"Waalaikumussalam" Jawab Harraz,Abdul Aziz dan Puan Diana.

"Bagaimana keadaan Sara sekarang ?" Soal Datin Seri Ayuni kepada Harraz.

"Doktor kata Sara tidak mengalami kecederaan yang serius" Kata Harraz.

"Alhamdulillah lega hati mummy mendengarnya" Kata Datin Seri Ayuni lalu mengurut dadanya.

Selepas semuanya pulang ke rumah,Harraz menuju ke arah tandas untuk mengambil wudhuk lalu dia menunaikan solat asar.

"Argh !" Sara tersedar dari tidur dan memegang kepalanya yang terasa agak pening.

"Kau okey ? Nak aku panggilkan doktor ?" Tanya Harraz yang baru selesai mengerjakan solat asar lalu bangun apabila mendengar Sara mengadu kesakitan sambil memegang kepalanya.

"Tak apa tak payah susah panggil doktor lagipun saya dah rasa okey cuma oening sedikit" Kata Sara lalu mengukirkan senyuman.

'Dalam kesakitan pun dia masih boleh senyum ?' Gumam hati Harraz.

"Memang saya rasa dah sihat tapi..." Percakapan Sara terhenti sehingga membuatkan Harraz memandang pelik ke arahnya.

"Tapi apa ?" Soal Harraz sambil mengangkat wajahnya Sara yang tertunduk.

"Tapi saya lapar" Kata Sara sambil tersenyum memandang wajah Harraz yang merenung ke arahnya.

"Ingatkan apalah tadi buat orang tertanya-tanya sahaja" Kata Harraz sambil membuang kopiah daripada kepalanya lalu diletakkan di atas laci.

"Awak risaukan saya cepat mengaku saya tahu awak risaukan saya sebab itu awak tertanya-tanya kan ?" Soal Sara sambil mengongket kening kirinya.

"Tak" Jawab Harraz sambil mengekalkan muka berlagaknya di hadapan Sara namun Sara yakin bahawa Harraz sangat risau tentang dirinya buktinya Harraz yang sedang menemani dirinya di hospital sekarang.

"Cepatlah pergi beli makanan sebab saya dah lapar tapi saya nak makan burger dan ayam uncle bob tau" Kata Sara.

"Tak boleh kau masih sakit so aku pergi beli bubur nasi sahaja untuk kau" Kata Harraz lalu mencapai kunci kereta dan dompet.

"Tak nak saya nak makan burger dan ayam uncle bob juga" Kata Sara lalu menyilangkan tangannya tanda merajuk macam budak-budak.

"Degil ! Yalah aku pergi beli sekarang puas hati ?" Soal Harraz kepada Sara membuatkan Sara mengangguk sahaja.

Harraz menuju ke kedai makan yang berada diseberang jalan untuk membeli burger dan ayam uncle bob untuk Sara.

"Hai kau kan suami Sara ?" Tegur Fadzrin apabila berjumpa dengan Harraz yang sedang menunggu burger dan ayam uncle bob.

"Kau siapa ?" Tanya Harraz yang berasa agak pelik apabila ada orang yang tidak dikenali menegurnya.

"Aku kawan rapat Sara semasa di sekolah menengah dulu" Fadzrin menekan perkataan rapat semasa bercakap dengan Harraz.

"Maaf tapi Sara tak pernah bercerita yang dia ada kawan rapat lelaki jadi sebagai suami dia,aku rasa tak percaya yang kau kawan rapat dia" Kata Harraz lalu membayar dan mengambil burger serta ayam uncle bob daripada penjual itu dan keluar dari kedai makan itu.

"Mungkin sekarang status kau adalah suami dia,tapi suatu hari nanti aku akan pastikan Sara milik aku,aku akan rampas dia daripada kau" Kata Fadzrin sambil tersenyum sinis dan berjalan keluar dari kedai makan itu.

"Nah ! Burger dan ayam uncle bob untuk kau" Kata Harraz lalu menghulurkan burger dan ayam uncle bob kepada Sara.

"Makan sendiri ?" Tanya Sara membuatkan Harraz menilik dirinya.

"Aku rasa kepala kau dah tak betul apa kata aku pergi panggil doktor sekarang juga sebab takut-takut tangan kau juga tercedera sampai nak suruh orang suapkan" Sindir Harraz.

"Tak perlu sebab Sara rasa Sara dah okey" Kata Sara lalu memasukkan ayam uncle bob ke dalam mulutnya.

"Sedapnya,gomawo sebab sanggup pergi beli makanan untuk Sara" Kata Sara sambil makan ayam.

"Komawo ? Gomawo ? Apa itu ?" Kata Harraz yang berasa hairan lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Maksudnya terima kasih" Kata Sara sambil tersenyum kerana dia suka melihat wajah Harraz yang tengah hairan kerana baginya Harraz kelihatan sangat comel pada waktu itu.

"Ouh cakap sajalah terima kasih,tak payahlah guna bahasa alien kau" Kata Harraz

"Bukan bahasa alienlah tapi bahasa korea,itu pun tak tahu dan satu lagi saya manusia bukan alien" Kata Sara.

"Dah bercakap sekarang makan sebelum aku hukum kau" Kata Harraz.

"Hukum ? Apa hukuman yang awak dapat beri pada saya ?" Tanya Sara sambil menjongket kening kirinya dan tersenyum senget.

"Malaslah layan kau baik aku main game dalam telefon baru tenang sikit hati aku" Kata Harraz lalu mengeluarkan telefon daru dalam poketnya.

"Daripada main game dalam telefon baik awak baca al-quran boleh tambah pahala dan baca al-quran dapat tenangkan hati awak kalau hati awak tak tenteram" Kata Sara yang kelihatan sudah seperti ustazah.

"Tak bestlah main game" Harraz berasa sentap dengan kata-kata Sara yang dituju kepadanya namun dia tidak mudah mengalah dengan Sara.

"Kalau kau cakap banyak lagi,malam ni kau tidur seorang diri di hospital,tapi hati-hati ada hantu bawah katil tidur dengan kau malam ini" Usik Harraz lalu bangun daripada kerusi.

"Awak !" Sara segera menarik baju Harraz lalu memeluk Harraz dengan begitu erat sekali.

"Temanlah saya malam ini,okey saya senyap sekarang juga" Kata Sara yang hampir menangis.Tangan begitu erat memeluk pinggang Harraz.

'Tahu takut' Gumam hati Harraz sambil memandang Sara.

"Lepaslah asal kau peluk aku dengan erat sekali aku tahulah pinggang aku selesa untuk dipeluk" Kata Harraz membuatkan pipi Sara mula kemerah-merahan akibat malu lalu dia melepaskan pelukannya daripada Harraz.

"Ma...maaf tapi salah awak juga sebab usik saya" Kata Sara.

Dia Suamiku ✔(editing)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن