Bab 7

10.9K 181 13
                                    

Hari minggu kali ini berbeza. Selalunya aku akan menghabiskan masa bersama PS3 tetapi kali ini aku bersama Tirah. Dia ajak keluar. Terasa janggal sedikit keluar berduaan. Selalunya akan keluar berjalan satu geng.

"Nak pergi mana?" soalku.

"Dating," balas Tirah ringkas, riang. Dia nampak lebih ceria daripada selalu.

Kami tiba di sebuah pusat membeli-belah. Orang ramai. Maklumlah, hujung minggu. Pasti ramai yang membazir wang di sini bersama keluarga dan orang tersayang. Termasuklah kami.

Kami jalan berpegangan tangan. Sekali sekala ada mata yang memerhatikan kami. Aku tengok Tirah tenang sahaja. Dia langsung tidak peduli dengan orang sekelilingnya.

"Tirah," aku tarik tangan. Tirah pandang aku. Masam. "Orang pandang-pandang la."

"Malu jalan dengan aku ke?" balasnya.

"Bu-bukan! Cuma risau orang mengata."

Tirah diam sebentar. Kemudian dia memeluk aku. Dikhalayak orang ramai. Ada mata-mata yang memandang kami. Aku cuak. "Tak payah risau. Kita tak kacau diorang pun. Jom! Nak gi tengok dress kat kedai hujung tue."

Aku turut sahaja. Tirah tak malu tunjuk aku nie kekasih dia, buat apa aku pula yang nak risau. Aku merangkul erat pinggang Tirah. Nampak Tirah tersenyum. Bahagia.

Kami masuk kedai jual baju. Mostly dress perempuan. Tirah mengangkat baju warna hijau pastel. Kainnya sampai lutut. Ada reben kecil di belakang. Lehernya luas. Tiada lengan. Aku tengok sesuai dengan style Tirah. Baju itu cocok dengan susuk tubuh Tirah yang kecil itu.

"Ini ok tak, Zee?" soal Tirah. Dia berdiri depan cermin sambil mengenakan baju itu di badannya.

Aku berjalan ke belakangnya. Aku angguk. Memang sesuai dengan dia. Tirah tarik tangan aku, bawa masuk ke fitting room. Pekerja kedai itu memerhatikan kami dengan riak wajah yang bercampur-baur. Aku ikut sahaja.

"Takpe ke aku masuk nie?"

"Takpe la. Tutup pintu cepat."

Aku menutup pintu. Tirah buka baju dan seluar. Terbeliak mata aku melihat tubuh badan Tirah. Pertama kali kot! Jantung aku berdegup pantas. Aku tutup mata. Tak tahu kenapa tetapi aku rasa lemah sangat untuk terus melihat. Terasa seperti jantung nie nak tercabut keluar.

Tirah ketawa kecil melihat aku. Dia peluk aku. Aku buka mata. Aku dapat rasakan kehangatan badannya menyentuh aku. Aku tak tahu pula Tirah semanja ini. Aku balas pelukan dia. Saat itu, bibir kami memainkan peranan masing-masing.

"Zee, kalau aku dengan lelaki, aku tak boleh buat-buat begini. Too risky. Tapi kalau dengan ko, aku tak takut. Risau pun tak. Aku rasa happy. Safe."

Betul kata Tirah. Perasaan bersama lelaki dan perempuan sangat berbeza. Tetapi tak semua perempuan baik juga. Kadang-kadang ada yang sudah menganggap diri mereka lelaki. Jadi kaki perempuan. Habis madu sepah dibuang. Aku harap aku tak akan jadi seperti itu.

Sebenarnya aku pun takut nak bergaul dengan orang-orang yang bergelar "pengkid" nie. Mula-mula kenal memang baik tapi bila dah lama pandai berubah. Kadang-kadang golongan mereka nie saling tak tumpah seperti lelaki durjana. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Kan? Maka aku lebih senang berkawan dengan perempuan normal. Haha.

"Good to hear that, Tirah." Aku mengusap kepalanya. Tinggi Tirah hanya sampai dagu aku.

Selesai keluar masuk kedai, kami memutuskan untuk pergi makan tengahari. Perut aku dah mulai bising. Tirah dengar saat kami di dalam fitting room. Dah lepas tengahari, agak-agak la.

Kami duduk di sudut terpencil sedikit. Seorang pelayan datang mengambil pesanan. Lelaki ke perempuan dia nie? Muka macam perempuan tapi rahang lebar, tangan lebar, suara macam perempuan tapi macam ada bunyi lelaki juga. Mata aku terus memerhati pelayan itu dari atas ke bawah. Badan macam lelaki. Mungkin dia memang lelaki.

"May I take your order, please."

Tirah minta Spaghetti Bolognese dan Orange Juice. Aku pula Nasi Goreng Ayam Special dan Nescafe Ais. Aku mesti makan nasi. Lapar tahap gaban dah nie.

"That's all?" soal si pelayan.

"Yes. Thanks.. err.." aku cuba baca nametag nya. "Ahh.. Thanks, Shane."

Kami berbalas senyuman. Tirah pelik melihat kami.

"Aik.. Lain macam je."

"Ape yang lain macam?"

"Balas-balas senyum. Haha. Gaypenk!"

EUWWWW! Mana lagi si Tirah nie belajar term tue? Gaypenk atau GP bermaksud seorang Penk bercinta dengan Penk. Mereka tak pandang Lessy ataupun Femme. Lessy apa pula? Lessy adalah seorang perempuan yang suka kat perempuan yang feminin. Macam May dan Kesha. Femme pula macam Tirah, suka perempuan yang macam aku. Aku jatuh dalam golongan... Lu pikir la sendiri.

"Gaypenk? Maksud ko dia tue bukan lelaki ke?"

Tirah geleng. Shane dah lama kerja kat kedai makan nie. Kata orang dia dalam proses transition atau transgender. Boleh ke kat negara kita nie? Mungkin dia dah nekad.

"Transgender?" aku ternganga. Tak sangka ada golongan ini wujud di negara ini.

"Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la tanya dia sendiri."

***

Setelah penat seharian, kami pun balik. Lenguh satu badan diusung Tirah keluar masuk kedai jadi tukang angkat barang. Tapi aku gembira meluangkan masa dengan Tirah. The truth is aku pernah simpan perasaan pada Tirah dulu. Sekarang dia sudah jadi milik aku, terasa sangat bahagia.

Tiba di muka pintu, Kesha dan Fiona duduk di ruang tamu. Raut wajah mereka menampakkan mereka sedang dilanda kegusaran. Apa dah terjadi?

"Apasal sorang-sorang muka macam pantat?" soalku. Risau sedikit.

"Tadi tuan rumah call. Dia nak naikkan harga sewa," jawab Fiona. Masih dalam keadaan terkejut. Aku terkejut juga. Kalau sewa naik, kami kena cari housemate baru untuk kurangkan beban membayar tiap bulan.

"Celaka Eman. Dah break terus bagitahu tuan rumah naik sewa. Tak guna punya lelaki," marah Tirah. Dia duduk di sofa kemudian bersuara lagi, "I'm sorry, guys. Semua nie salah aku." Tirah tunduk.

"Tirah, apa ko merepek nie? Lelaki tue yang memang celaka. Dah la tipu ko, then buat macam nie lagi. Bukan salah ko k, Tirah." Kesha duduk sebelah Tirah. Cuba menenangkan Tirah.

"Yalah, Tirah. Kami tak salahkan ko pun. Jangan fikir macam tue ek," Fiona pula memujuk.

"Hmm.. takpe. Kita cari housemate sorang lagi. Kita boleh kosongkan bilik satu. Tirah move in masuk bilik aku."

Tak guna kita bersedih dan berduka. Yang penting kita fikir jalan penyelesaian secepat mungkin. Jimat masa, jimat wang. Haha.

***

Seminggu berlalu. Berita kami ingin mencari housemate sudah tersebar luas. Sudah ada beberapa calon yang datang melihat. Ada yang sudah bersetuju tapi kami pula yang tak dapat menerima dan sebaliknya. Calon seterusnya, dia berjanji akan datang jam 3 petang nie. Aku dan Fiona tak ada kelas. Boleh bawa dia tengok-tengok rumah nie. Kesha dan Tirah habis kelas jam 2.30 petang. Mereka akan pulang selepas tamat kelas.

TOK TOK TOK! Pintu diketuk. Itu mungkin bakal housemate kami. Fiona buka pintu. Dia terkejut. Seorang lelaki berdiri di depan.

"Err.. Cari siapa?"

"Awak cari housemate kan. Saya yang janji nak jumpa jam 3 tue."

Aku dengar kekecohan di depan lalu pergi melihat keadaan. Eh! Shane!

BengkokWhere stories live. Discover now