18

3.2K 228 0
                                    

   "Zad.. Asal Syima tak datang hari ini? Dia sakit ke? Semalam aku tengok ok je.." Soal Arissa. Tempat di sebelahnya kosong. Azad mengeluh berat.

   "Entahlah.. Tak ada pulak dia cakap apa2 kat aku.."

   "Mungkin dia demam kot.." Telah Rayyan.

   "Hmm.. Aku risau la.." Ujar Arissa sambil memandang lemah kerusi di sebelahnya. Biasanya, Syima akan menelefonnya jika dia tidak dapat hadir ke sekolah. Tapi, hari itu, Syima betul2 mendiamkan diri. Seorang guru lelaki masuk ke kelas mereka.

   "Apa cikgu Hisyam buat kat sini? Bukan dia tak ajar kita ke tahun ni? Ke dia ganti Cikgu Midah?" Soal Azad. Arissa dan Rayyan hanya menjungkit bahu.

   "Ehm.. Balqis Arissa.. Saya nak awak ikut saya kejap.. Ada hal penting.." Ujarnya. Arissa yang terpinga2 itu hanya menurut. Azad dan Rayyan hanya memerhati.

   Arissa rebah ke lantai. Berita kehilangan sahabat baiknya itu benar2 meragut jiwanya. Syima! Kemana dia menghilang?

   "Risa.. Awak ok ke?" Soal Tuan Hamidi, pengetua sekolah itu.

   "Apa yang berlaku cikgu? Macammana Syima boleh hilang?"

   "Kami pun tak tahu cerita sebenarnya. Tapi, awak diminta untuk ke balai polis sekarang.." Arissa bangkit perlahan2.

   "Saya nak bawak Rayyan dengan Azad ikut sekali.." Tuan Hamidi mengangguk sahaja. Pastinya gadis itu perlukan teman.

………………………………………

    "Tuan.. Apa dah berlaku pada kawan kitorang?" Soal Azad sebaik sahaja mereka sampai di balai polis. Inspektor Syafiq meminta mereka untuk bertenang.

   "Menurut keterangan Puan Zurina, ibu Syima, Syima tak pernah keluar dari bilik pun sejak dia balik dari jumpa korang semalam. So, ibu dia biarkan sajalah sebab ingatkan anaknya penat. Esoknya, bila Puan Zurina nak kejutkan dia pergi sekolah, dia dapati anak dia dah hilang. And, dia jumpa note ni melekat kat dinding dengan sebilah pisau pelik ni." Inspektor Syafiq menghulurkan sehelai kertas buruk berwarna kuning dan sebilah pisau berukiran pelik yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik. Kertas itu kelihatan lama. Tulisannya yang cakar ayam berwarna hitam masih boleh dibaca walaupun agak sukar.

   'Serahkan Puteri Balqis Arissa kepada kami atau perempuan ni akan menerima padahnya.' Arissa tersentak. Dia tahu siapa yang menculik Syima. Dia tahu apa yang mereka mahukan. Arissa sudah menangis. Dia memegang erat bahu Rayyan.

   "Rayyan! Tengok! Tengok apa saya dah buat!" Ujarnya dalam tangisan.

   "Sabar Risa.. Awak tak boleh macamni. Ni bukan salah awak.." Kepala gadis itu diusap lembut.

   "Salah saya Rayyan! Semua ni salah saya! Marina dah tahu saya kat sini! Kalau pengikut dia boleh sampai ke sini, tak mustahil kesemua tenteranya dia akan bawak ke sini! Saya tak boleh biarkan itu berlaku!!" Jeritnya sebelum berlari keluar dari balai polis itu. Rayyan terus mengejarnya. Begitu juga Azad.

   "Maaf tuan.. Saya rasa Arissa masih terkejut lagi. Kalau ada apa2 nanti kami call.." Sebelum dia berlari mengejar Rayyan dan Arissa. Mereka tahu sesuatu. Dia yakin, Arissa dan Rayyan tahu di mana Syima.

    Arissa masih berdiam diri di atas sofa rumahnya. Azad dan Rayyan juga berada di situ. Rayyan telah menceritakan segalanya pada Isman. Dan lelaki itu juga sedang memikirkan cara.

   "What happen, Arissa? I know you know what happen to Syima.." Soal Azad memandang tajam ke arah Arissa. Arissa mengeluh berat. Terpaksalah dia ceritakan semuanya pada Azad. Semua mengenai kota terlindung itu. Asal usulnya. Sumpahan Marina. Kehilangan Syima. Semua sekali. Azad terdiam. Dalam percaya atau tidak. Namun, Dato' Isman juga mengiakan kebenarannya. Begitu juga Rayyan.

   "Risa tak kira! Kita kena pergi sana sekarang jugak! Risa takkan biarkan Syima diapa2 sebab Risa!" Arissa bingkas berdiri.

   "Tak boleh sekarang, Risa. Pintu ke Kota Rosmera hanya dapat dibuka waktu malam saja! Lagipun! Kalau Risa pergi sekarang! Risa still tak boleh nak kalahkan perempuan tu!" Tegas Isman.

   "I don't care!! Malam ni! Risa akan balik ke Kota Rosmera! With or without you!" Arissa bergegas naik ke biliknya. Dia tidak peduli. Dia perlu selamatkan Syima. Dengan atau tanpa bantuan mereka.

Sumpahan RosmeraTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon