Bab 27

6.2K 166 45
                                    

Back to work, guys. Dah lama aku cuti. Berbaloi jugalah. I feel much better now. I still can feel her around me but it's not as painful as it was. Mungkin aku dah dapat menerima kenyataan bahawa Tirah tak akan kembali lagi. Aku yang masih hidup ni, kenalah teruskan perjuangan. Perjalanan hidup aku mungkin dah berubah tapi matlamat hidup tetap sama. Hmm.. Aku pun taktahu apa matlamat hidup aku. Haha.. Takpa. I'll just keep moving forward. Nanti jumpa lah. Kan? Yalah, kita hanya mampu merancang, Tuhan akan menentukan. So, aku biar Tuhan yang tentukan hidup aku.

"Morning, Zee." tegur Theresa yang baru tiba di pejabat. Macam biasalah, Theresa nampak anggun dan menawan. Dia meletakkan handbag dan beberapa keping fail di atas mejanya.

"OMG Theresa! Guess what?!" aku teruja saat ingin menyampaikan berita hangat yang aku telah perap sejak semalam. Excited pula nak bagitau pasal Ika ni.

"What?"

"She did save her contact in my phone!"

"Let's celebrate tonight." Theresa tersenyum nakal. Dia tak banyak soal mungkin kerana dia dah menjangka semuanya. Aku pun tak pasti nak celebrate apa sebab aku belum text Ika lagi. Aku renung Ika online semalam sampai aku terlena. Tak tau nak text dia apa selepas layanan dia petang semalam.

"I belum text dia."

"What are you waiting for, Zee?! Give me your phone." Theresa laju mendekati aku sambil menghulurkan tangannya meminta handphone yang saat tu ada dalam tangan aku. Dia cuba merampas dan aku pula cepat-cepat mengelak daripada dia. Ganas juga Theresa ni. Kami bergelut masing-masing taknak kalah. Akhirnya handphone tu terlepas dari tangan aku dan jatuh di atas lantai yang keras. Aku dan Theresa terpaku.

Aku cepat-cepat kutip phone tu dan memeriksa jika ia masih boleh digunakan atau tidak. Malang tak berbau, screen dah pecah teruk. Langsung tak nampak apa-apa kecuali kesan crack.

"I'm sorry, Zee!!" Theresa terkejut dan panik. Dia bergegas ke mejanya lalu membuka laci. Dia mengeluarkan buku cek dan menulis sesuatu dia atasnya.

"Nasib baik you kaya kan, Theresa." Aku tertawa kecil. Aku tak gubra sangat nampak phone tu crack tapi macam sedih jugalah. Pakai tak sampai satu hari dah jahanam. Lagi sedih bila ini adalah pemberian Ika. Ada sentimental value ni.

"No heart feeling?" Theresa menghulurkan sekeping cek kepada aku. Wahh, aku rasa ini dah lebih daripada harga phone aku tu. Giler ah Theresa ni. Aku kahwin dengan dia jelah. HAHAHAH! I'm just kidding.

"Ehh Theresa.. Banyak sangat ni." Segan pula nak terima.

"It's okay. You cash out then buy yourself a new phone. Yang selebihnya tu, pandai-pandailah spend OK? I'm sorry again..." Muka Theresa nampak sugul. Risau sangat dia aku marah. Haha.

"OK. No worry. I know you tak sengaja." Aku cuba sedapkan hati Theresa. Aku taknak dia sedih. Lagipun dia dah bertanggungjawab. Aku anggap semuanya dah settle.

"Btw, I think you should go to her house again cuz you can't contact her through phone anymore." sambung Theresa lagi. Dia menyusun fail-fail di atas meja kemudian mengumpulkannya satu kali. 

"OH SHIT! I baru sedar. Macam takde jodoh je." Aku hanya mampu berhuhu. Ada je halangan kami ni.

"I'm going out to meet clients." Theresa membimbing beg tangan Coach nya dan juga fail-fail tadi. "I let you go today. Go settle your things first. If I keep you stuck in the office, I know your mind won't be here. So, fly free~" sambung Theresa lagi sambil tertawa kecil. She's the best boss I ever had! HAHAHA.

Aku dan Theresa turun bersama-sama dan berpisah saat kami tiba di lobi. Aku berjalan menghampiri kereta Axia kuning yang diparkir tidak jauh daripada bangunan tempat kerjaku. Dalam kepala aku ligat berfikir nak cakap apa kat Ika nanti. Aku terus terang jelah kan? Yes, jujur!

BengkokWhere stories live. Discover now