak itu memandangnya sejenak lalu memandang kearah pedang yang dipegangnya, dia tersenyum lebar.

"nanti kalau aku dah mahir aku janji akan lindungi kau!!!"katanya sambil menunjukkan ibu jarinya.

"scarlet!!"

tiba tiba satu jeritan bergema dikepalanya.perlahan lahan dunianya menjadi gelap gelita.secara mengejutnya hana terbangun dari tidurnya.

"hana!" Kata zak dengan cemas.

hana berpeluh dengan banyak dan dia tercungap cungap pada waktu itu. dengan pantas alan memberinya segelas air. hana mengambilnya lalu meneguk hingga habis.

alan yang duduk dihujung katilnya memandangnya dengan risau "kau kena berehat kita akan tangguhkan perjalanan kita untuk beberapa hari"kata alan sambil memandangnya, mukanya tampak risau. zak mengangguk tanda setuju.

hana terkejut memandangnya "saya dah sihatlah. tak perlu kita tangguh"hana membantah dia cuba untuk tersenyum pada waktu itu.

"kita tangguhkannya buat sementara waktu"kata alan sekali lagi masih tetap dengan pendiriannya. hana tidak puas hati dengan keputusannya "saya kata saya dah.." belum sempat pun hana menghabiskan ayatnya alan memotong "saya kata kita tangguh!!"alan menengkingnya.

hana terdiam anak matanya membesar, bahunya ternaik apabila dia ditengking"kau fikir nyawa kau boleh di beli?" Soalnya dengan sinis, dia mengepal tangannya. dengan tajam dia memandang hana "kau hampir mati kau tak serik lagi?" kata alan dengan sinis dia memandang tepat pada matanya.hana serta merta melarikan anak matanya dia tak tahu nak cakap apa pada waktu itu pandangan alan bagaikan menusuk jantungnya. Dia sangat sakit hati apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut alan.

dia merengus kasar serta merta dia keluar dari bilik.zak yang masih rasa bersalah hanya mampu memandang mereka "aku minta maaf"ucap zak dengan rasa bersalah yang masih bersarang didalam jiwanya.

mukanya ditundukkan "takpelah zak tak perlu kau nak minta maaf"balas hana perlahan dengan senyuman hambar. "semuanya salah aku sebab menarik kau didalam masalah ni"katanya sambil memegang bahu zak.

zak memandangnya "ini semua bukan salah kau hana.aku ikut dengan rela hati"jujurnya. Suasana menjadi senyap, wajah zak yang selalu ceria kini menjadi keruh. "Ubat kau dah habis, aku keluar kejap ya"

zak membuka langkahnya dan dia berhenti dipintu keluar dia memandang hana..

"Thanks hana"ucapnya sambil tersenyum.

KABUSWhere stories live. Discover now