Part 10 : Pagi Pertama..

20.1K 570 0
                                    

Awal pagi lagi budak Zizi tu dah tak ada dekat bilik. Adeii, sakit pinggang aku, tidur tak beralih sebab takut tersepak Zizi yang tidur agak jauh dari aku. Aku syak semalaman dia pun tidur tak bergerak. Semua bantal dia susun sebelah dia, takutkan aku. Aku pun rasa kelakar. Nak tidur dekat lantai dia tak suruh, sebab dia kata dia hormatkan aku sebagai orang yang lebih tua pada dia, nak suruh dia tidur lantai yang ni bilik dia pula. Bila aku naik je atas katil dan baring sebelah dia, cepat-cepat dia tarik semua bantal, buat banteng. Aku rasa nak gelak, malas. Memang rasa peliklah, aku bukan bujang lagi. Selalu tidur seorang, dan malam tadi tiba-tiba rasa tidur dengan bidadari pula. Nasib baik semalam bila aku dah bertenang, keadaan kami dalam bilik tu beransur aman. Zizi tegur aku dulu walaupun dia langsung tak pandang mata aku. Aku turun dari atas katil, nampak beg berisi sedikit pakaian aku dah ada atas meja belajar dia. Tuala pun dia dah sedia. Nak pujuk akulah, tu? Lepas mandi tu aku turun ke ruang bawah. Ayah dia, En. Zairi sedang baca surat khabar. Dari apa yang aku diberitahu, pak mertua aku ni sedang bertugas sebagai pengetua di sekolah tempat Zizi belajar. Patutlah ramai guru sekolah Zizi datang majlis semalam.
" Hah, Zhaki,
" Selamat pagi ayah.
" Selamat pagi. Ayah pun tunggu kamu ni, marilah sarapan sama. " Aduh, malunya! Nasib baik aku tak lewat sangat bangun tidur. Bukan apa, selalu mama yang kejutkan aku. Lagi-lagi waktu cuti. Lepas solat Subuh mesti aku akan tertidur semula. Aku menuju ke arah dapur dan mak mertua aku sedang siapkan sarapan. Aku cari kelibat Zizi, dah ke mana pula budak ni? Betul-betul nak menjauhkan diri dari aku, ke?
" Zizi, dahlah tu. Mari sarapan,
" Sikit lagi, mama..
" Mari, Abang Zhaki dah ada, ni.. " Aku menanti jawapan Zizi, mesti dia terkedu dengar nama aku tadi.
" Zizi? "
" Ye, mama. Dah siap. " Zizi muncul. Dia menyimpan raga selepas siap menyidai isinya. Dia basuh tangan, kemudian mengelap tangannya. Pada mulanya dia hendak duduk di sebelah ayahnya, tetapi mama sudah menarik kerusi supaya dia duduk di sebelahku.
" Bila dah kahwin ni kena belajar layan suami,
" Ye, " dari suaranya aku tahu dia akur. Tangannya ringan mencapai jug berisi teh dan menuang airnya cermat ke dalam cawan di hadapan kami. Aku hampir tersenyum.
" Bila Zhaki balik bertugas nanti? " tanya En. Zairi, aku memandangnya.
" Er, minggu depan. Minggu ni saya bawa Zizi tengok rumah dah pindah sekali kalau sempat, sebab Isnin minggu depan tu saya ada kursus. " Saat itu aku sedar Zizi hampir memandang ke arahku, pasti dalam hatinya menyumpah seranah kerana meninggalkan dia selepas berpindah ke rumah baru nanti. Aku angkat kening. 1-0..
" Berapa hari? " tanya mama.
" Lima hari dekat balai.
" Dah tu tinggalkan saya? " Zizi akhirnya bersuara. Aku memandangnya. Ada peluh hampir mengalir di tepi dahinya, cepat-cepat aku seka. Dia hampir mengelak, kemudian menyekanya sendiri. Mungkin dia berpeluh kerana berdiri di bawah sinar matahari sewaktu meyidai pakaian sebentar tadi. Aksi kami membuatkan kedua mertuaku berpandangan sambil tersenyum. Ya, aku tahu.. kami nampak janggal, kan?
" Awak boleh balik sini kalau saya tak ada. Satu awak kena tahu, saya banyak kursus.. Saya terlibat dalam team S.T.O.R.M. Bila-bila on-call.. " kataku. Sebaik aku beritahu, Zizi hampir ternganga dengan riak muka tidak percaya.
" STORM tu apa? " tanya mak mertua aku. Aku pandang dia. Alah, jenuh aku nak menjawab nih..
" Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia. S.T.O.R.M. tu sekadar singkatan, lah. Ni salah satu pasukan yang dikenali sebagai Malaysian Rapid Deployment Force, lebih kurang macam komando ATM la peranan nya tapi jauh sekali daripada skop tugasan biasa bomba yang padam api semua tu. Kira macam STORM ni pasukan yang ditugaskan untuk berfikir di luar kotak, dan bekerja di luar kemampuan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa lagi-lagi yang melibatkan bencana alam besar, lebih kepada SEARCH AND RESCUE.. " jawabku. Mak mertua angguk faham.
" Oh, macam tanah runtuh ke, bangunan runtuh ke.. " kata mak mertua berminat nak tahu. Aku angguk.
" 'Tsunami', ke.. " sambungku, sekadar mengusik Zizi. Zizi menjeling nipis. Kemunculan kami dalam diri masing-masing macam tsunami, secara tiba-tiba dan menghancurkan hati yang kukuh satu masa dulu. Aku biarkan Zizi dan terus meneguk minuman panasku. Seketika Zizi juga tidak mempedulikan aku, kami membiarkan kedua mertuaku saling berbual, dan adakalanya hampir bertekak dalam gurauan, dan aku mulai faham gurauan kasar itu membuatkan mereka semakin rapat. Aku memandang Zizi sekilas, berapa lama hubungan ini akan bertahan.. Bulan ni? Bulan depan? Tahun depan? Atau selamanya?

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now