Bab 13

8.1K 179 33
                                    


"Taylor? Is that you?"

"Athirah right?"

Tirah hanya mengangguk. Sudah lama dia tidak bertemu anak En. Anthony, business partner kepada bapanya. Mereka sering kali bertemu jika keluarga mereka mengadakan party atau dinner. Sejak Taylor mengendalikan salah satu syarikat ayahnya di luar negara, sudah jarang mereka bertemu. Ini kali pertama selepas 5 tahun tidak berjumpa.

"Wow! You look.... different than the last time I saw you. How are you?" Taylor datang menghampiri Tirah lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Matanya liar menjamah tubuh badan Tirah yang cantik kejadiannya. Kali terakhir Taylor melihat Tirah ialah ketika Tirah masih berumur 16 tahun. Masih budak hingusan. Kini sudah 5 tahun berlalu, Tirah nampak lebih matang dan cantik seperti Anzalna Nasir.

"I'm good, Taylor." Tirah menyambut mesra tangan Taylor. Taylor nampak lebih kacak berbanding dulu. Dia nampak matang dengan jambang. Rambutnya tersikat rapi ke belakang. Matanya warna coklat cair. Sekali pandang, dia langsung tiada rupa orang Malaysia. Dua kali pandang, macam Bangla. Hahaha.. Bergurau! Pokoknya, Taylor nampak kacak dan bergaya. Sama seperti kakaknya, Theresa.

"Dah lama I tak jumpa family you. How are they doing?"

"They are good. I pun dah lama tak balik rumah, busy sangat dengan assignments."

"Ahh I see.." Taylor mengangguk-angguk. "Send my regards to them ok. I gotta go now." sambungnya lagi.

"Okay, I will." Tirah melambai. Tidak lama selepas itu, dia terlihat Mark menegur Taylor. Mereka berborak. Tirah seperti sudah dapat meneka hubungan mereka. Taylor adalah tunang May. Tirah terus bergegas ke bilik rawatan May.

Dari jauh, Tirah sudah nampak Shane berdiri di luar bilik. Mungkin doktor tidak benarkan ramai orang melawat sekali gus.

"Lamanya pergi tandas. Zee dah risau..." tegur Shane.

"Ahh.. Jumpa kawan lama tadi. Diorang ada kat dalam ke?"

Shane mengangguk. "Tapi tak boleh ramai sangat kat dalam."

Tirah menjenguk ke dalam. Dia melihat rakan-rakannya berborak sakan. Keadaan May nampak lebih baik hari ini berbanding semalam.

"Tirah, masuklah.." ajak May. Wajah May pucat tapi nampak ceria. Kesha duduk di sebelahnya berwajah masam. Aku menarik Tirah masuk dan membawanya ke sebelah katil May.

Mata Tirah tertarik pada seorang gadis yang duduk di hujung katil. Theresa. Dia boleh rasakan yang Theresa juga mengenalinya. Mereka berbalas senyuman.

"Aik.. You guys know each other?" soalku laju selepas melihat mereka berpandangan.

"You look so gorgeous, dear. It's been awhile.." Theresa berdiri lalu memeluk mesra Tirah. Mereka sangat rapat dulu. Theresa selalu membawa Tirah jalan-jalan kalau dia tidak sibuk dengan hal ehwal pejabat. Sejak ikut Taylor berpindah di luar negara, Tirah sudah jarang berhubungan dengan Theresa. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

"OMG! I miss you, Theresa!"

Mereka saling berpelukkan. Semua yang ada di bilik itu nampak keliru. Kesha yang duduk di tepi juga jadi semakin runsing. Macam-macam yang terjadi hari ini. Nasib baik hal Kesha dan May sudah selesai. Theresa berjanji tidak akan memberitahu adiknya tentang hubungan Kesha dan May. Lagipun Theresa tahu, adiknya itu bukanlah sebaik yang May sangka. Theresa menyaksikan sendiri hidup Taylor di luar negara bagaimana. Setiap kali balik daripada clubbing, ada sahaja perempuan dibawa balik ke rumah. Oleh kerana pertunangan Taylor dan May hanya untuk mengukuhkan perniagaan antara dua keluarga itu, dia terpaksa diamkan sahaja.

BengkokWhere stories live. Discover now