Part 9 : Kan Dah Kena Benci?

20K 604 4
                                    


Kalau aku nak ikut mama balik, macam tak elok, kan? Sebab kata mama malam ni aku kena stay dekat rumah Zizi. Memang macam tu, ke? Agak-agak bila aku dapat balik ke rumah aku, ni? Cuti aku seminggu je. Ah.. esok-esok aku bawalah dia balik rumah mama, kemudian bawa dia tinggal dekat rumah hadiah kahwin tu. Hipokritnya aku, lahai... Dok senyum, terpaksa ikhlas depan mama ayah dia. Dia bukan main, girang tengok aku layan dia baik-baik. Dia ingat aku tak marahkan dia lagi ke apa, ni?
" Mama balik dulu, Ki. "
" Baik ma.
" Layan Zizi baik-baik, dia tu baik budaknya. "
" Baik ma. Esok lusa Ki balik. Nak cepat masuk rumah baru supaya nak balik kerja nanti tak kelam kabut sangat. " Aku memeluknya sekejap. Sebak pula rasa hati, pertama kali tak tinggal sama-sama dengan mama dan ayah. Lepas mama dan ayah pergi, lepas sepupu sepapat aku blah, aku mula rasa sunyi. Rasa bingung pun ada. Aku tak tahu apa nak buat.
" Zhaki,
" Ya, mama. " Aku memandang ke arah mama Zizi, senyumannya sangat ikhlas. Rasa tak baik pula aku nak buat jahat dekat anak dia. Elleh, anak dia jahat dekat aku, dulu!
" Pergilah naik, rehat. Bilik Zizi bilik pertama depan tangga, tu. Zhaki pun mesti dah letih, kan? " katanya. Aku angguk perlahan. Dia suruh aku naik, dan aku terpaksa naik. Memang aku tak tahu bilik dia kat mana, sebab masa salin pakaian untuk bersanding tadi pun, aku cuma gunakan bilik bawah. Dalam hati rasa nak menyumpah dengan keadaan aku sekarang ni, memang 70% rasa tak ikhlas, lah! Masa aku dah sampai tingkat atas, aku nampak Zizi baru lepas kemaskan ruangan santai yang sedikit bersepah. Mungkin sebab tadi kawan-kawan dia lepak kat situ. Dasar budak-budak, tahu semak je! Zizi terkejut sebaik nampak aku, aku memandangnya, dan dia nampak bingung. Aku ambil keputusan untuk tunggu sementara dia habis mengemas.
" Cepatlah, saya ada hal nak cakap dengan awak. " Aku tak tahu, kenapa rasa kasar je bahasa aku. Aku malas nak berbaik-baik dengan dia. Lepas dia siap kemas dia masuk dalam bilik, kemudian aku ikut dan tutup pintu. Dia pandang aku, rasa kasihan pula bila dia duduk dekat meja belajar dia dan tunggu aku nak marahkan dia. Aku lihat ruangan bilik tu sekejap, masih ada suasana library. Buku sana sini! Aku masih berdiri, kemudian memandangnya.
" So? " Aku bersuara, dan dia memandang aku sejenak,
" Tak sangka bomba pengotor ni boleh jadi husband awak, kan? " Dia tertunduk. Mungkin dia tak expect aku akan cuba bahaskan perkara ni pada malam pertama perkahwinan kami yang entah apa-apa, ni! Aku benar-benar tidak ada hati. Rasa marah aku semakin menjadi-jadi! Paling penting aku rasa tak ikhlas. Dia genggam jemarinya, mungkin sedang runsing nak jawab macamana, atau sedang berfikir nak jerit panggil mama dia atau tak.
" Sejak daripada kejadian tu, saya berharap sangat takkan jumpa awak dan kawan-kawan awak. Kesian dekat awak semua kalau dapat suami kerja bomba. Bomba pengotor, tak flawless, tak handsome. Saya marah awak tahu, tak. Saya tak tahu nak buat apa sejak mula nampak awak tadi. Kenapa ya, dalam beribu-ribu budak 17 tahun yang nak dijodohkan dengan saya, tanpa saya tahu siapa dia tu, adalah awak. Saya tak suka  awak dan kawan-kawan awak tu, awak tahu tak? Saya jadi hipokrit depan mama saya, depan mama awak. Saya nak undur balik semua benda yang dah jadi pun dah tak dapat. " Aku meluahkan rasa. Perlahan-lahan aku hembus nafas dan cuba bertenang. Aku sandar pada dinding, cuba memahami situasi aku sekarang ni, marah ke sayang? Zizi masih tunduk dan diam..
" Saya tak tahu kalau awak dah kenal saya sebelum kejadian tu atau macamana. Kalau saya jadi awak, saya dah malu, lah! Saya dah bagitau mama saya awal-awal dah yang saya tak nak kahwin lepas kejadian tu. Malu, lah! Kutuk bomba.. Tahu-tahu future husband, tapi masih gigih nak teruskan blind-wedding ni. Look, saya sayangkan mama saya, saya hormatkan mama awak. Saya takkan cakap pada diorang yang saya tak sukakan awak sebab awak dah hina perkerjaan saya. Saya rasa saya tak layak untuk awak. Saya terpaksa nampak relax depan diorang sebab nak jaga hati diorang. Saya terpaksa cakap dekat awak saya tak sukakan awak. Mungkin nampak tak matang sebab nak marahkan budak yang hina pekerjaan saya tapi terpulang pada awak, nak bertahan dengan saya ke tidak lepas ni. Saya dah spoil tengok awak.. Dari mula lagi saya memang tak agree dengan benda ni! Kalau awak tak tahan dengan saya, kita boleh cerai. " Ketika aku sebutkan perkataan itu, dia hampir mendongak memandangku. Aku menunggu dia bersuara, tetapi tidak.
" Awak nak kata apa, Zizi? " tanyaku perlahan namun tegas. Dia memandangku selepas agak lama berdiam. Matanya sudah sembap dek airmata. Aku mengeluh perlahan.
" Maaf, saya tak ada niat nak hina pekerjaan  awak, tapi saya sayangkan mama, jangan ceraikan saya. Nanti saya malu dekat mama dan kawan-kawan.. " Aku memejamkan mata. Nampak tu jawapan budak-budak, takut malu depan kawan. Nampak sangat dia setuju kahwin dengan aku pun sebab mama dia. Takut dapat tittle janda ke apa? Haduii mulut aku, ni.. Sabarlah Ki..... Baik kau gi rehat, tidur. Lupakan semua benda yang dah jadi hari ni..

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now