Tina masuk ke dalam rumah. Aku pula tunggu kat luar je. Segan pula nak masuk berduaan kat dalam rumah. Nanti ditangkap basah. HAHAHA! Bergurau k.

"Taknak masuk?" Tina memanggilku dari muka pintu.

"Takpa. I jaga kat luar."

"Masuk lah. I takut lama." Tina memaksa aku masuk dan aku terpaksa akur.

OMG! Ini kali pertama aku melangkah masuk ke dalam teratak Ika. Nervousnya. Selalu usha dari luar je. Kali ni aku menjejaki kaki ke dalam. Kita baca doa dulu k.. Haha.

"Duduk la dulu. I nak settle benda sikit kat atas." Tina memanjat ke tingkat atas. Meninggalkan aku sendirian kat ruang tamu.

Aku memerhati sekelilingku. Typical rumah student. Buku sana sini. Setiap sudut aku perhati seperti seorang penyiasat dengan harapan dapat clue tentang kampung halaman Ika. Bila aku tiba kat depan rak buku, aku nampak sekeping gambar. Aku kenal muka dalam gambar tu tapi orang di sebelahnya aku tak kenal. Aku ambil gambar tu dan tengok betul-betul. Ini Ika. Siapa lelaki sebelah dia ni? Nampak mesra. Hati aku berdebar kencang. Aku tak suka perasaan ni. Aku taknak fikir bukan-bukan. I wish I can undo my action.. Aku taknak nampak gambar ni. Aku simpan semula gambar tu di tempat asalnya kemudian duduk di sofa ruang tamu. Aku tergamam. Fikiran aku jadi tak betul. Macam-macam bermain dalam otak aku. Siapa lelaki dalam gambar tu? Mungkin Tina tahu. Patut ke aku tanya dia?

Aku mengeluarkan phone aku dari dalam poket kemudian cari nama Theresa. Aku nak bagitahu dia tentang apa yang aku jumpa kejap tadi. Aku mula menaip karangan....

Selang beberapa minit, aku terima balasan daripada Theresa. Dia suruh aku ambil gambar dan aku pun mengikut arahan Theresa tanpa banyak soal. Theresa selalu jadi tempat aku minta nasihat. Yalah, dia lagi lama hidup daripada aku so, dia lebih banyak pengalaman.

Aku hantar gambar pada Theresa. Tak lama kemudian, dia membalas.

> They look really close. I don't want to say this but.... You should mentally prepared for any circumstances.

Aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Cuba menenangkan hati aku yang macam nak meletup. Why??? Dia suruh aku jujur tapi kenapa dia buat aku macam ni? Mungkin sekarang dia tengah enjoy dengan mamat tu kat kampung halaman kan? Tulah block aku. Aduhh.. Sakitnya hati. Kalau betul.... Shittt. Aku rasa jantung aku macam dicucuk-cucuk. Pernafasan aku jadi tak teratur. Aku rasa nak nangis tapi aku cuba tahan. 

"Are you okay?" Tina muncul dari tingkat atas. Di tangannya ada beberapa keping kertas.

"Dah settle?" Aku tak jawab soalan Tina. Aku nak cepat-cepat pergi dari tempat ni.

"Dah. Thanks."

"Okay." Aku terus keluar dari rumah tu dan meluru laju masuk ke dalam kereta. Aku hidupkan enjin.

Tina kelihatan bingung. Selepas dia kunci mangga di pagar rumah, dia ketuk cermin kereta aku. Aku turunkan cermin. "Ok tak ni? Macam marah je? Lama sangat ke tunggu?"

"I'm fine. Sorry. Hmm.. You balik macam mana?" Baru aku perasan Tina tak datang dengan kereta. Takkan dia naik bas? Dah gelap ni. Patut ke aku tumpangkan dia? Kalau dia nak lah. Kan dia ni anti orang macam aku. Tapi tak salah nak tolong orang kan?

"I naik bas. Takpe. Bustop kat depan tu je. Thanks again."

"Dah gelap ni. I hantar you balik. Tu pun kalau you nak lah."

Tina diam seketika. Dia berfikir. Aku tak paksa tapi aku tak sampai hati biar dia jalan sorang tunggu bas. Walaupun dah biasa, anything can happen. Lama juga dia fikir. Hmm...

"I'm just being a good citizen. I faham you tak suka orang macam I ni but tak salah I nak tolong kan?" sambung aku lagi. 

"Hmm.. Ok." Tina pun menerima pelawaan aku. Dia duduk di seat sebelah. 

Selepas dia bagitahu lokasi rumahnya, aku pun mulakan perjalanan. Tak jauh sangat. Ada la setengah jam perjalanan kalau jalan tak sesak. Aku diam saja, focus driving. Tina bermain dengan telefonnya. Mungkin dia tengah text Ika. Bagitau aku tumpangkan dia balik and then Ika akan naik marah sebab aku gedik dengan kawan dia. Another reason untuk ignore aku. Padahal ignore aku sebab tengah layan boyfriend kat kampung. SHITTT... Sakit hati aku belum habis lagi. Padahal belum confirm lagi yang mamat tu boyfriend dia. Ikut sedap mulut aku je tuduh Ika. Should I ask Tina? Maybe dia kenal.

"ZEE!" Tina menjerit nama aku lantas mengejutkan aku daripada lamunanku.

Aku nampak kereta depan break mengejut. Aku dah lah drive laju, tak sempat nak break habis. Aku cuma dengar bunyi berdentum kuat saat aku melanggar kereta depan. Nasib baik dua-dua pakai seatbelt. Aku tengok Tina dah pengsan. Aku cepat-cepat buka seatbelt dia dan tolak dia keluar. Aku nampak orang ramai tarik Tina jauh daripada kereta aku. Aku cuba lepaskan diri dari seat aku tapi gagal. Seatbelt aku stuck. Aku tarik sekuat hati namun tiada hasil. Aku dengar orang kat luar dah jerit-jerit. Tak jelas sangat. Asap pun dah makin tebal. Susah aku nak bernafas. Aku menangis sekuat hati sebab aku takut kalau ini kali terakhir aku hidup. Banyak benda aku belum achieve dalam hidup ni. Masih jauh perjalanan hidup aku. Tapi kalau ini takdir aku, aku redha. At least aku dapat jumpa Tirah. Yes, Tirah...

Perasaan aku jadi tenang bila teringat Tirah walaupun keadaan sekeliling aku dah tak selamat. Api marak sangat pantas. Orang ramai cuba menghampiri aku tapi gagal. Aku harap orang kereta depan aku okay. Maafkan aku kerana kecuaian aku kamu terlibat sama. Maafkan aku, Tina.. Maafkan aku kawan-kawan.. Fiona, Kesha, May, Shane... My lovely boss, Theresa...

Maafkan aku, Ika....

Tirah.. I'm coming to you...

BengkokWhere stories live. Discover now