23

4.1K 265 14
                                    

Dua hari kemudian..

"Aaah.. Apa dah jadi?" Arissa memegang lehernya yang lenguh. Sebaik sahaja dia sedar dari pengsan, satu badannya berasa sakit. Dia cuba bangkit namun gagal.

"Risa.. Jangan bangun lagi.. Awak masih belum sihat sepenuhnya lagi.." Arissa memandang Rayyan. Terus leher lelaki itu dipaut ke dalam pelukan.

"Rayyan! Awak! Awak ok!!" Ujarnya dengan air mata yang mengalir laju.

"Awak selamatkan saya Risa.. Awak tak ingat ke?" Arissa melepaskan pelukannya.

"Apa maksud awak? Last saya ingat awak kena seksa dengan Marina. Lepas tu semua kabur je.." Jelasnya. Rayyan terdiam. Dia tak ingat. Bila kristal tu meresap ke dalam badannya, dia tak sedar itu dirinya.

"Kejap, saya kat mana ni?" Soal Arissa memandang ke sekeliling bilik itu. Katil yang cantik. Ruang bilik yang luas. Dinding dari batu bata berwarna jingga. Langsir berwarna emas.

"Kat istana Balqis la.. Cantik kan?" Arissa tersentak. Istana balqis? Bukan ke istana ni milik Marina?

"Wait!! Mana Marina?!?" Jerit Arissa tiba2.

"Arissa.. Sekarang ni saya nak awak rehat dulu. Bila awak dah betul2 sembuh, saya ceritakan semuanya pada awak.." Arissa hanya mengangguk perlahan. Lagipun badannya masih sakit2. Dia penat. Penat sangat.

"Ayahanda awak ada kat Desa Air. Tengah tolong penduduk desa bina balik rumah2 mereka. Azad dan Syima pun ada.." Jelas Rayyan.

"Syima ok ke?" Rayyan mengangguk.

"Jangan risau, dia tak apa2.."

"Awak macammana?" Arissa memandang tepat ke mata Rayyan. Lelaki itu tersenyum. Wajah gadis itu diusap perlahan.

"Saya tak apa2.. Betul ni.." Tangan lelaki itu ditangkapnya. Mata mereka bertentang. Seakan waktu berhenti seketika.

"Eh.. Sejak bila nii..." Perli satu suara dari belakang. Terus Rayyan melepaskan tangan Arissa. Syima tersenyum memandang kedua2 rakannya yang sudah merona malu itu. Dia yang berjalan menggunakan tongkat dipimpin oleh Azad memasuki bilik itu.

"Syima! Kau ok ke?" Soal Arissa.

"Aku ok jelah.. Sikit je ni.." Arissa memandang gadis itu dari atas ke bawah. Boleh dikatakan 80% badannya itu berbalut.

"Sorry.. Kau jadi macam ni sebab aku.." Arissa tertunduk ke bawah saat Syima mengambil tempat di sisinya.

"Hei.. Kau tu kawan aku.. Walau apa yang jadi kau tetap bestfriend aku.. Lagipun, bukan salah kau, nenek kebayan tu yang  meroyan kan.." Arissa tersenyum. Gadis itu dipeluk erat.

"Adehh.." Arissa mengerang kesakitan.

"Haa tengok.. Aku yang berbalut, kau pulak yang sakit.." Kedua2 mereka ketawa.

.…………………………………………

Arissa melangkah keluar dari Istana Balqis dipimpin oleh ayahnya. Dia memandang sekeliling. Rayyan sudah menceritakan semuanya padanya. Yang Marina sudah tiada. Kota Rosmera sudah kembali aman. Penduduk empat desa kini bergotong-royong mendirikan kembali kota mereka yang sudah hampir musnah itu.

"Cantik sebenarnya kota ni kan ayah.." Ujarnya. Isman tersenyum.

"Mestilah.. Tengoklah siapa rajanya.." Arissa tergelak.

"Tengok pulak siapa puterinya.." Kedua2nya ketawa. Mereka disambut oleh penduduk2 kota rosmera di perkarangan istana. Masing2 bertepuk tangan saat Arissa melangkah keluar. Arissa terpaku. Tidak pernah dia disambut semeriah itu. Perkarangan istana sudah seperti pesta. Pelbagai makanan dihidangkan. Muzik tradisional dimainkan. Rupanya, kota itu tidaklah sekuno yang dia sangka.

"Tuan puteri!!" Jerit Nenek Wu sebelum memeluk erat Arissa.

"Nenek tak apa2?" Soal Arissa.

"Alhamdulillah.. Nenek baik2 saja.. Nenek tahu tuan puteri mampu kembalikan keamanan pada kota ni.." Ujar nenek itu. Arissa tersenyum.

"Kota Rosmera mengucapkan terima kasih kepada Tuan Puteri sebab dah bebaskan kami dari sumpahan Marina.." Ujar Nia pula.

"Mak cik.. Alhamdulillah.. Baguslah kalau semua dah selamat.."

Satu cahaya muncul dilangit biru. Seorang wanita berambut putih muncul dari cahaya itu bersama beberapa lagi wanita berambut biru. Semua penduduk yang berada di situ tercengang.

"Permaisuri Kristal.." Sapa Arissa. Masing2 bagai tidak percaya apabila permaisuri kristal menunjukkan dirinya pada orang ramai.

"Puteri Balqis Arissa.. Kita kemari ingin mengucapkan terima kasih pada tuan puteri kerana telah membebaskan kota ini dari Marina." Ujar suara lembut permaisuri itu.

"Dah jadi tanggungjawab saya untuk lindungi kota ni.. Macammana dengan kristal mistik, tuanku? Kristal tu dah masuk dalam badan saya." Permaisuri Kristal tersenyum.

"Simpanlah.. Kristal mistik dah bersatu dengan pemilik sebenarnya. Jangan risau, kuasanya tidak susah untuk dikawal. Kita yakin ia pasti berguna buat tuan puteri.." Arissa hanya mengangguk. Permaisuri itu beralih pula pada Isman sebelum tunduk 45°.

"Tuanku.. Kita berbesar hati untuk bekerjasama dengan kerajaan tuanku lagi.. Dan kerajaan kita tidak sabar untuk berada di bawah pimpinan tuanku.." Beberapa saat kemudian, permaisuri Kristal dan pengikut2nya hilang dari pandangan mereka.

"Risa.. Jom.." Tangan Arissa ditarik Rayyan.

"Eh, nak pergi mana ni?"

"Ikut sajalah.." Mereka sampai di tepi sebatang sungai.

"Ingat tak tempat ni?" Soal Rayyan.

"Ingat.. Awak termenung kat sini cakap awak rindu matahari dengan bulan kan.." Rayyan tergelak. Mereka mengambil tempat di tepi sungai yang sudah bersih airnya.

"Cantikkan? Saya tak sangka pulak sungai ni ada air terjun.." Rayyan menunjuk ke arah air terjun di kaki bukit di hujung sungai itu.

"A'ah laa.. Cantik nya.." Rayyan memandang wajah gadis itu.

"Risa.. Saya suka awak.." Ujarnya agak mengejutkan Arissa.

"Rayyan.." Arissa tergelak.

"Kenapa awak gelak?" Soal Rayyan.

"Awak ni terus terang sangat confession awak tu.."

"Confession? Apa tu?" Sekali lagi Arissa tergelak.

"Saya pun sama.." Ujar Arissa sebelum meletakkan kepalanya di atas bahu lelaki itu membuatkan wajah Rayyan mula merona merah.

"Heh.. Dah tamatkan semuanya.."

"Yaa.. Semuanya dah tamat.. Dah awak diam.. Saya nak rehat dekat tempat kegemaran saya yang baru ni (bahu Rayyan).."

-tamatlah sudaaahh.. Sekian terima kasih..-

………………………………………..

Sorry kalau ada yang tak suka ending ni 🙇🙇.. Sis dah cuba yang terbaik.. Jangan lupa baca cite gelap n cite baru sis, revenge.. And sis ade buat cite bru dlm genre fantasy ni.. Lethal Defender.. Baca tau.. And insyaAllah akan ade sambungan cite ni. 😁😁Please look forward for that.. Korang memang best..  Dah baca tu jangan lupa vote tau..Love you readers 😘😘😘

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now