Bab 17

6.6K 150 61
                                    

Aku melihat skrin telefonku, sudah jam 9.25pm. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi kereta dari hujung jalan. Lampu yang terang semakin mendekati depan rumah sewa aku. Aku bangun lalu membetulkan baju dan seluarku. Selang beberapa saat, sebuah kereta Mazda RX-7 berwarna merah berhenti di depan rumah. Cermin kereta diturunkan. Aku nampak Theresa di dalam.

"Hop in." Theresa tersenyum manis. Dia nampak santai malam ni. Rambutnya yang panjang itu diikat semua ke belakang. Walaupun dia tidak mengenakan mekap yang tebal, dia masih nampak cantik.

"Hi Theresa.." aku membalas senyumannya, "She's coming with us." sambungku lagi sambil menunding jari ke arah Tirah yang berdiri di belakangku.

"Theresa... Hi." sapa Tirah dalam nada yang sinis sekali.

"Oh no.. I would love for you to come with us, Tirah. Unfortunately..." Theresa menunjuk sekelilingnya.

"2 seaters je?!"

"Yes. I'm sorry Tirah. Kalau Zee bagitau awal-awal yang you nak join, I bawa kereta lain tadi." jawabnya tenang. Raut wajah Theresa berubah sedih.

Tirah menghampiri aku kemudian membisik sesuatu di telingaku, "Behave or you die."

Aku hanya mengangguk-angguk.

"Kalau macam tu, tak apalah. I'll join next time." 

"Sorry again, Tirah! I pinjam Zee kejap okay. Don't worry."

Aku masuk ke dalam kereta milik Theresa selepas memberikan satu kucupan mesra ke pipi Tirah. Aku taknak dia risau. Aku nak buktikan yang aku setia padanya. Selepas memakai seatbelt, Theresa memandu laju ke depan. Dia tidak berkata apa-apa. Hanya bunyi enjin keretanya berderum kuat sepanjang perjalanan. Aku mulai hairan bila Theresa memandu keluar ke lebuh raya. Menurut text nya tadi, kami hanya perlu pergi ke restaurant berdekatan.

"Err.. Theresa, where are we going?"

Theresa tidak menjawab. Dia diam sahaja. Aku dah takut. What if dia jual aku kat sempadan Thailand? Aku belum bersedia untuk mati lagi. Huhuhu... Menyesalnya tak dengar cakap Tirah tadi. Aku mengeluarkan telefon bimbit perlahan-lahan. Aku taknak dia nampak aku panik.

"Text siapa?" Theresa tiba-tiba bersuara tapi matanya masih fokus ke hadapan.

"No one. I just want to take a selfie with you. Ha ha ha..." aku tekan apps camera lalu mengangkat telefon mengadap aku dan Theresa yang sedang memandu. Wajahnya yang ketat tadi berubah seperti biasa. Kereta yang dipandu laju tadi kini perlahan. Aku menarik nafas lega. Perempuan sebenarnya senang je nak pujuk tapi susah nak faham apa yang diorang nak. 

"Why so sudden?" Theresa tersenyum sinis.

"Saja lah. Untuk internship's report. Kot.. Kan kita nak pergi jumpa client. Hehe.." aku tersengih-sengih. Sebenarnya aku nak hantar text SOS kat kawan-kawan aku tapi Theresa perasan pulak aku buka WhatsApp. 

"Actually.. We are not going to meet the client. He cancelled last minute tadi. Since I dah bersiap semua, better I keluar terus. I don't want to waste my make up macam tu je." Theresa ketawa kecil. Betul jugak tu. Dah lawa-lawa, tapi cancel plan. Membazir sangat effort nak bersiap tu.

"Oh I see. So where are we going?"

"Sit back and relax. It's a surprise."

Aku tengok Theresa nampak sangat gembira. Aku tak tahu kenapa, aku pun rasa gembira sekali. That look... Buat aku rasa tenang sangat. I got a feeling that tonight gonna be a good night. Aku matikan phone aku, rimas dengan text dan call yang tak henti-henti daripada Tirah. Aku dah cakap tak payah risau. Kenapa Tirah tak percaya? Aku tahu dia sayangkan aku tapi bagi lah aku some space for my own life. Aku tak pernah nak marah or kacau dia kalau dia tengah keluar dengan classmates dia. Aku ikutkan je. Entahlah. Aku taktau nak cakap macam mana lagi. Aku tahu dia sayangkan aku, risaukan aku. Kadang-kadang aku pun rasa macam yang dia rasa. Tapi for once, aku nak dia percayakan aku.

BengkokWhere stories live. Discover now