Part 6 : Kenapa Mesti Dia?!

19.2K 616 1
                                    

Aku menggosok telapak tanganku perlahan. Peluh dingin sudah membasahi telapak tangan aku ni sungguhpun suasana di dalam rumah kawan mama ni agak sejuk dek air-cond yang ada. Aku pandang Ejal, dia sentiasa ada di sisi aku, memang Ejal adalah rakan baik aku sejak kami mula berkenalan di tempat kerja 10 tahun lalu. Tok Kadi sudah duduk di hadapan aku, berdebarnya bukan main. Haii, tahu pula rasa berdebar. Kelibat budak perempuan tu pun aku dah nampak duduk sebelah mama aku dan mama dia cuma dia asyik tundukkan kepala je. Sebab tak nak nampak yang aku nak lihat dia, aku berpura-pura tumpukan perhatian kepada Tok Kadi tuh, berpura-pura dengar cakap-cakap dia, dan berpura-pura ikhlas membaca taklid yang dia suruh aku baca. Saat aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, ketika itu aku sempat memandang ke arah ayah, ayah cuma suruh aku bertenang dan ulang semula lafaz yang Tok Kadi kata sebentar tadi,
" Aku terima nikah Shayziyu Binti Zairi dengan mas kahwinnya 500 ringgit, tunai.. " Aku pejam mata aku sekejap, bila dengar perkataan 'sah' tu, aku terus lepaskan tangan Tok Kadi. Dunia rasa kosong, rasa terpaksa, rasa terbeban, rasa tak ikhlas, rasa menyesal, rasa macam-macam. Cukup rasa!
" Ki? " Aku tersentak. Mama sudah mencuit bahuku. Dia hulurkan pada aku sebentuk cincin, katanya untuk disarungkan ke jari Shayziyu. Aku capai, dan untuk pertama kali aku pa
andang budak perempuan yang pada pandangan semua orang kini adalah isteri aku. Saat itu aku rasa perasaan aku membuak marah. Aku kerutkan kening, sementara dia hanya pandang aku sekejap dan terus tundukkan kepala. Aku tarik nafas dalam. Hampir terbantut pergerakanku untuk menuju ke arahnya. Aku kuatkan hati, capai tangannya dan memasukkan cincin itu ke jari manisnya. Jujur aku katakan, aku hanya menyumbat cincin itu dengan penuh rasa benci. Masa dia salam dan cium tangan aku pun aku rasa cepat-cepat nak tarik!
" Boleh cium dahi untuk ambil gambar, Ki. " Mama seolah tersedar perubahan wajahku, buktinya dia menyentuh pipiku dan menolak sedikit bibirku untuk tersenyum. Aku mengangguk perlahan. Ketika aku sentuh Shay, err.. panggil Shay ke,? untuk kali pertama, dia tersenyum tenang. Aku tidak mencium dahinya seikhlas hati, sekadar melekapkan sedikit sahaja permukaan bibirku ke dahi halusnya, kemudian menjauhkan diri. Mama perasan, sebab kali ini dia menggosok bahuku. Terasa hendak terus berdiri saat itu dan keluar pergi. Demi kerana hormatkan mama, dan hormatkan keluarga baru, aku layankan diri aku untuk terus tersenyum sehingga malam. Upacara bersanding dilangsungkan malam itu juga di rumah Shay. Aku yang minta pada mama, majlis perkahwinan ini hanya di adakan sehari sahaja. Tak mahulah ikut macam orang lain, kalau tak tiga hari tiga malam tak sah! Nak bersanding belah pihak aku, aku kata nantilah, lepas sebulan atau macamana, atau tak perlu!
Aku lihat ramai tetamu yang hadir. 95% rakan sekerja dan pegawai atasan datang ke majlis itu. Kata mereka semua nak tengok isteri Ki. Nasib baiklah Shayziyu cantik, kalau tak.. Guru sekolah Shayziyu pun ramai yang datang, termasuk rakan sekelasnya. Semua orang tak habis pandang kat aku, sibuk kata Shay untung sebab dapat suami kacak dan bekerjaya macam aku. Untung kan dapat aku?, sungguhpun kerja aku cuma pegawai bomba! Pegawai bomba ke bukan, yang budak-budak tengok sekarang ni sebab aku ni handsome! Kerja gaji lumayan atau tak belakang kira! Tapi aku masih ingat muka beberapa orang budak-budak lain yang ada datang menemui Shay untuk ucapkan tahniah. Sempat mereka pandang aku sekali lagi, aku agak diorang masih ingat aku sangat-sangat.

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now