21

3.1K 239 1
                                    

Satu cahaya keluar dari tangan Marina. Cahaya yang membentuk arus elektrik itu mula menerkam badan Rayyan membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Semakin kuat dia menjerit semakin kuat arus elektrik itu mencerkam tulang temulangnya. Badannya kejang. Terasa seperti terbakar.

"Jangan!!! Tolonglah jangan! Jangan seksa dia!!" Jerit Arissa dalam tangisan yang makin kuat. Tidak sanggup lagi melihat orang yang disayanginya diseksa kerana dia. Marina menghentikan aliran arus elektrik itu. Rayyan tertunduk lemah. Tidak sanggup melihat wajah Arissa ketika itu. Dia tahu betapa terseksanya gadis itu. Dia tak nak tengok gadis itu menangis lagi. Cukuplah.

"Hancurkan kristal itu.." Ujar Marina sambil menunjukkan tangannya yang masih mengeluarkan arus elektrik itu.

"J..jangan Risa! Jangan fikirkan saya.. Saya boleh tahan.. Jangan dengar cakap dia.." Ujar Rayyan masih menahan kesakitan. Marina terus meletakkan tapak tangannya ke dada Rayyan membuatkan lelaki itu menjerit lagi. Dia sakit. Tapi demi Arissa. Dia akan menahan kesakitan itu. Ya! Demi Arissa dan demi Kota Rosmera!

"Jangan!" Marina mula ketawa berdekah2 saat melihat Arissa sudah tidak sanggup lagi memandang Rayyan. Kepala gadis itu tertunduk ke tanah. Marina menghentikan serangannya.

Dia merapati Arissa. Baru sahaja dia ingin melihat wajah gadis itu, Arissa mendongak. Matanya sudah bertukar warna. Dari coklat hazel menjadi putih kebiru-biruan. Marina tersentak sebelum berundur ke belakang.

Kristal biru di leher Arissa terapung2 di udara. Di sekitar mata gadis itu jelas kelihatan urat2 yang tersembul keluar. (Alaa macam mata hinata tuu 😂). Arissa menarik tangan dan kakinya. Dengan sekali rentap sahaja, rantai yang mengikat tangan dan kakinya putus seperti tali benang. Arissa terapung diudara. Menurut lagenda mereka, Kristal Mistik tidak pernah mengeluarkan kuasanya. Hanya insan terpilih sahaja mampu mengaktifkan kuasa dari kristal itu.

Kristal mistik terputus dari rantai di leher Arissa sebelum meresap masuk ke dalam badan gadis itu. Satu cahaya berwarna putih menerangi ruang itu sehingga membutakan mata mereka. Satu jalur cahaya berwarna biru melingkar-lingkar di badan Arissa.

Cahaya putih mula menghilang. Berdiri di hadapan mereka kini seorang gadis yang sangat berbeza.

Rambutnya yang tadi hitam berkilat bertongcang satu, kini bertukar putih seperti kristal. Badannya dipenuhi corak yang agak aneh. Tangannya ditumbuhi cakar. Dibelakang badannya kelihatan sepasang sayap berwarna putih. Pakaiannya juga sudah berubah. Arissa memandang tajam ke arah Marina dengan mata putih kebiruannya. Kelihatan taring kecil terkeluar dari bibirnya yang kemerahan itu.

Marina terkejut. Begitu juga Rayyan. Aura yang dikeluarkan oleh gadis itu sungguh dasyat menyebabkan Marina menggigil. Tidak pernah dia berasa takut sebegitu.

"K.. Kau...." Marina sudah kecut perut.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now