"Okey" Kata Sara lalu menuju ke bilik tidur untuk bersiap-siap.

Sara mengambil baju kurung yang dibeli Harraz.

"Cantik juga pilihan dia" Sara memuji suaminya kerana pandai memilih pakaian untuk dirinya.

Sara meletakkan baju kurung di atas katil,kemudian dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Selepas keluar dari bilik Sara mengeringkan rambutnya selepas itu Sara menyarungkan baju kurung di badannya,Sara mengambil selendang berwarna biru lalu dipakai olehnya.

Harraz masuk ke dalam bilik lalu mengambil baju kameja berwarna biru berserta seluar berwarna koko.

"Sara lambat lagi ?" Tanya Harraz yang selesai memakai baju dan seluar.

"Sekejap,Sara dah nak siap" Kata Sara lalu meletakkan pin di sebelah kiri,Sara mengambil beg tangan berwarna hitam dan kasut tumit tinggi rata di dalam rak kasut.

"Dah siap" Kata Sara pada Harraz.

"Cantik isteri abang" Kata Harraz sambil membetulkan tudung Sara yang kelihatan agak senget.

"Dah berdrama nanti lambat pula sampai" Kata Sara kepada Harraz lalu mereka berdua menuju ke pintu utama.

Mereka berjalan ke arah lif dan menuju ke arah kereta yang diletakkan di bawah tanah.

"Mana rumah kawan awak ?" Tanya Sara.

"Majlis perkahwinan dia diadakan di hotel 5 bintang sebab rumah dia di Terengganu sebenarnya" Kata Harraz sambil memandu kereta.

"Ouh tapi macam mana awak boleh berkenalan dengan dia sedangkan  rumah dia jauh" Kata Sara.

"Dia rakan seuniversiti abang, kitorang kenal masa mula-mula masuk universiti tapi kitorang berpisah sebab..."

Kata-kata Harraz terhenti.

"Sebab apa ?" Tanya Sara yang mempunyai rasa ingin tahu.

"Sebab keluarga abang perlu berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengubat penyakit Harriz tapi dia tetap tidak dapat diselamatkan" Kata Harraz.

"Allah lebih sayang Harriz,kita perlu ikhlaskan pemergian dia" Kata Sara

"Selepas 2 tahun,kami semua berpindah semula ke Malaysia kerana permintaan Harriz untuk berpindah ke Malaysia dia kata dia tak nak mati di tanah air orang lain" Kata Harraz sambil mengesat air matanya dengan tangan kanannya.

"Awak mesti sedekahkan al-fatihah dan sentiasa berdoa agar dia ditempatkan di sisi orang-orang beriman" Kata Sara sambil memegang tangan kiri Harraz.

"Terima kasih sebab sudi ada di sisi abang" Kata Harraz.

"Mestilah sebagai seorang isteri tempatnya hanyalah disisi seorang suami,dah dah tak mahu sedih,kita kan nak pergi majlis perkahwinan orang nanti apa pula orang kata,sepatunya kita tunjuk muka bahagia di hari perkahwinan kawan awak" Kata Sara sambil menghadiahkan senyuman kepada suaminya.

"Terima kasih sebab selalu beri kata-kata semangat serta nasihat kepada abang" Kata Harraz.

15 minit kemudian,mereka tiba di majlis perkahwinan Amar dan Amyra.

"Kacak juga suami saya ini" Kata Sara sambil membetulkan songkak yang dipakai oleh Harraz.

"Kalau tak kacak pasti awak takkan tersangkut dengan abang kan" kata Harraz dengan angkuhnya di hadapan isterinya.

"Perasan" Kata Sara menunjukkan muka menyampah dihadapan Harraz.

"Perasan-perasan pun awak sayang jugakan" Kata Harraz lalu memimpin tangan Sara.

"Tengok suami isteri yang baru berkahwin ini nampak bahagia saja dah lah kacak dan cantik,memang pasangan perfect" Puji Amar.

"Kau apa kurangnya sama padan dah lah kahwin dengan artis popular pula,jaga baik-baik isteri kau itu nanti dirembat orang merana kau" Usik Harraz.

"Ish kau ini tak habis-habis usik aku sejak universiti lagi sekarang dah berumur 24 tahun pun masih nak usik aku" Kata Amar sambil menepuk belakang Harraz.

"Bila lagi nak usik kawan sendiri kalau tak usik sekarang ?" Soal Harraz kepada Amar.

"Iyalah selepas ini mungkin sibuk belaka terutama kau Harraz mungkin selepas ini sibuk dengan anak" Kata Amar.

"Kata orang tengok-tengok dia dulu yang lintas aku dan Sara" Kata Harraz.

"Aku dan Sara hanya mampu mendengar sahaja" Kata Amyra yang mula bersuara.

"Biasalah sayang,bila lama tak jumpa member banyak benda nak borak bersama" Kata Amar kepada Amyra.

"Okey" Kata Amyra kepada Amar.

"Ramai juga orang yang datang hari ini" Kata Harraz kepada Amar dan Amyra.

"Mestilah ramai ini majlis perkahwinan bukannya majlis hari lahir" Kata Amar menyebabkan Amyra dan Sara ketawakan Harraz.

"Mesti awak tak ada idea nak cakap apa kan ? Sebab itu dah merapu tak tentu pasal" Kata Sara

Semua ketawa mendengar kata-kata Sara sehinggalah Risya datang kepada mereka semua menyebabkan gelak tawa terhenti.

"Hai Harraz,lama tak jumpa you" Tegur Risya,dia memakai gaun berwarna putih.

"Hai" Kata Harraz acuh tak acuh dengan teguran Risya kepadanya.

"Ouh ini wife you,not bad tapi aku tetap cantik daripada dia" Kata Risya dengan begitu sombong.

"Hai,saya Sara isteri Harraz" Kata Sara lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Risya.Dia mengukirkan senyuman kepada Risya.

"Risya,kekasih Harraz,opps ! lupa bekas kekasih Harraz" Kata Risya sambil menghulurkan tangan dan cepat-cepat melepaskan tangannya daripada Sara.

"Saya tahu,tapi semua tu dah berlalu lagipun sekarang kami bahagia dengan kehidupan kami" Kata Sara membuatkan Risya panas hati dengan kata-katanya.

'Menyampah aku tengok muka kau tahu tak,dah lah perampas kalau tak hadir dalam hidup ini mesti Harraz tak putus hubungan dengan aku ini semua sebab kau perempuan tak guna,aku tak akan benarkan korang bahagia sebab Harraz hanya milik aku seorang hanya milik Risya seorang' Bisik hati Risya.

"Kamu bertiga pergilah makan" Amar mempelawa Sara,Harraz dan Risya untuk pergi ke meja makan.

"Ingatkan tak nak jemput kami makan" Kata Harraz.

"Hajatnya tak nak jemput pun tapi nampak macam kesian jadi aku jemput sajalah" Kata Amar.

"Tak baik cakap macam itu abang" Kata Amyra sambil menepuk perlahan bahu suaminya.

"Padan muka kena tegur dengan isteri" Kata Harraz kepada Amar.

"Tak baik awak cakap macam itu pada kawan awak" Kata Sara pula.

"Okey seri hari ini dua-dua kena dengan isteri masing-masing" Kata Amar.

"Ya seri" Kata Harraz lalu mereka semua ketawa sedangkan Risya dipulaukan di belakang.

Dia Suamiku ✔(editing)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora