Bab 15

288 17 2
                                    


"hana bangun"alan mengejutkannya, hana memisat matanya. "kenapa ni"soal hana sambil menarik kain kulit yang menyelimuti dirinya hingga kebahunya. alan mengoyang goyangkan bahunya "bangun hana" kejutnya lagi. dengan matanya yang masih berat hana memaksa dirinya untuk bangun..

hana memandang sekeliling hari masih gelap tapi tidaklah segelap macam semalam,mungkin pada waktu itu jam 3 ataupun 4 pagi. setelah membangunkan hana alan terus menarik kudanya menuju kesungai untuk memberinya minum, hana melipat kain kulit yang diberi oleh alan "alan dia mana saya nak letakkan ni" soal hana sambil memandang kearah alan yang sibuk memberi minum kudanya. alan memandangnya "letakkan didalam beg tu"jawab alan sambil menunjuk begnya disebelah hana.

hana mengangguk lalu meletakkannya didalamnya, hana cuba untuk berdiri "dah okeylah"hana terkejut dan rasa gembira apabila kakinya tidak bengkak dan berasa sakit lagi. "alan kaki saya dah okey"kata hana dengan gembira lalu berlari menuju kearahnya, "baguslah"kata alan yang masih sibuk meminumkan kudanya, hana bagaikan budak kecil apabila dia berlari dan melompat dengan gembira.

alan hanya mampu mengeleng gelengkan kepalanya apabila melihat gelagat hana "alan tengok ni kaki saya dah okey" hana menunjukkan kakinya kepada alan. "cuci muka tu dulu kita dah nak bertolak ni"kata alan bagaikan ibu yang tengah menegur anaknya. hana memandangnya dengan geram tanpa banyak cakap dia terus mencuci mukanya, air disungai itu sangat sejuk hingga membuatnya mengeletar "sejuknya"kata hana, "memanglah sejuk sebab semua sungai ni mengalir dari gunung yang berdekatan"terangnya sambil memandang hana, air disungai itu sangat jernih "sebab tulah kita kena ikut laluan sungai ni untuk sampai dinegara blaenia"tambahnya lagi.

"berapa jam kita nak sampai kesana??"soal hana, "mungkin satu hari perjalanan"jawabnya hana terkejut apabila mendengarnya "satu hari perjalanan!! " hana memandangnya dengan tak percaya, alan mengangguk dengan tenang. "jomlah,kita dah nak jalan ni" ajaknya apabila april telah siap minum air setelah itu mereka mengemas tempat mereka tidur dan membuang semua kayu api yang telah habis terbakar dan membersihkannya untuk menghilangkan kesan mereka agar tentera bellmore tidak dapat mengesan mereka.

"awak dapat naik ke?" soal alan apabila melihat hana yang bergelut untuk naik, "dapatlah"balas hana dengan malu, sebenarnya ini kali pertama dia naik kuda. taylor ada mengajaknya belajar tunggang kuda tahun lepas disebabkan dia ni terlalu malas dan sibuk dia terpaksa menolak ajakan kawannya dan sekarang inilah jadinya.

kenapa ni?? bisiknya dalam hati apabila dia tak dapat naik diatas pelana kuda, "hana awak turun kejap"arah alan apabila melihat hana yang masih bergelut untuk naik, hana memandangnya lalu turun kebawah "kenapa?"soalnya,"awak nampak rakap tu"kata alan sambil menunjukkan besi tempat memijak untuk menaiki kudanya. "awak pijak besi tu baru awak naik perlahan lahan bukannya terus nak panjat"terangnya sambil memerhatikannya, muka hana mula berbahang kerana malu "s...saya tahulah"balasnya kenapalah saya tak nampak rakap tu bisiknya, dia perlahan lahan pijak pemijak besi itu lalu naik keatas dengan berpaut pada badan april dengan berhati hati dia terus duduk diatas pelana, nasib pelana kuda itu agak besar untuk dua orang kalau tidak dah lama dia jalan kaki tapi dia tahu alan bukannya kejam sangat hingga menyuruh membuat begitu.

sejurus saja dia menaikinya alan terus naik keatas dan duduk didepan hana,

beberapa minit kemudian mereka pun memulakan perjalanan menuju keblaenia walaupun pada matahari masih belum timbul diufuk timur mereka terpaksa memulakan perjalanan agar cepat sampai keblaenia dan tidak ditangkap oleh tentera bellmore..


KABUSWhere stories live. Discover now