15

3.3K 237 2
                                    

   "Tuanku jumpa dengan permaisuri kristal? Bertuahnya.." Ujar Nenek Wu teruja.

   "Permaisuri kristal?" Soal Isman pula.

   "Ya.. Berambut putih bermata biru, dan hanya menunjukkan dirinya pada insan terpilih sahaja.. Tak salah lagi tuanku, dia Permaisuri Kristal.." Jelas Nenek Wu.

   "Siapa permaisuri kristal tu nek?" Soal Arissa pula. Kristal mistik masih di genggamannya.

   "Permaisuri kristal merupakan seorang puteri dari kerajaan kristal. Sebuah kerajaan di bawah air. Mereka adalah makhluk ghaib. Tiada yang tahu asal usul mereka. Menurut cerita ibu nenek dahulu.. Permaisuri mereka adalah penyimpan kristal2 mistik. Dia tak suka menunjukkan dirinya pada sesiapa pun. Hanya mereka2 yang bertuah sahaja mampu melihat. Mungkin, disebabkan sumpahan tu kerajaan mereka turut menderita. Kerana itulah, dia munculkan dirinya di hadapan tuan puteri.." Jelas Nenek Wu dengan panjang lebar.

   "Ada kerajaan lain lagi di sini?" Arissa menyoal lagi.

   "Ada.. Tapi hanyalah kerajaan2 ghaib. Yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.." Jelas Nenek Wu lagi. Arissa mengangguk faham.

   "Jadi nek.. Kita dah dapatkan kristal mistik.. Macammana Risa nak gunakannya?" Soal Rayyan. Arissa mengangguk laju dengan harapan wanita tua itu thu caranya.

   "Maaf tuanku.. Nenek tak tahu.." Arissa hampa. Kristal biru ditangannya di tatap sedalam2nya.

   "Habistu.. Macammana saya nak kalahkan Marina tu?"

   "It's okay sayang.. Sama2 kita cari caranya, okay?" Arissa mengangguk lemah. Akur dengan kata2 ayahnya.

……………………………………………

Istana Gelap

   "Jahanam! Macammana dia boleh dapatkan kristal tu?!?" Jerit Marina sebaik sahaja Prog memaklumkan bahawa Raja Isman sudah berjaya menemukan kristal mistik di Rimba Muslihat.

   "Jagart!!!" Laju sahaja pengikut kepercayaannya itu tunduk dihadapan ratunya.

   "Kumpulkan semua tentera! Semua sekali! Kita serang Desa Air! Malam ini juga!" Arah Marina sambil mengilai seperti orang kurang siuman. Jagart mengangguk sebelum berlari keluar dari balairungseri istana.

……………………………………………

Desa Air

   Arissa menatap kristal biru ditangannya. Petang tadi, Rayyan sudah tukarkan kristal itu menjadi seutas rantai. Senang katanya. Kristal itu cantik. Dalam gelap ia kelihatan berkilauan. Seperti sebutir bintang berwarna biru. Namun, hatinya masih gundah. Dia masih perlukan cara untuk mengaktifkan kuasa di sebalik kristal itu.

   "Awak janganlah risau.. Kita akan fikirkan caranya.." Rayyan melabuhkan punggungnya di sisi Arissa.

   "Kenapa ya.. Setiap kali saya duduk kat sini sorang2 awak mesti datang teman saya.."

   "Kenapa? Awak tak suka? Kalau awak nak bersendirian saya boleh masuk dalam rumah sekarang.." Baru sahaja Rayyan ingin bangkit segera lengannya ditarik.

   "Alaa.. Merajuk ke? Saya tanya je.. Saya suka awak teman saya kat sini.. Sekurang2nya saya ada teman nak borak.." Rayyan tersenyum lega.

   "Saya tak suka awak duduk sorang2 kat luar sambil susah hati macam ni.. Saya tahu.. Saya boleh baca hati awak tu.. Kalau boleh saya nak awak kongsi susah hati awak tu dengan saya.. Janganlah rasa yang awak buat semua ni sorang2.. Masih ada saya, tuanku, nenek wu dan penduduk2 kota ni.." Arissa tersenyum mendengar kata2 Rayyan. Sungguh hatinya berasa sedikit tenang dengan kata2 lelaki itu.

    "Argh!! Api!!" Jerit satu suara dari pekan Desa Air. Terus sahaja Isman keluar dari pondok buruk milik nenek wu. Mereka terus berlari ke arah suara itu.

   Kelihatan api sedang marak membakar rumah itu. Penduduk cuba untuk memadamkannya namun gagal. Habis retung rumah itu tinggal abu.

   "Isi rumah semua macammana?" Soal Isman pada salah seorang penduduk kampung.

   "Mereka selamat, tuanku.. Mujurlah mereka sempat keluar sebelum api bertambah marak." Jelasnya.

   "Alhamdulillah.. Macammana kebakaran ini boleh berlaku?" Soal isman lagi. Belum sempat lelaki itu menjawab sebiji bebola api terbang dari udara ke atas rumah penduduk yang lain pula. Kemudian diikuti beberapa buah rumah yang lain. Mereka mendongak ke langit.

   Kelihatan beberapa ekor kelawar berwajah manusia sedang memuntahkan bebola2 api tersebut ke atas rumah2 penduduk kampung.

   "Marina!!" Bisik Arissa menggenggam buku limanya menahan amarah. Beberapa ekor makhluk pelbagai rupa berlari keluar dari hutan yang memisahkan desa Air dengan Istana Balqis. Mereka mula menyerang penduduk kampung. Penduduk2 kampung itu mula mengeluarkan senjata masing2. Bersedia untuk menumpahkan darah mempertahankan kota kesayangan mereka.

   "Tuanku! Tuanku kena bawa puteri Arissa keluar dari sini! Nyawa tuanku berdua lebih penting berbanding nyawa kami!" Jerit Hazuwan.

   "Tak!! Kami takkan pergi tinggalkan kota ni dalam keadaan macam ni!" Jerit Arissa.

   "Betul kata Hazuwan itu tuanku.. Hanya tuanku yang mampu mengalahkan perempuan durjana itu.. Pergi dari sini!" Ujar Nenek Wu. Isman yang masih keberatan itu hanya mengangguk lemah. Sekali lagi dia terpaksa berpaling dari kesengsaraan rakyatnya. Mereka masih tidak tahu caranya untuk menggunakan kristal mistik.

   "Pergi tuan puteri.. Tuanku kembalilah ke sini bila tuanku dah tahu cara untuk mengeluarkan kuasa kristal tu.." Pujuk Nenek Wu. Arissa hanya mengangguk lemah.

    "Rayyan! Ikut mereka! Lindungi puteri Arissa baik2.." Rayyan mengangguk sebelum memeluk dan mencium pipi nenek dan ibunya.

   "Rayyan sayangkan ibu.."

   "Ibu juga.. Jaga diri baik2 sayang.. Buat ibu dan ayahmu bangga.." Rayyan mengangguk sebelum menarik lengan Arissa untuk beredar dari situ. Isman memandang Desa Air yang mula musnah satu persatu sebelum menguatkan dirinya untuk melangkah pergi.

   "Aku janji! Aku akan kembali secepat mungkin!" Bisik Arissa beserta linangan air mata.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now