6

3.9K 274 4
                                    

   "Adinda.." Permaisuri Maria memandang adindanya, tengku Marina Ariella yang sedang berdiri di belakang Nenek Wu itu. Tengku Marina memandang tajam ke arah permaisuri Maria.

   "Kanda jahat. Kanda dah khianati dinda! Kanda tahu bagimana perasaan dinda pada kanda Isman bukan? Kenapa kanda snggup menikahi dia?" Soal gadis itu. Perasaannya sudah tidak dapat dikawal.

   "Hanya disebabkan itu adinda sanggup bersubahat dengan syaitan?" Soal Raja Isman.

   "Dinda sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang dinda nak! Kanda Isman.. Bagitahu dinda! Apa kurangnya dinda nak dibandingkan dengan betina itu!!!"

   "Marina!! Sungguh kurang ajar kata2mu pada kakandamu sendiri! Dia permaisuri negara ini!"

   "Aku tak peduli! Dengar ya kalian berdua! Mulai hari ini, aku bukan lagi adinda kalian! Mulai hari ini, aku bersumpah akan musnahkan Kota Rosmera dan kalian berdua adalah punca kemusnahan ni!!" Terus gadis itu hilang disebalik kepulan asap hitam yang tiba2 muncul entah dari mana.

   "Pengawal! Cari dia!! Jangan sampai dia terlepas!!" Arah Raja Isman. Beberapa orang pengawal diraja diketuai oleh General Rifqi berlari keluar dari istana, mencari kelibat gadis itu.

   "Nenek.. Marina.. Marina nek.." Ujar Raja Isman sayu. Dia langsung tidak menyangka bahawa pengkhianat itu adalah dari keluarganya sendiri. Nenek Wu hanya tertunduk sayu.

..……………………………………

Desa Air
Kota Rosmera
April 2016

   "So, siapa Marina tu nek?" Soal Arissa.
   "Marina tu adik Permaisuri Maria. Anak kepada Tengku Adnan Shah. Adik kepada Raja Yaakob Shah. Jadi mereka merupakan sepupu kepada ayahanda tuanku, Raja Isman Shah." Jelas Nenek Wu.

   "Apa yang jadi pada dia?"

   "Dia silap saat dia jatuh cinta pada Raja Isman. Dan Raja Isman silap kerana melayannya baik seakan2 memberi harapan. Tapi Raja Isman tak pernah menganggap Marina lebih dari seorang adik. Raja Isman cintakan permaisuri Maria. Sejak mereka kecil lagi. Begitu juga permaisuri Maria.." Arissa masih khusyuk mendengar cerita nenek Wu.

   "Selepas Raja Isman mengumumkan pernikahan dia dengan permaisuri Maria, Marina mula berubah. Dia menjadi pendiam. Wajahnya selalu sugul. Tapi dia tetap senyum di hadapan ayahanda dan kakaandanya. Satu hari, kesedihannya memberi peluang untuk syaitan menguasai jiwanya sehingga jiwanya menjadi hitam. Syaitan merasuk hatinya untuk membalas dendam. Dan itulah yang berlaku.." Jelas Nenek Wu lagi.

   "Kesiannya dia.." Arissa turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa Tengku Marina. Namun, walau sesakit mana pun hati itu, seorang manusia tetap tidak boleh bersubahat dengan seekor syaitan. Jika hati itu sakit, mengadulah pada Allah S.W.T. Dia yang maha mendengar. Dia yang maha mengetahui. Dia yang lebih tahu akan hikmah di sebalik semua ujian yang diberikan. Arissa tertunduk.

   "Tuanku nk rehat dulu?" Soal Rayyan.
   "Tak.. Ceritanya belum habis lagi kan?" Arissa membetulkan duduknya, bersedia untuk kisah selanjutnya.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now