Sara menangis sambil memeluk lututnya manakala pisau yang dipegangnya terjatuh daripada gengaman tangannya.Tangannya yang terluka dibiarkan begitu sahaja.

"Sara !" Harraz yang baru datang meluru ke arah Sara apabila melihat Sara terduduk di atas lantai sambil menangis manakala tangannya terluka kerana terkena pisau.

"Awak" Kata Sara yang mengangkat wajahnya yang sudah lencun dengan air mata lalu dia segera memeluk Harraz dalam keadaan menangis teresak-esak.

"Kenapa ini ?" Tanya Harraz sambil mengusap kepala Sara.

"Saya takut" Kata Sara memeluk Harraz dengan erat dan menangis dalam pelukan Harraz.

"Siapa yang buat Sara sampai takut macam ini ?" Tanya Harraz mengusap belakang Sara untuk menenangkan Sara yang sedang ketakutan.Namun,Sara sekadar diam sahaja.

"Sara dah menangis sekarang beritahu siapa yang buat Sara menangis sampai macam ini sekali" Kata Harraz sambil memegang wajah Sara yang sudah lencun dengan air mata namun Sara masih berdiam diri.

"Kalau tak nak cerita tak apalah" Harraz berdiri lalu hendak melangkah ke arah laci dan mengambil peti kecemasan.

Harraz meletakkan peti kecemasan di tepi Sara lalu membukannya dan mengambil ubat luka serta pembalut luka.Kemudian,Harraz mengambil bekas kecil untuk meletakkan air.

Harraz membawa bekas kecil berisi air dan memgambil tuala kecil lalu dia membersihkan luka Sara.Harraz mula perasan dahi Sara berkerut apabial lukanya terkena air namun Sara hanya berdiam diri sahaja.

"Tahan sikit sahaja kerana luka ini perlu dibersihkan nanti takut kuman merebak" Kata Harraz kepada Sara namun Sara sekarang merenung kosong ke arah lantai.

"Kalau rasa sakit beritahulah mungkin boleh ringankan rasa sakit di dalam" Kata Harraz kepada Sara lalu dia meletakkan ubat luka ke atas luka di tangan Sara membuatkan Sara menggigit bibirnya kerana berasa pedih.

"Dah nak siap" Kata Harraz lalu membalut luka Sara.

"Jom kita makan sarapan" Harraz mengajak Sara selepas dia memapah Sara pergi ke arah katil.

"Saya tak lapar" Kata Sara kerana selera makannya hilang apabila melihat wajah Fadzrin.

"Mana boleh macam ni,kalau Sara sakit siapa susah ?" Tanya Harraz lalu mengambil sandwish kepada Sara.

"Aku kata tak lapar maknanya tak laparlah" Tengking Sara membuatkan riak wajah Harraz berubah.

"Awak,saya minta maaf saya tak bermaksud nak tengking awak tapi saya betul-betul tak lapar" Kata Sara kepada Harraz.Dia berasa bersalah kerana menengking Harraz.

"Kalau macam itu kita sama-sama tak makan dan sama-sama sakit" Kata Harraz.

Sara segera membaca doa makan sebelum menyuapkan sandwish ke dalam mulutnya.

"Saya dah makan sekarang awak pula" Kata Sara lalu menghulurkan sandwish kepada Harraz.

'Kalau lihat betul-betul Sara ini manja juga orangnya dan kenapa aku rasa aku mula sayang dia ? Kenapa aku tak boleh lihat dia menangis ? Tapi bagaimana dengan Risya ?' Gumam hati Harraz sambil memandang ke arah Sara.

"Awak nak lagi ?" Tanya Sara sambil menunjukkan sandwish kepada Harraz namun Harraz hanya menggeleng sahaja.

Nada dering kedengaran daripada poket seluar Harraz,Harraz segera menjawabnya.

"hye you,you pergi mana dah lama I tak jumpa you"

"ada saja" Jawab Harraz acuh tak acuh.

"Jom keluar" Risya mengajak Harraz untuk keluar bersamanya.

"I nak beritahu sesuatu kita jumpa di secret garden esok"

"okey,love you"

Harraz memasukkan telefon miliknya ke dalam poket seluarnya.

"Siapa ?" Tanya Sara kepada Harraz.

"Tak ada siapa-siapa,lusa Sara keluar dari hospital kan ? " Tanya Harraz.

"Ya tapi Sara rasa peliklah sebab awak panggil saya dengan menggunakan nama" Kata Sara.

"Tak salah nak panggil nama lagipun aku kau nampak kasar sangat" Kata Harraz membuatkan Sara makin hairan dengan sikap Harraz sejak kebelakangan ini.

"Nanti saya jemput" Kata Harraz.

"Tak apalah saya boleh balik dengan teksi takut menyusahkan awak pula lagipun awak mesti sibuk dengan kerja so saya tak naklah ganggu kerja awak" Kata Sara.

"Kalau saya kata saya nak jemput maknanya saya akan datang jemput" Kata Harraz.

"Okey tapi boleh saya nak tanya sesuatu ?" Soal Sara sambil mengukirkan senyuman.

"Tanyalah" Kata Harraz.

"Awak sihat hari ini ?" Soal Sara membuatkan Harraz ketawa secara tiba-tiba.Kali pertama Harraz ketawa dengan ikhlas di depan Sara.

"Orang tanya dia ketawa pula" Kata Sara lalu mencebik.

"Saya sihatlah kenapa tanya ?" Soal Harraz pula kepada Sara.

"Awak nampak baik hari ini tak macam selalu hari ini awak berbual dengan saya dan makan bersama selepas itu awak dah tak guna perkataan 'aku kau' bila bercakap dan awak sangat prihatin hari ini selalunya awak bukannya nak endah apa yang saya cakap tapi hari ini awak nampak benar-benar berbeza rasa macam bukan Harraz yang saya kenal" Kata Sara.

"Tak salah kan kalau saya berubah" Kata Harraz sambil tersenyum membuatkan Sara hampir cair kerana terkena panahan senyuman berbisa Harraz.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now