"Cepatlah" Jerit Harraz kepada Sara.

"Ya ! Sara datanglah ni" Kata Sara lalu masuk ke dalam kereta dan menghulur aiskrim kepada Harraz.

"Sedapnya !" Sara menjilat aiskrim dengan sukanya.

"Makan seperti budak-budak overlah" Kata Harraz sambil menggelengkan kepalanya.

"Biarlah orang over  itu hak saya" Kata Sara lalu menghiraukan Harraz dan melayani aiskrimnya.

"Umur dah 18 tapi perangai macam budak-budak" Kata Harraz lalu mengelap bibir sara yang comot dengan menggunakan tisu.

Sara terkaku seperti patung sebab pertama kali Harraz berbuat seperti ini kepada Sara.

"Awak lap bibir saya" Kata Sara sambil memegang bibirnya dan tersengih memandang Harraz.

"Aku nak jaga status aku takkanlah aku nak bagi orang tahu yang perempuan bersama aku sekrang ini perangai macam kanak-kanak" Kata Harraz.

"By the way thank you awak belikan aiskrim"Ucap Sara lalu menyambung makan aiskrim.

"Sara" Harraz memanggil Sara dari ruang tamu.

"Nak apalah panggil aku pasti ada saja benda nak gaduh dengan aku" Kata Sara yang baru selesai mandi.

"Sara !" Panggil Harraz.

"Ya ada apalah dia ni panggil aku takkan dah rindu kut" Kata Sara sambil mencapai baju muslimah di dalam almari.

"Sara ! Aku panggil kau boleh..." Harraz membuka pintu bilik tidur lalu menutupnya dengan segera.

"Yah ! Orang dengarlah tengah nak pakai baju ni" Kata Sara lalu mengunci pintu kerana terkejut apabila Harraz membuka pintu namun dia hanya memakai tuala sahaja.

"Aku tunggu kau di ruang tamu,cepat sikit" Kata Harraz lalu bergegas turun ke bawah menuju ruang tamu.

"Hah ! ada apa teriak panggil saya tadi ?" Tanya Sara sambil bercekap pinggang di hadapan Harraz.

"Aku nak kau panggil aku abang" Kata Harraz membuatkan Sara membuntangkan matanya.

"Tapi malulah" Kata Sara.

"Nanti waktu makan malam saja kau perlu panggil aku abang sebab mummy ajak kita makan malam" Kata Harraz.

"Okey dengan mummy takut tapi dengan Allah ?" Kata Sara lalu berjalan ke arah dapur.

"I can hear what you say" Kata Harraz dari ruang tamu.

"Awak nak nasi goreng tak kalau nak saya nak masak untuk awak sekali" Laung Sara dari dapur.

"Tak nak kau masak tak sedap" Kata Harraz sambil menekan alat kawalan jauh dan mencari siaran tv3.

"Amboi ! Sedap mulut dia saja kata masakan aku tak sedap ini Saralah juara memasak darjah enam tau" Kata Sara sambil memegang pisau tetapi terbalik.

"Kenapa tak boleh nak potong ayam pula ? Eh terbaliklah" Kata Sara sambil tersengih lalu menepuk dahinya.

Selesai makan Sara mengemas meja dan mencuci pinggan.Kemudian dia melangkah keluar dari dapur.

Kelihatan Harraz sedang tidur di atas sofa sambil menggenggam alat kawalan jauh.

"Kalau nak tidur pergilah tidur kat bilik kenapa tidur di sini pula" Sara menggelengkan kepalanya sambil memandang Harraz yang sedang tidur.

"Comelnya" Kata Sara sambil tersengih apabila melihat muka Harraz berkerut seperti mimpikan sesuatu.

"Uhmm" Harraz mengeliat lalu tangannya tak tersengaja terkena muka Sara membuatkan Sara terkejut.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now