Part 27 : Marah Ke Sayang?

18.5K 525 4
                                    

Hampir dua minggu, akhirnya Hilux aku muncul semula depan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah tu. Tu pun seminggu lepas Ejal balik dulu, katanya Kak Nana tak berani nak tengok dia. Asal dia dekat je Kak Nana menggigil. Aku akui Ejal memang kuat agama, tapi dia taklah terlalu alim sangat sampai nak berkopiah pergi kerja. Bomba, pakai kopiah padam api? Hahah.. Bukannya alim sangat nih! Masa aku belum kahwin pun diorang semua dah berani tengok video atau movie tak baik.  Diorang cakap Kak Nana tengah urus borang pindah tempat kerja. Aku terkejut juga. Tak tahu apa yang Kak Nana fikir kali ni sampai nak tukar tempat bertugas.
Aku mulakan kerja aku pagi tu dengan tenang. Macam biasa.. macam masa aku sihat walafiat sebelum ni. Aku dah jadi macam Ki yang selalu. Aktif.. tegas dekat junior, usik orang sana-sini. Aku malas nak ingat apa dah jadi dekat aku beberapa minggu lalu. Aku kalau boleh tak mahu tahu, pun. Kadang-kadang aku rasa nak slow talk dengan Kak Nana, sebab aku tahu dia orang yang baik.
" Hah, Shahzhaki, macamana? Sihat? " Tuan Ahmad tepuk bahu aku. Aku angguk sambil senyum.
" Alhamdulillah Tuan, dah okey lepas berubat kat kampung.. "
" Sakit apa? " tanya Tuan Ahmad. Aku terkedu. Ada Kak Nana dekat sana.
" Keteguran kot.. banyak ketawa masa firedrill hari, tu.. " jawabku, membuatkan Tuan Ahmad tergelak.
" Tulah. Galak sangat gelakkan abang masa tergelincir hari tu, kan? " Ejal ketawa dulu. Aku ikut ketawa, tapi tak lama, sebab perut aku masih sakit. Aku tak nak libatkan Kak Nana dalam hal ni.. Biar aku, Ejal dan Azri je tahu apa yang dah jadi kat aku. Hem, sejak aku kahwin ne rasa kurang sangat kes jadi. Tak da accident, tak da rumah terbakar, tak da orang lemas.. Tuhan bantu kot.
Tengahari tu lepas solat, aku balik dulu ke balai, Ejal dan Azri kata nak keluar makan. Hati aku kuat sangat nak jumpa Kak Nana. Walaupun mama dah pesan jangan dekat dengan Kak Nana padahal mama tak kenal mana satu Kak Nana, aku tetap yakin Kak Nana takkan apa-apakan aku kali, ni. Aku masuk dalam office Kak Nana lepas ketuk pintu. Biasanya tengahari macam ni Kak Wina tak ada, dia pergi ambil anak dia balik sekolah. Pintu aku biar buka, lagipun tak payah risau sangat sebab Tuan Ahmad ada dekat office dia sekarang.
" Kak Nana,
" Tak payah datang dekat dengan Kak Nana, Ki. Kak Nana ni tak baik. " kata Kak Nana pantas! Aku tengok Kak Nana sedang kemas meja dia. Approve dah ke dia punya permintaan nak pindah tempat kerja? Kesian pulak kat Kak Nana, marah ke sayang aku dengan Kak Nana? Kami dekat balai ni dah macam keluarga, aku kira adik dalam batch kami. Kak Nana banyak bantu aku kalau aku tak pandang dia punya baik tu sebab dia suka kat aku. Dia sayang kat aku. Masa aku cedera teruk kena hempap bumbung dan nyaris maut, aku masih ingat, Kak Nana yang paling kerap lawat aku kat hospital. Banding dengan kawan yang pernah kena patuk ular, sekali pun dia tak pernah tunjuk muka. Aku tetap duduk kat depan dia..
" Kak Nana dah kemas barang? Ryzal bagitahu Kak Nana apply nak pindah tempat kerja. " tanyaku perlahan. Kak Nana tunduk, tak tengok aku pun langsung!
" Buat apa lagi Kak Nana nak berkhidmat kat sini. Kak Nana malu dengan Ki, malu dekat Ryzal. Kak Nana ni jahat, hantar benda tak baik dekat, Ki.
" Kak Nana, benda ni cuma kami berdua jelah yang tahu. Orang lain takkan tahu kalau Kak Nana tak gelabah macam, ni. " Aku tak tahu, tiba-tiba pula aku pujuk dia supaya tak pindah.
" Saya anggap Kak Nana tak pernah buat benda tak baik dekat saya. Saya tahu Kak Nana marah, kecewa.. sampai tak dapat fikir baik-baik. Kak Nana tu baik, Kak Nana pun rajin solat, ingat Tuhan, selalu pesan benda-benda baik kat Ki, tapi sebab Kak Nana kecewa, sebab tu sanggup buat benda jahat. Sekarang Ki tahu Kak Nana dah tenang, mungkin Kak Nana dah dapat fikir dengan baik..
" Maafkan Kak Nana, Ki. Kak Nana menyesal. Kak Nana tak dapat terima bila Ki dah jadi milik orang. Kak Nana nak puaskan hati Kak Nana dengan sakitkan Ki. Kak Nana sanggup balik kampung minta tolong orang yang pandai untuk hantar benda tak baik tu  dekat Ki. Tapi bila Kak Nana dah dapat fikir dengan baik, Kak Nana dah tak boleh buat apa, dah. Ki pun dah sakit teruk. " Nampak? Akhirnya dia dah mengaku dia yang hantar santau dekat aku.
" Kak Nana mengaku Kak Nana pernah nak hantar dekat Ryzal, tapi kata bomoh tu tak sampai. Kak Nana buat macam tu supaya dia tak boleh nak buka mulut bagitahu pihak atasan yang Kak Nana libatkan hal peribadi dengan kerja. Sebab tak nak reputasi Kak Nana buruk dekat mana-mana jabatan, Kak Nana rasa lebih baik Kak Nana pergi.
" Kak Nana, janganlah macam ni. Tak sayang Ki, ke? " Aku rasa sedih pula kalau Kak Nana betul-betul nak pindah sebab nak jauhkan diri dari aku. Kak Nana seka airmatanya, kemudian pandang aku.
" Saya tahu Kak Nana kecewa sebab tak dapat jadikan saya sebagai suami.. tapi anggap saya macam adik, yang tak nak kakak dia pergi tinggalkan dia. " Aku memujuk. Kak Nana dah tahan nangis sampai tekup mulut. Aku kerut kening aku sebab serius tak nak dia pergi. Aku sayang kat dia..
" Biar kita pisah sebab dah pencen, dah bersara, bukan sebab Kak Nana pindah.. Tolonglah... " Kak Nana diam sambil lap airmata dia. Tiba-tiba Tuan Ahmad keluar dari office dia...
" Kesian adik tu pujuk,
" Tuan!
" Jangan risau Nana, saya takkan beritahu sesiapa. Anggap saya tak dengar apa-apa. Teruskan je berkhidmat kat sini. Saya dah tak ada staff terbaik macam awak dan Zhaki.. " Aku ikut terkedu. Kak Nana sambung tangis dia, kali ini makin kuat.
" Terima kasih, Tuan! "

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now