11

3.5K 292 5
                                    

   "Ayah!!" Arissa berlari mendapatkan lelaki yang berdiri megah di hadapan Marina itu. Pedang di tangannya dipegang kemas. Dato' Isman atau di kota ini dia lebih dikenali sebagai Raja Isman memandang tajam ke arah Marina yang sedang memegang erat luka dilengannya akibat dikelar oleh Raja Isman.

   Marina tersengih menampakkan siungnya. Itu dia wajah lelaki yang pernah menjadi pujaannya dulu. Sekarang bukan lelaki itu lagi yang dia gilakan. Tetapi pangkat dan kuasa.

   "Hai Isman.." Luka di lengannya sudah kembali sembuh. Toresan yang membuka daging di lengannya itu kembali tertutup rapat. Hanya tinggal kesan darah yang masih belum hilang.

  "Sampai mana kau nak pergi dengan dendam kau ni, Marina?"  Soal Isman. Marina tersenyum.

   "Jangan salah faham Isman. Aku dah tak berdendam dengan kau dan Maria."

   "Jadi apa lagi yang kau nak? Apa yang membuatkan kau terus menerus menyeksa penduduk kota ni?"

   "Hahahahha... Sebab kuasa Isman.. Aku nak semua orang kota ini tahu betapa berkuasanya aku.. Dan aku nak kau semua tunduk dan patuh pada aku! Tak susah pun.. Patuh pada aku dan aku akan bebaskan kota ni dari kesengsaraan ni.."

   "Pergi dari sini Marina!! Penduduk Kota Rosmera tak akan pernah patuh pada syaitan macam kau! Seksalah kami sebanyak mana yang kau suka. Kami langsung tidak gentar!!" Jerit salah seorang penduduk desa itu.

   "Ya!!!" Jerit mereka yang lain serentak. Arissa tersenyum. Kagum dengan kesepaduan penduduk desa Air. Marina menyeringai. Dia berundur ke belakang sebelum terbang pergi ke Istana gelap diikuti oleh semua pengikut2nya.

   Raja Isman tersenyum memandang Arissa sebelum puterinya itu dipeluk erat.

   "Ayah! Macammana ayah boleh ada kat sini?" Soal Arissa.

   "Maafkan ayah sayang. Ayah tak sepatutnya layan Risa macam tu.. Ayah sayang Risa sangat2.." Ujar Raja Isman tanpa menjawab soalan Arissa. Arissa menggeleng laju.

   "It's okey.. I understand.. Yang penting ayah ade kat sini.." Kepala anak gadisnya diusap lembut.

   Semua penduduk Desa Air melutut di hadapan Raja Isman dan Puteri Balqis Arissa. Tangan kanan ditekapkan ke dada. Hanya nenek wu yang masih berdiri di situ. Tersenyum memandang Raja Isman seakan2 memandang cucunya sendiri. Alangkah rindunya dia pada Rifqi. Serta merta air mata membasahi pipi tuanya.

   Raja Isman menghampiri Nenek Wu sebelum wanita tua itu dipeluknya erat.

  "Maafkan saya nek.. Maafkan saya.." Raja Isman turut menangis. Kesal akan kehilangan Rifqi satu2nya sahabat yang sangat setia bersamanya susah dan senang. Sukar untuknya menemui seorang sahabat seperti Rifqi lagi.

   "Tak mengapalah tuanku. Rifqi seorang general. Seorang ketua pengawal. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan tuanku, tuanku permaisuri juga tuanku puteri.. Nenek redha.." Ujar Nenek Wu dalam esakan.

   "Tolonglah.. Bangun semua penduduk Desa Air. Saya berdiri harini bukan sebagai raja lagi.. Raja, rakyat sama saja tarafnya.. Tak perlulah kita nak membezakan semua tu.." Ujar Raja Isman.

   "Tapi tuanku tetap pemerintah sah negara ini.." Ujar salah seorang penduduk desa yang masih melutut itu.

   "Ya.. Saya tahu.. Tapi saya tetap hamba Allah.. sama macam awak semua.. Jadi jangan risau.. Bangunlah.." Dalam keadaan teragak2 semua penduduk Desa Air berdiri.

   "Bila Arissa sendiri boleh sampai ke sini tanpa mantera yang nenek wu berikan pada saya, saya yakin bahawa puteri saya sudah bersedia.." Ujar Isman lagi. Nenek wu mengangguk.

   "Bersedia? Untuk apa ayah? To fight that monster? Ayah, Risa manalah mampu nak lawan monster tu.. Tengok jelah tadi, kena kelar dengan ayah pun she still can heal herself. How do i suppose to fight her?" Soal Arissa cemas.

   "Tuanku tak bagitahu tuan puteri apa2?" Soal Nenek Wu. Isman mengeleng.

   "Maria yang halang saya untuk ceritakan perkara sebenar. Katanya, Arissa belum sedia lagi.." Isman melutut di hadapan Arissa. Kedua2 belah bahu anaknya itu dipegang kemas.

   "Risa sayang.. Risa dilahirkan istimewa. Dengan takdir yang hanya Risa sahaja mampu penuhinya. Hanya Risa yang mampu pulihkan Kota Rosmera. Hanya Risa sorang je.. But don't worry baby.. I will always beside you.. I will fight with you." Ujar Isman sedikit sebanyak melegakan hati Arissa.

............................👑............................
  Hai semua! Thanks sebab sudi baca cerita saya n sudi berkongsi imaginasi korang dengan saya. Kalau ada apa2 cadangan jangan malu2 komen je.. I hope u enjoy my story 😘

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now