Part 21 : Pening, pening~

18.4K 555 2
                                    

Beberapa minggu Kak Nana tak ganggu aku. Beberapa minggu juga aku buat semua kerja-kerja aku dengan lancar. Mungkin sebab aku dah libatkan Azam, libatkan pegawai polis dekat dalam kes ni, Kak Nana berhenti mengganggu. Aku hanya bercakap dengan dia bila ada hal penting. Pun begitu dia masih tunjukkan tanda-tanda yang dia tu masih sukakan aku, buktinya siapkan keperluan team Alpha terlebih dahulu. Lepas tu suka parking dekat Hilux aku, supaya petang nanti dapat saing langkah aku, boleh terus ugut aku lagi. Muka aku dah makin masam mencuka bila dah pergi kerja. Ada saja nak marah. Sampai ada orang buat panggilan palsu pun aku terus nak pergi cari orang tu. Perangai sama macam Kak Nana! Asyik nak sakitkan hati aku! Kadang-kadang dekat Whatsapp pun aku sempat nampak dia typing, kemudian menghilang. Entah ayat apa dia nak hambur dekat aku!
" Ki, " Aku menoleh. Kak Nana dah berdiri dekat pintu pantri.
" Nana ada buatkan air, " katanya. Aku mengerutkan kening. Panggilan 'Kak' dia dah hilang, cuma gunakan nama dia bila nak bercakap dengan aku.
" Hemm.. " Aku sekadar menggumam.
" Nanti boleh bagi dekat pegawai lain. Saya dah minum. " Aku terus keluar dari balai. Malas nak layan. Yang aku tahu aku tak sabar nak balik rumah. Aku cuma nak tengok Zizi. Zizi aku yang dah mula berani peluk aku, yang dah berani nampak seksi kat depan aku. Fuhh.. Habis kerja je aku terus balik rumah, sebab kata Zizi dia sakit perut. Sampai rumah tak ada orang sambut aku. Selalu Zizi dah ada tunggu depan pintu.
" Zizi? " Aku masuk ke dalam bilik, Zizi melingkar cengkam perut. Aku terus usap rambut dia.
" Kenapa? "
" Datang bulan, lah~ " Zizi pejam mata. Aku kerutkan kening. Datang bulan sakit perut, ke? Aku tengok Zizi sampai nak nangis.
" Sakit sangat ke Zizi? " Zizi angguk. Tak lama lepas tu dia cengkam lengan aku,
" Nak muntah! "
" Uh? " Aku segera bawa dia ke bilik mandi. Lama berdiri dekat singki, dia tak muntah juga. Sampai dia dah tak mampu berdiri, aku basuh muka dia dan angkat dia masuk ke dalam bilik semula.
" Lama ke kalau sakit macam ni? " tanyaku lagi. Zizi angguk. Kesian pula dekat dia. Kalau kata orang perempuan datang haid sekali setiap bulan, berapa kali Zizi atau wanita lain perlu sakit macam ni. Telefon aku berdering, mama call!
" Ya, mama. "
" Mama dan mama Zizi nak ke rumah Ki. Ki ada kat rumah ke? "
" Ada mama.. Nanti Ki buka pintu. " Aku sempat mandi sementara tunggu mama dan mak mertua aku sampai. Katanya, diorang baru balik dari kenduri rumah kawan dekat kawasan rumah kami. Saja nak lawat kami sebelum balik. Aku sentuh dahi Zizi lepas siap pakai baju. Tangannya tak habis pegang bawah perut. Tak pernah aku tahu perempuan sakit bila datang haid. Rasanya tu macamana? Macam masuk angin, ke? Loceng rumah dekat bawah dah bunyi, mama mesti dah sampai. Aku terus turun dan buka pintu. Mama, mama Zizi dan ayah Zizi ada sekali. Ayah aku tak ada, mesti dia sedang berada kat atas laut.
" Eh, mana Zizi? " Mak mertua aku dah tegur. Aku garu kening.
" Er, dia dekat bilik.
" Petang-petang macam ni?
" Dia sakit, mama.. Macam nak muntah je tadi.. " jawabku. Mama dan mak berpandangan, macam teruja. Aku terus ajak mereka naik ke atas, mak mertua aku terus usap rambut Zizi. Sekali lihat saja dia dah tahu Zizi kenapa.. Riak mukanya terus berubah.
" Laa, datang haid, ke? " Mak mertua aku bingung. Mama aku terus pandang aku.
" Kenapa boleh datang haid, pula? Dah sebulan, kan? " Aku mengerutkan kening mendengar kata-kata mereka. Ayah mertua aku dah gelak. Aku duduk sebelah Zizi sebab bingung dengan mereka.
" Ki tak buat lagi, ke? " tanya mama tanpa berselindung. Aku membulatkan mata.
" Tak buatlah tu. Kalau tak kenapa boleh datang haid pula.. "
" Mama, Zizi yang tak minta, lah~ Zizi tak sedia lagi. " Zizi menyampuk, membela diri. Aku terus meruap mukaku tanda faham. Zizi masih suci. Aku yang tak pernah nak sentuh dia. Manusia jenis apa pulak aku ni lambat pick-up dalam hal-hal macam ni? Ehh, aku sibuk kerja, lah! Tak ada masa nak tahu orang mengandung datang haid ke tak?
" Mama ingat muntah sebab dah mengandung~ " Nampak sangat kedua mama kami kecewa. Ayah mertuaku saja nampak tenang. Dia kata dia yakin dengan aku. Aku pandang Zizi, kalau datang haid pun dia dah sakit macam ni, macamana pula kalau dia dah nak bersalin, nanti?
Lepas makan malam tu baru mama, dan mertua aku balik. Cuma aku je hantar diorang ke kereta. Zizi masih lemah. Dia makan pun tak nak. Sakit kepala katanya. Nak berdiri pun tak larat. Aku baring dekat sebelah dia lepas pastikan rumah dah terkunci rapi. Aku letakkan tangan aku dekat atas perut dia, kemudian dia letak tangan dia atas tangan aku.
" Cepat sihat. Abang tak nak tengok Zizi sakit.. " Aku kucup pipinya. Sebelah tangan aku aku letakkan dekat belakang tengkuk dia, kemudian peluk tubuhnya. Airmatanya tiba-tiba mengalir.
" Mesti mama marahkan Zizi, sebab Zizi tak mengandung lagi. " katanya perlahan. Aku tepuk bahunya, kemudian mengeluh sedalam mungkin.
" Mama marahkan abang, lah. Abang yang tak buat lagi. " Aku menenangkannya. Fikiranku kini berada di luar kotak, sama saratnya macam aku tengah fikirkan jalan keluar bila terperangkap dekat dalam bangunan yang sedang terbakar.
" Abang bukan tak nak buat, bagi abang Zizi muda lagi. Mesti belum ready nak jadi mama lagi, kan? " Zizi membuka matanya ketika aku bertanya seperti itu, perlahan dia mengangguk.
" Zizi tak sedia,
" Abang pun tak sedia.. Abang tak puas dengan mama dia lagi, dah kena jaga baby pula nanti. " Zizi tergelak perlahan. Aku seka airmatanya.
" Zizi dah sakit perut datang bulan mcm ni pun abang dah risau, dah ikut sakit tengok. Macamana kalau sampai masa Zizi nak bersalin, nanti? Abang tak nak tengok Zizi sakit sebab nak lahirkan anak abang. " Aku mengucup pipinya. Airmata Zizi mengalir semakin deras pula.
" Dahlah jangan nangis lagi. Kita cuba pelan-pelan nanti.. " Aku memujuk.
" Tunggu lepas result SPM keluar. Manatahu ada rezeki nak sambung belajar ke apa, dapat tawaran kerja. Susah nanti kalau dah ada baby.. " kataku kurang sedar. Zizi tidak menjawab. Tak jawab mungkin sebab tengah sakit perut, cuba nanti aku ajak bual pasal ni masa dia tengah sihat.. maunya diam aku dengar hujah otak masih fresh macam dia, ni. Aku biarkan Zizi tertidur dalam pelukanku. Sekejap kemudian aku kembali teringatkan Kak Nana. Marah sangat dia bila aku tak nak minum air yang dia buat, tu. Padanlah muka. Kalau kau jaga perangai baik-baik sampai sekarang aku masih hormatkan kau. Siap ugut aku bagai. Saja nak bagi aku kecut, memang salah oranglah! Walaupun aku anak mak, aku tetap menjadi diri aku bila di tempat kerja. Aku bukan calang-calang pegawai bomba. Dah bertahun aku training, aku dah lulus bermacam ujian untuk STORM, aku dah macam komando. Kalau nak lawan setakat dia sorang, aku boleh. Aduih, sakit kepala aku. Fikirkan Kak Nana, fikirkan permintaan mak dan mertua aku, fikirkan Zizi..
Pening~ pening..

MARAH KE SAYANG? (ANUGERAH TERINDAH) - KXiungee / #wattys2020Where stories live. Discover now