bab 5

338 22 1
                                    

Hana terkejut apabila mendengar jeritan yang lantang. perlahan lahan kabus disekelilingnya hilang  Dia agak gembira sebab kerana berasa takut dengan keadaan yang gelap berkabus "akhirnya" dia bernafas lega..hujan pun telah berhenti turun tiba tiba Dia terlanggar sesuatu lalu terjatuh ketanah..

"argh" Dia mengerang kesakitan tetapi semua kesakitannya hilang apabila dia terlihat benda yang dilanggarnya adalah mayat manusia yang baru dibunuh..

Dia melihat sekelilingnya banyak mayat yang bergelimpangan disekelilingnya..badannya kaku Dan mengeletar. Hana hampir menangis kerana takut..bau hamis menusuk kehidungnya Dan Dia hampir muntah kerana bau darah tersebut.

Hana melihat sekeliling kabus yang memenuhi tempat tersebut kini hilang..
Tempat yang penuh dengan pokok kini telah lesap Dan yang tinggal hanya beribu ribu mayat yang bergelimpangan...

Hari pun kini menjadi siang..Dia seolah olah berada jauh Dari tempat yang Dia tinggal...seolah tempat yang kini Dia berada jauh beribu ribu batunya Dari tempat tinggalnya.

Hana Cuba untuk berdiri walaupun kakinya terasa sakit..Dia Cuba untuk pergi Dari situ dengan terhinjut hinjut Dia bagaikan terkena kejutan elektrik apabila melihat semua perkara didepan matanya.

Tiba tiba tangannya ditarik dengan kasar Dan kuat.. Hana menoleh kebelakang seorang lelaki yang memakai baju besi dengan  lengkap memegang tangannya. Mukanya ditutup dengan topeng besi badannya agak sasa Dan tinggi.

"Awak ni siapa?" Soalnya dengan suara yang bengis..hana memandang baju besi yang dipakainya ada banyak tompokan darah dibaju tersebut. Dia memegang tangan hana dengan kuat hana terasa sakit kerana cengkamannya.

"Lepaskan sakit lah" kata hana meronta ronta untuk melepaskan diri. "Kalau tak saya telefon polis" ugut hana yang Cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Saya kata sekali lagi awak siapa..adakah awak pengintip Dari pihak musuh" katanya lagi hana yang Dari tadi yang Cuba untuk melarikan diri terkejut sejak bila Dia jadi pengintip ni..

"Maaflah..APA awak cakap pengintip Aku bukan pengintip kerja Aku penulis novel" katanya satu persatu..hana memandang lelaki tersebut dengan geram.

tanpa dia sedari satu pukulan dilehernya membuatnya lemah lalu Dia rebah menyembah bumi..

KABUSWhere stories live. Discover now