Part 50 :: Apa Lagi?!

13.5K 432 4
                                    

Debaran menanti hari membuatkan aku jadi makin gelisah. Kak Nana dah selamat lahirkan anak pertamanya dengan Ejal, 2 hari lalu. Dengar kata nama baby perempuan tu Nurul Sharynna. Makin berseri-seri muka Ejal. Balik kerja asyik tak sabar je. Zizi pun dah mula bercuti, sekarang tengah rehat kat rumah kami. Kalau dah nak bersalin pun, jarak hospital dekat dari rumah kami berbanding rumah mama dan rumah mak mertua. Mama dan mak mertua pun dah lebih seminggu duduk rumah kami.
Aku tengah train bomba sukarela tengah panas masa telefon aku bergetar terima panggilan dalam kocek. Aku tak angkat sebab ada Tuan Ahmad dekat sana. Beberapa ketika phone aku bergetar beberapa kali, aku terpaksa bertahan. Perasaan aku mulai tak baik. Jam pun aku dah tengok berkali-kali. Sikit masa lagi nak Zuhur.
" Ki!! " Aku terkejut dan segera toleh. Abang Malik dah terkinja-kinja berlari ke arah aku. Dia tercungap sekejap dan tunduk hormat pada Tuan Ahmad.
" Maaf Tuan. Ada panggilan kecemasan untuk Zhaki dekat office. " Aku terus kerutkan kening. Tuan Ahmad benarkan aku pergi dan aku segera periksa telefon aku. Hampir 5 misscalled daripada mama. Aku teruskan berlari ke office dan jawab telefon.
" Zhaki cakap,
" Ki, mama call Ki banyak kali..
" Ya mama. Ki dekat luar tadi. Kenapa mama? " Aku cuba kawal tone suara aku lepas dengar mama menangis dekat talian.
" Balik Ki. Zizi jatuh tangga! Mama dah ada kat hospital!
" Allahuakhbar~ " Aku pejamkan mata, terlepas ganggang dari tangan aku. Aku gagahkan diri untuk duduk dekat atas kerusi terdekat. Azri terus picit bahu aku lepas letak semula ganggang. Airmata aku terus mengalir. Ejal masuk dalam office dan terus luru pada aku.
" Ki..
" Apa lagi yang aku kena hadapi lepas ni, Jal? Apa lagi?! " Aku tundukkan muka dan menangis teresak macam orang hilang arah. Ejal peluk aku dan aku menangis pada bahu dia. Aku benar-benar rasa teruji dan tak kuat. Aku kuatkan perasaan aku untuk bagitahu apa yang dah jadi lepas Kak Wina desak berkali-kali nak tanya. Aku tenangkan perasaan. Aku benar-benar lemah.
" Ki tak tahu kenapa asyik Ki, kenapa selalu Ki je yang perlu hadapi macam-macam hal.. "
" Ki, tenang. Ni dugaan Tuhan untuk Ki. Dia tahu Ki kuat. Sabar ya dik.. " Kak Wina peluk aku. Menangis juga dia.
" Ryzal, tolong temankan Ki pergi hospital, ya? " Ejal angguk. Aku rasa dunia aku gelap, rasa degupan jantung aku dah berhenti. Macam aku kata kat Zizi, kalau mati tu tak perlu bunuh diri, aku dah mati sekarang. Zizi adalah segala-galanya bagi aku. Aku tak sanggup untuk kehilangan dia. Ejal bantu aku untuk berdiri, Abang Malik dan Azri pun ikut sama hiba tengok keadaan aku. Rasa dunia aku kosong sangat. Kaki rasa tak jejak bumi pun masa melangkah.
Zizi, abang tak kuat..

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now