Part 1 : Jodoh Paksa..

29.4K 818 14
                                    

" Ehh! Mama ni biar betul? Dia tu budak lagi, kot! " Aku ruap muka, bengang dengan kata-kata mama. Mama hanya pandang aku sambil juih bibir, mungkin dia sangka aku tak serius dengan rasa marahku saat ini, siap silangkan kaki, kemudian memandangku semula. Mama ni, kalau aku sedang marah dia tak nak peduli langsung, dia sangka aku sedang bergembira dengan berita tak baik dia, ni. Maklumlah, dari kecik tak pandai membantah cakap orang tua. Apa mama dan papa kata, semua aku turut.
" Mama dah kenal dia sejak dia kecil lagi,
" So sekarang umur dia berapa? " Aku hampir menjerkah, merajuk sebenarnya.
" 17,
" And umur Ki berapa?! " Mama tergelak mendengar kata-kataku. Tidak perlulah mama sebutkan, aku sendiri mengaku usiaku sudah memasuki angka 31. Sejak aku berkhidmat sebagai seorang anggota bomba memang aku akui aku tidak sempat langsung untuk memberikan peluang pada diriku untuk mencari cinta. Bukan apa, sibuk. Banyak sangat kes berlaku dalam dunia sekarang. Kadang-kadang nak beranakkan kucing pun perlu cari bomba. Belum kes selamatkan anak kucing, dah berekor-ekor anak kucing ada dekat balai.
" Ki, mama bukan nak paksa Ki,
" Tak paksa apa, ma. Mama dah tanya benda ni hampir dua tiga kali dah, tu dah kira paksalah, mama. Ki bosan. Ki tak nak, lah! " Aku sandarkan kepala ke sofa, hampir terpejam mataku kerana memikirkan kata-kata mama. Memang aku kenal pada kawan mama, mak kepada budak tu, tapi aku tak pernah pun nampak budak tu. Serius aku cakap, selama ni aku ingatkan Aunty Zara tu tak ada anak -_-
" Mama boleh fikir, tak? Dia baru nak SPM tahun, ni! " sambungku geram. Mama tergelak lagi. Agak panjang tawanya, seperti hatinya sedang tergeletek dengan sesuatu perkara lucu. Aku kerling mama.
" Eh tu bukan orang kata sweet, ke? Ada kekasih lebih muda, atau tua dari kita?
" Urghh sweet sangatlah, mama.. sampai nak termuntah Ki dengar. " Aku jengilkan mata ke atas lepas dengar kata-kata mama. Hanya dia saja yang tahu celah mana sweetnya tu.
" Jangan sombong sangat, Shahzhaki.. Tak baik~ " Giliran mama mengerlingku pula. Aku hampir menggigit bibir. Bukan nak bantah kata-kata dan perintah mama, tapi, Ya Allah.. Tu budak, kot?
Agak-agaklah!
" Lepas dia habis SPM nanti, kahwin ya? " sambung mama lagi. Aku ternganga! " What?! "
Tidakkk!!!!

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now