7

3.8K 258 1
                                    

Istana Balqis
Kota Rosmera
April 2000

   "Wahai puteriku... Puteriku..  Tidurlah sayang.. Hadirmu menjadi pelengkap ayahanda dan bonda.." Nyanyian merdu kedengaran dari kamar Raja dan Permaisuri Kota Rosmera. Permaisuri Maria mengusap lembut puteri yang baru sahaja dilahirkan 3 jam yang lalu. Nyenyak sekali tidur si kecil mendengar nyanyian merdu ibunya.

   Pintu kamar itu dibuka dari luar. Raja Isman tersenyum memandang permaisuri dan puterinya.

   "Kanda.." Permaisuri Maria menyapa.

   "Dinda dan putuskan nama puteri kita?" Permaisuri Maria megangguk lembut.

   "Puteri Balqis Arissa.." Wajah puteri kecil dibelai lembut. Raja Isman tersenyum.

   "Cantik nama itu.." Pintu diketuk dari luar. Muncul seorang lelaki berbaju besi dengan  sebilah pedang tersisip di pinggang di balik pintu.

   "Berita apa yang kau bawa general?" Soal Raja Isman. General Rifqi melutut ke lantai. Tangan diletakkan ke dada.

   "Tuanku.. Hamba mendapat berita dari salah seorang pengawal di Desa Angin. Marina dan pengikut2nya sedang dalam perjalanan ke sini. Semua pengawal yang menjaga Desa Angin sudah ditewaskan. Semuanya cedera parah, tuanku.." Ujar General Rifqi.

   Raja Isman melangkah keluar dari kamar meninggalkan permaisuri yang masih di dalam pantang.

   "Pastikan semua pengawal menjaga perkarangan istana.. Jangan biarkan mereka mendekati puteri beta!" Raja Isman mengeluarkan sebilah pedang yang tersisip kemas di pinggangnya. Pedang itu adalah pedang pusaka almarhum ayahandanya, Raja Yaakob Shah yang sudah mangkat setahun yang lalu disebabkan oleh satu penyakit misteri. Dan sampai sekarang tiada yang mengetahui punca kemangkatan Almarhum Raja Yaakob Shah.

   "Maaf tuanku.. Adalah lebih baik jika tuanku bawa tuanku permaisuri dan tuanku puteri keluar dari negara ini. Para pengawal istana tidak setanding kuasanya dengan Marina dan pengikut2nya. Mereka mampu menawan istana ini hanya sekelip mata sahaja.." Cadang General Rifqi.

   "Kau jangan mengarut General! Beta tak akan lari! Beta tak akan tinggalkan negara ini hanya disebabkan perempuan itu! Beta akan tetap berjuang bersama rakyat beta!" Tegas Raja Isman.

   "Tak tuanku.. Apa yang dikatakan Rifqi itu betul. Kalau Marina berjaya masuk ke istana bukan puteri tuanku sahaja dalam bahaya.. Seluruh penduduk negara ini juga bakal menghadapi kesukaran.." Jelas Nenek Wu.

   Setelah berfikir sejenak, Raja Isman mengalah. Namun, belum sempat dia berkata apa2, kedengaran keriuhan di perkarangan istana.

   "Cepat tuanku! Kita dah tak ada masa lagi!" Jerit General Rifqi. Raja Isman berlari mendapatkan permaisuri dan puterinya di dalam kamar.

   "Kenapa kanda?" Soal Permaisuri Maria setelah melihat suaminya yang sedang cemas itu.

   "Dinda boleh berdiri? Kita kena pergi sekarang!" Tanpa menyoal lagi, permaisuri Maria bangkit dari baringannya. Puteri Balqis Arissa diangkat perlahan2 oleh Raja Isman sebelum menarik lengan permaisurinya keluar dari kamar.

   "Sini tuanku!" Mereka berlari ke arah Nenek Wu dan General Rifqi yang sedang menunggu di pintu belakang istana. Melalui pintu itu mereka terus berlari ke dalam hutan tebal. Salah seorang dari pengikut Marina sudah mengejar mereka dari belakang. Seorang? Lebih kepada seekor sebenarnya. Pengikutnya itu sungguh aneh kejadiannya. Berbadan manusia berbulu hitam. Tidak berjalan menggunakan kaki, hanya terbang di udara menggunakan sayap hitamnya. Kedua2 belah matanya berwarna merah saga. Ianya menyeringai ke arah mereka dengan taring yang sangat panjang. General Rifqi berhenti.

   "Kenapa kau berhenti General?" Soal Raja Isman sebaik sahaja menyedarinya.

   "Tuanku pergilah.. Biar saya halang dia.." Ujar general Rifqi.

   "Rifqi! Jangan! Aku tak nak kehilangan kau juga! Ikut aku sekrang!" Jerit Raja Isman.

   "Maafkan aku Isman.. Hanya ini yang mampu aku lakukan demi negara ini. Demi persahabatan kita juga.. Jaga puteri kota Rosmera baik2.." Pesannya sambil tersenyum.

   "Nek, tolong jaga Nia dan Rayyan.." Nenek Wu menangguk lalu memeluk satu2nya cucu yang dia ada.

   "Rifqi! Kau tetap sahabat aku! Dunia akhirat!!" Jerit Raja Isman sebelum ditarik oleh Nenek Wu untuk meninggalkan tempat itu.

   Mereka sampai di hadapan sebatang pokok yang sangat besar. Mungkin sudah berusia beratus2 ribu tahun. Nenek Wu meletakkan tangannya pada batang pokok itu sambil mulutnya terkumat kumit membacakan sesuatu. Satu lubang terbentuk pada batang pokok itu. Sehelai kertas lama berwarna coklat cair diserahkan pada Raja Isman.

   "Untuk kembali ke sini, tuanku perlukan mantera ini.. Pergilah tuanku.. Kembalilah bila puteri sudah bersedia.." Raja Isman dan Permaisuri Maria megangguk sebelum memeluk erat wanita tua itu. Mereka melangkah masuk ke dalam lubang yang terbentuk pada batang pokok.

   "Kembali dan halang Marina dari melakukan kemusnahan pada Kota Rosmera.." Ujar Nenek Wu sebaik sahaja kelibat Raja Isman dan Permaisuri Maria sudah tidak kelihatan.

Sumpahan RosmeraDonde viven las historias. Descúbrelo ahora