13

3.4K 241 9
                                    

Isman memerhatikan barisan sukarelawan2 muda dihadapannya. Mereka datang dari segenap pelusuk kota Rosmera. Sedia untuk berkhidmat pada raja mereka. Sedia untuk menyerahkan segala keringat untuk kebebasan kota itu.

Arissa memandang ke arah istana Balqis dimana Marina dan konco2 berada. Sejak semalam lagi mereka tidak mendengar sebarang bunyi pun dari istana itu. Biasanya, setiap hari akan ada bermacam2 bunyi yang keluar.

"Terima kasih sebab sudi bersama saya hari ni.. Segala jasa tuan2 tak dapat saya balas dengan kata2.." Ujar Isman.

"Janganlah macam tu tuanku. Sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai rakyat kota Rosmera untuk berkhidmat buat raja kami.." Ujar Hazuwan yang turut berada di situ.

"Benar tuanku.. Walau apapun, tuanku tetap raja kami.." Ujar Rayyan pula.

"Daulat tuanku! Daulat Tuanku Raja Isman Shah!" Jerit salah seorang penduduk kota diiringi mereka yang lain. Isman tersenyum sebelum mengangkat tangan kanannya ke udara.

"Terima kasih sebab masih lagi yakin dengan saya.. Baiklah.. Kita bertolak sekarang.." Ujar Isman sambil mengetuai kumpulan itu.

Semua yang menjadi sukarelawan adalah dari kalangan pemuda2 kampung. Hanya Isman sahaja yang kelihatan agak berusia di situ. Namun, walaupun usianya sudah mencapai setengah abad dia tetap kelihatan gagah bersama sebilah pedang pusaka Yang tersisip kemas di pinggangnya. Arissa berjalan di belakang ayahandanya seiring dengan Rayyan.

Setelah setengah jam berjalan meninggalkan Desa Air, mereka berhenti di hadapan sebuah hutan yang sngat tebal. Ianya dikelilingi semak smun yang mempunyai akar2 berduri yang tumbuh meliar seakan2 sedang melindungi hutan itu.

"Ni ke Rimba Muslihat?" Bisik Arissa pada Rayyan.

"Entahlah, saya pun tak pernah sampai ke sini.." Bisik Rayyan kembali. Hazuwan yang mendengar perbualan mereka itu menyampuk.

"Inilah Rimba Muslihat itu. Budak2 muda kota ni memang tak tahu kewujudan rimba ni tuanku. Sebab rimba ni sangat merbahaya.." Jelasnya. Rayyan, Arissa dan beberapa budak2 muda mengangguk perlahan.

"Baiklah.. Jangan berpecah. Kita akan memsuki hutan ini sekarang.. Jaga2 dengan duri2 ni, ianya agak berbisa.." Ujar Isman. Sebenarnya dia pernah ke sini sewaktu dia masih remaja dahulu bersama guru silatnya. Gurunya itulah yang mengajarnya akan selok belok hutan bernyawa itu.

Mereka meredah hutan itu dengan berhati2. Sungguh, hutan itu benar2 bernyawa. Kadang2 akar2 berduri itu kelihatan seperti bergerak2 dengan sendiri. Batang2 pokok juga seakan2 berdegup seperti ianya mepunyai jantung seperti manusia.

Tiba2 salah seorang dari mereka mula menjerit apabila badannya tiba2 dibelit oleh akar2 kayu yang menjalar. Semua yang di situ cuba menolong. Ada yang sudah mengeluarkan pedang untuk memotong akar itu sebelum dihalang oleh raja mereka.

Isman melangkah dengan berhati2 ke arah lelaki yang dibelit itu sebelum akar itu digosok2 perlahan.

"Mereka ini tak boleh di 'layan' secara kasar.. Tumbuh2an di sini bernyawa. Mereka menyerang kerana terkejut dengan kehadiran kita. Kerna itulah kita perlu menenangkan mereka dan 'memberitahu' mereka yang kita datang secara aman.." Jelas Isman.

Akar yang membelit lelaki itu mula melonggarkan pautannya sebelum melepaskan mangsanya.

"Kalau kita serang mereka macam tu je, seluruh hutan ni akan mengamuk. Dan kita tak nak itu berlaku.. Parah.. Kita mungkin akan terbunuh.." Smbungnya lagi. Mereka meneruskan perjalanan dengan lebih berhati2.

"Ayah.. Kat mana kristal tu?" Soal Arissa ingin tahu. Isman menggeleng perlahan.

"Ayah pun tak tahu sayang. Kata nenek Wu, kita akan tahu bila kita sampai kat tempat kristal tu berada.." Arissa mengangguk kecil.

Setelah sejam berjalan jauh ke dalam hutan, mereka sampai di sebuah tasik di tengah2 hutan itu. Malangnya, tasik itu juga menderita disebabkan sumpahan Marina. Hanya lumpur yang memenuhi segenap pelusuk tasik itu.

"Kita berhenti rehat kat sini!" Jerit Isman. Masing2 mendapatkan tempat di tepi tasik sambil menjamu bekal yang di bawa dari rumah. Arissa merapati Rayyan yang sedang berbual2 dengan rakan2 yang kelihatan sebaya dengan mereka.

"Hei.. Awak tak nak kenalkan saya dengan kawan2 awak ke?" Rakan2 Rayyan terus sahaja berdiri sebaik sahaja Arissa menghampiri.

"Oh, maafkan saya.. Kenalkan. Ini semua sahabat2 seperjuangan saya.. Kami berguru di bawah tok guru yang sama.." Rayyan menunjukkan pada rakan di sebelah kanannya.

"Ini Dani dari Desa Tanah. Ini pula Azhan dari Desa Api. Ini Mukhriz juga dari Desa Api dan yng gemuk ni Harith, dari Desa Angin.." Keempat2 sahabat itu tunduk hormat pada puteri dihadapan mereka.

"Maaf tuanku.. Sepatutnya kami memperkenalkan diri pada tuanku dahulu.." Ujar Dani. Arissa tersengih.

"Alah.. Saya tak kisah pun.. And jangan bertuanku2 la dengan saya.. Panggil Risa je.. Arissa.." Masing2 tersenyum. Dahlah cantik, peramah rendah diri pulak tu. Cukup pakej. Hmm. Bertuahlah siapa yang menjadi bakal suami Puteri Arissa. Masing2 sudah berangan.

Arissa duduk di birai tasik. Rayyan mengambil tempat di sisinya.

"Sayangnya.. Kalau tasik ni ada air.. Mesti air dia warna biru kan.. Mesti cantik sangat.." Ujar Arissa. Rayyan hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Arissa menyentuh permukaan tasik itu. Tiba2 satu cahaya biru keluar dari celahan jarinya membuatkan dia dan Rayyan berundur ke belakang.

"Aarghh!" Arissa menjerit cemas.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now