9

3.5K 254 7
                                    

Desa Air
Kota Rosmera
Mei 2016

   "Negara ni besar ke?" Soal Arissa. Arissa sudah diperkenalkan pada semua penduduk Desa Air. Semuanya teruja mengenali puteri tunggal Raja Isman Shah dan Permaisuri Maria Arissa. Sebelum ini, sudah banyak kali Marina menghantar pengikutnya untuk menyamar sebagai Puteri Arissa bertujuan untuk mengetahui keberadaan kristal mistik. Kerana itulah, kehadiran Arissa pertama kali 2 hari lalu tidak disambut dengan baik.

   "Besar tu taklah besar sangat tuanku.. Negara ni ada 4 buah desa kecil. Desa Air, Desa Angin, Desa Tanah dan Desa Api. Desa Air, desa ini, adalah desa utama Kota Rosmera kerana ia mempunyai jalan yang paling singkat untuk ke Istana Balqis." Rayyan menunding jarinya pada sebuah istana kota yang berdiri megah di sebalik sebuah hutan berhampiran desa itu.

   "Itu adalah Istana Balqis atau sekarang lebih dikenali sebagai Istana Gelap. Istana Balqis dipisahkan dengan keempat2 desa ini dengan sebuah hutan kecil dan sebatang sungai di sekelilingnya. Istana itu dibina di tengah2 antara keempat2 desa." Jelas Rayyan lagi.

   "Jadi kita sekarang tinggal kat Desa Air?" Rayyan mengangguk. Mengiakan kata2 puteri itu.

   "Macmmana dengan penduduk desa lain? Diorang tahu tak saya kat sini?" Soal Arissa.

   "Dah tuanku.. Kami dah hantar orang untuk mengkhabarkan yang tuanku sudah kembali ke sini.." Arissa mengangguk perlahan.

   "Emm.. Tuanku, saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Rayyan.

   "Dah berapa kali saya nak cakp kat awak ni.. Jangan panggil saya tuanku.. Pnggil Rissa je.." Belum sempat Rayyan membantah Arissa mengangkat jari telunjuknya.

   "Ikut saya cakap.. A..ri..ssa.."

   "A.. ri.. ssa.." Arissa mengangguk sebelum tersenyum. Rayyan hanya tergelak perlahan. Belum pernah lagi dia jumpa darah diraja yang hanya ingin membahasakan dirinya sebegitu.

   "So, apa yang awak nak tanya?" Rayyan berdehem.

   "Kenapa tuan.. Em.. R.. Rissa datang ke sini sorang? Mana tuanku dan tuanku permaisuri?"

   "Ayah masih kat sana. Tapi ibu.. Ibu sebenarnya dah takde.. Dah setahun lebih.." Ujar Arissa sambil tertunduk lemah.

   "Innalillah.. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu apa yang berlaku?"

   "Ibu sakit.. Dah lama.. Tapi orang yang baik selalu pergi dulu kan.."

   "Maafkan saya tuan.. Rissa.. Saya tak sepatutnya tanya soalan tu.."

   "Eh, jangan risau.. Saya ok je.." Namun tanpa disedari air mata menitik ke pipinya sebelum air mata itu disambut oleh satu tangan kasar milik Rayyan. Arissa yang terkejut itu hanya memandang lelaki di sisinya. Begitu juga Rayyan yang tidak sedar akan perbuatannya itu.

   Sebaik sahaja tersedar dari lamunan kedua2nya mengalihkan pandangan.

   "Maafkan saya.. Sa.. Saya tak sengaja.." Ujar Rayyan gagap.

   "Tak.. Tak apa.." Begitu juga dengan Arissa. Masing2 cuba menyembunyikan debaran yang dirasai di dada mereka. Rayyan bingkas bangkit.

   "Saya nak keluar cari makanan untuk malam ni.."

   "B... Baiklah.." Rayyan terus berlalu dari situ. Arissa memandang lelaki itu sehingga kelibatnya tidak kelihatan lagi.

   Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhatikannya. Mata yang sama yang mengekorinya sejak 2 hari yang lalu.

   Makhluk bertubuh kecil bermata bulat berwarna merah itu berlari laju menuju ke Istana Gelap. Matanya mencari2 kelibat ratunya, Ratu Marina.

   "Apa perkhabaran yang kau bawa, Prog?" Prog, seekor elf kecil melutut di hadapan Ratu Marina.

   "Tuanku ratu.. Puteri tunggal Maria telah kembali 2 hari lalu.." Ujarnya dengan suara kecil dan serak.

   "Apa? 2 hari lalu? Kenapa baru sekarang kau khabarkan pada aku?"

   "Maaf tuanku.. Aku hanya ingin memastikan yang dia benar2 puteri itu.." Jelas Prog.

   "Akhirnya.. Si puteri yang hilang telah kembali.. Kembali ke perangkap maut.. Tak perlu aku bersusah lagi menghantar 'mereka' untuk mencarinya.." Marina tersengih menampakkan giginya yang ditumbuhi siung itu. Dia sudah tidak kelihatan seperti perempuan biasa. Matanya sudah bertukar merah. Giginya ditumbuhi siung. Belakang badannya juga ditumbuhi sayap besar dan tajam seperti bilah pedang.

   "Jagart!" Panggilnya. Seekor makhluk bertubuh manusia berkaki kuda melutut di hadapan wanita itu.

   "Ya tuanku.."

   "Kumpulkan tentera satu.. Kita akan melawat anak saudaraku yang telah kembali.."

   "Baik tuanku.."

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now