Part 44 :: Kes Baru..

14K 403 1
                                    

Aku lepaskan pen lepas dengar siren kecemasan berbunyi. Dalam balai masa tu cuma ada team Alpha. Aku bergegas ke garaj jentera dan siapakan diri dengan pakaian bertugas. Ejal dah lompat dalam jentera. Aku dan Azri naik bersama 4 orang pegawai lain. Abang Azri memandu van EMRS bersama seorang lagi pegawai. Kes cubaan bunuh diri. Kalau kes macam ni kami kena dua kali lebih cepat dari biasa, risau kejadian tak diingini dah berlaku sewaktu kami dalam perjalanan nak ke sana. Bila kami tiba, kami dapati seorang gadis berada di dalam sebuah kereta yang dah dikunci dari arah dalam. Di tangannya terdapat sebilah pisau dan sebotol besar minyak dipercayai minyak petrol dan mancis di atas dashboard. Kelakuannya yg mengelar tangan sendiri tu yang menarik perhatian awam. Kata orang ramai gadis itu mengelar tangannya menggunakan pisau dan risau jika dia melakukan perkara lain sekiranya mereka tidak hubungi pihak bomba. Aku arahkan orang awam menjauhi kawasan itu dan minta seluruh kawasan parking berdekatan dikosongkan.
Kami dah ready dengan sebarang kemungkinan berkaitan kebakaran atau letupan tambahan pula enjin kereta tu sedang dihidupkan. Aku mula dengan mengetuk cermin kereta gadis tu, yang dengan bantuan daripada pihak polis dan JPJ, kami dapat tahu pemilik kereta tu bernama Diana dan berusia 25 tahun. Mungkin dia marah dengan kemunculan kami, dia pijak pedal minyaknya sekuat hati. Risau dia akan melarikan diri dan memburukkan lagi keadaannya, Ejal dalam diam dah pancitkan keempat-empat tayar Produa Myvi tu. Tingkap kat bahagian pemandu yang tak terlalu rapat tu memudahkan aku untuk bercakap dengan dia.
" Cik, tolong turunkan tingkap ni, cik. "
" Jangan sibuk hal aku! "
" Eh, bukan nak sibuk, cik. Ni untuk keselamatan cik juga. "
" Suka hati akulah nak buat apa! "
" Tolong turunkan tingkap ni, cik."
" Pergi! Sebelum aku bakar kereta ni! Pergi!! "
" Saya takkan pergi selagi cik tak keluar. " Aku pandang dia. Mata dia dah sembap dengan airmata. Masa tu dia terus menangis, aku diam dulu tengok.
" Kau ingat kalau aku terus hidup mak bapak aku sayang aku lagi ke?! " pekiknya dari arah dalam. Aku toleh pandang Abang Malik.
" Masalah keluarga. " Abang Malik angguk faham.
" Kita boleh cerita dekat luar cik, saya boleh dengar. "
" Kau takkan faham!
" Saya akan faham. " kataku sambil senyum. Lama dia pandang aku, kemudian dia geleng!
" Tak! Kau tipu aku! Kau takkan faham! Kau saja nak pujuk aku supaya aku balik lagi jumpa mak aku kan?! " Dia tuding jari. Aku geleng. " Saya pujuk cik untuk keluar,
" Kau pujuk aku supaya tak bunuh diri! Aku tahu bomba buat kerja macam tu! " pekiknya. Aku hampir tergelak, terus tundukkan kepala.. kemudian pandang dia semula.
" Cik, saya pujuk sebab saya prihatin. Kalau saya tak pujuk maknanya memang tak ada orang nak tengok cik hidup lagi. " kataku. Dia yang dah henti nangis, menangis semula.
" Mak bapak aku dah tak sayangkan aku! " pekiknya. Aku senyum..
" Mana cik tahu diorang dah tak sayangkan cik? " tanyaku. Dia seka airmatanya. Agak lama dia diam, team Alpha yang ready belakang aku semua dah acah-acah nak balik berehat kat jentera. Geli hati aku tengok diorang semua bagi isyarat nak minum kopi! Jilake diorang! Cuma Ejal je yang dah tersandar kat belakang kereta budak tu.
" Saya mengandung,
" OK.. "
" Dan sebab tu je diorang terus bencikan saya.. lepas tu... lepas tuu,
" Lepas tu? "
" Lepas tu, Zaki pula tinggalkan saya! Saya tak ada sesiapa lagi dalam hidup ni! " Dia sambung nangis. OK, nama si lelaki yang dah mengandungkan dia tu Zaki. Mahunya yang pujuk tadi Azri ke Ejal ke, ni aku pula.
" Sebab tu pun awak nak bunuh diri? " tanyaku, dia diam, tapi mulai nampak tenang. Kalau kejap lagi dia turunkan tingkap dan matikan enjin, maknanya Zhaki ni dah berjaya pujuk.
" Awak kena mulakan hidup baru Cik Diana. Saya tahu mak awak cuma kecewa dengan apa yang awak buat ni, bukan sebab dia bencikan awak. " Aku teruskan memujuk. Diana geleng perlahan.
" Baik saya mati je daripada tak ada orang sayang saya macam ni.. " Dia merintih. Aku dehem perlahan.
" Turunkan tingkap ni Cik Diana. Kita boleh cerita kat luar.. "
" Tak nak.. saya tak nak keluar.. Biar saya kat sini je.. Tak ada orang nak peduli pasal saya.. Zaki pun dah tinggalkan saya..
" Saya peduli pasal awak. Awak boleh cerita dekat saya. Tolong keluar, Cik Diana.. " Aku cuba pujuk, dan Diana tu angguk perlahan. Bila Diana tu nak matikan enjin, tiba-tiba seorang wanita muncul dan terus hentak cermin depan kereta Diana dengan sebatang kayu. Bergegas Abang Malik dan seorang pegawai polis tarik wanita tersebut.
" Anak gila! Memalukan aku! Baik kau bunuh diri saja daripada menyusahkan aku terus! "
" Diana!! " Aku hanya terlepas pandang sedikit je pun, tapi Diana dah curahkan minyak petrol ke seluruh tubuhnya dan bakinya ke bahagian dalam kereta. Aku terpaksa pecahkan cermin tingkap di sebelah Diana menggunakan alat semburan api sebelum Diana mengetik mancis tersebut. Aku sempat buka kereta dan tarik Diana keluar, dan mancis yang telah dia hidupkan, terus menyalakan api serta-merta. Bahang panas terus terasa. Aku dan Ejal terpaksa heret Diana yang berkeras tak mahu tinggalkan Myvi tu. Beberapa saat je kereta tu dah meletup, terhumban tubuh aku, Ejal dan Diana hampir beberapa meter dari tempat letupan. Aku pejamkan mata, belakang badan aku yang terhempas sakit takda warning. Pandangan aku berpinar, udara kat sekeliling rasa tak cukup sangat.
" Zhaki~ " Aku buka mata. Mungkin Diana dah baca nama kat uniform bomba aku, aku terus pejamkan mata aku semula. Yang penting Diana selamat.

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now