Bab 30

6.1K 154 28
                                    

Aku buka mata perlahan-lahan saat terdengar bunyi alarm berbunyi tak henti. Ada sesusuk tubuh terbaring di sebelah ku sedang nyenyak tidur. Tanganku masih memeluk erat pinggangnya dari belakang. Kemudian, perlahan-lahan aku menarik tanganku, cuba untuk tidak mengejutkan Ika.

"Are you awake?" soal Ika, masih mamai. Dia tersedar saat aku menarik tanganku dari badannya.

"Yes, I gotta go work." Aku duduk, lalu mencapai telefon ku untuk mematikan alarm. "You takda kelas today?"

"Nope." Ika pusing ke arahku kemudian meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku tunduk melihat telatahnya. Manja juga dia ni.

"You tidurlah. Stay here until I balik kerja. OK?" Aku mengusap lembut rambut Ika yang sedikit keriting itu.

Ika mengangguk sahaja. Aku rasa dia dah sambung tidur. Haha. Aku cium dahinya lalu mengalihkan kepalanya di atas bantal. Aku betulkan sedikit comforter yang membaluti badannya kemudian bangun berjalan ke bilik mandi selepas mencapai tuala mandi.

Selesai je mandi, aku buka almari untuk mencari baju apa nak pakai hari ni. Kemeja putih macam okay dan seluar slacks warna biru Navy. Aku keluarkan kemeja dan seluar slacks pilihan hari ini dan bawa ke iron board yang terletak kat ruang tamu.

Saat aku sedang menggosok baju, tiba-tiba ada tangan memeluk aku dari belakang. Aik? Bukan dia tengah tidur ke tadi?

"Did I wake you up?"

"No, I miss you."

Aku tergelak. Aku tak sangka Ika orangnya macam ni. Kalau kat luar, bukan main garang. Dia jadi orang yang berbeza bila kami berduaan. Jadi sangat manja.

"Manja juga you ni..."

Ika tak menjawab. Dia memeluk aku dengan lebih erat. Aku rasa kehangatan tubuhnya di belakang aku. Aku biarkan je dia peluk aku dari belakang hingga selesai menggosok baju. Aku pusing mengadap Ika. Dia balut badannya dengan selimut. Yalah, dalam tak pakai apa-apa. HAHAHA. Aku mengusap mesra pipinya kemudian menolak sedikit rambutnya yang terurai ke belakang. Aku renung matanya dalam-dalam. Ika membalas renungan aku.

"I have to go.." Aku tersenyum sedikit. Teringat pula kejadian semalam. Haha. Aku cium dahinya kemudian masuk ke bilik semula untuk bersiap. Ika nampak sedikit kecewa.

"Jam berapa you balik kerja?" Ika baring di atas katil sambil melihat aku bersiap depan cermin.

"5.30. I will reach home before 6. Can you wait?" Aku jeling manja kat Ika.

"Eee, muka gatal."

"HAHAHA... What? I takde cakap apa-apapun."

Ika menjeling aku. Eleh.. Sekarang main jeling-jeling lah. Tunggu nanti... HAHAHAHA! Ika bangun dari  katil lalu berjalan menghampiri tingkap. Dia buka langsir luas-luas.

"Heh.. Tutup langsir tu. You dah lah tak pakai apa. Haishh..."

"Kan ada selimut ni juga."

"I know.. What if people saw? Mesti orang fikir lain nanti."

"So, you malu?"

Aku terdiam seribu bahasa. Bukankah Ika yang taknak orang tahu pasal kami? Tapi kenapa dia ajukan soalan macam tu kat aku? Aku tengok Ika dengan wajah yang berkerut.

"Malu?" soalku semula.

"Yelah. Maybe you malu orang nampak ada perempuan berkemban dalam bilik you." jawab Ika bersahaja. Aku jadi semakin bingung. Kenapa aku pula yang nak malu? Dia yang berkemban depan tingkap. Hmmm...

Aku datang mendapatkan Ika yang sedang berdiri di depan tingkap yang terbuka luas. Dia merenung jauh ke luar jendela seperti sedang merenung sesuatu. Aku berpaling ke arah yang sama. Alamak! Tu Ariana. Dia pun pandang kat sini.

BengkokWhere stories live. Discover now