Bab 28

5.9K 155 64
                                    

KRINGG!!!!

Mata aku terus terbuka luas selepas dengar bunyi alarm. Dah pagi rupanya. Aku tak sedar bila aku terlena semalam. Aku cepat-cepat mematikan alarm dan melihat notification di telefon. Hmm.. Tak ada reply daripada Ika. Tak apa lah.

Aku bangun kemudian menggeliat. Aku tengok diriku di depan cermin. Hmm kacak. Tapi kenapa tak ada orang nak aku? Chewah.. Haha. Gurau je. Aku berjalan ke tingkap lalu membuka langsir luas-luas. Woahh! Jiran depan tengah buat yoga. Nice view. Tak perasan pula ada jiran yang cun. Aku taktau dah berapa lama aku berdiri depan tingkap memerhati jiran depan. Tiba-tiba jiran tu menyapa aku. Dia melambai. Aik? Aku ke? Hmm balas jelah. Nothing to lose. Hehe..

Dah puas cuci mata, aku pun bersiap-siap nak pergi kerja. Kemeja berwarna biru Tiffany menjadi pilihan hari ini. Aku lipat lengan baju hingga ke paras siku. Pakai jam tangan di sebelah kiri. Rambut semua disikat ke belakang, ada sedikit rambut terurai di dahiku tetapi masih nampak kemas. Ok, cun. I'm all set. Spray sikit minyak pengasih.. Ehh tida bah! Bergurau. Haha. Spray perfume je ok and I'm ready to go! Yeahh... Seluar ada pakai k.

Aku tengok jam. Dah 6.30 pagi. Nak pergi office tak jauh dan tak jem, so aku keluar lewat pun tak apa. Tapi... hari ni hati aku kuat untuk menyuruh aku keluar awal. Aku pun capai kunci, pakai kasut dan buka pintu. Aku berjalan ke lift yang tak jauh dari pintu rumah aku. Ada seorang wanita berdiri menunggu lift juga. Rambutnya hitam pekat, ikal panjang terurai kemas sampai ke pinggang. Tengok dari belakang, nampak macam barbie brunette pula. Haha. Aku berdiri di belakangnya, sama-sama menunggu lift tiba. Dia sibuk dengan telefon bimbitnya. WhatsApp dengan boyfriend kot. Ehh, cakap pasal WhatsApp, kenapa Ika tak reply aku? Ke dia belum bangun? Dah bluetick. Hmmm... Aku tak faham.

"Hi. Good morning!"

Perempuan di hadapan aku tadi tiba-tiba berpaling ke arah aku. Mungkin dia nampak reflection aku dari pintu lift tu.

"Morning." Aku cuba act cool, senyum senget sikit je.

"You don't recognise me?"

Recognise?? Aku kenal ke dia ni? Tak cam pun. Aku buat muka hairan.

"I selalu nampak you usha I tengah yoga." Dia memukul mesra lengan aku, cuba mengembalikan memori aku yang lemah ni. Lepas dia cakap yoga, muka aku terus nampak excited. Yalah, akhirnya boleh tengok dia face to face. HAHA!

"Ahhh! Yes yes. You. Now I remember. Haha. Sorry, I tak dapat cam you dengan all dress up ready for work ni." Aku kagum melihat cara dia menggayakan dirinya. From head to toe, all mix perfectly. Dress hitam berlengan panjang dan skirtnya yang panjang sampai atas lutut. Ada lace putih di bahagian leher dan juga lengannya. Kasut wedges bertutup berwarna hitam menjadi pilihan. Simple yet elegant. Dah macam Theresa aku tengok dia ni cuma Theresa rambutnya lurus.

"So, memang mengaku la selalu usha?" Dia jeling manja kat aku. Aku hanya mampu tersipu-sipu malu. Belum sempat aku jawab, pintu lift dah terbuka. Nasib baik jugak lah. 

Dalam lift tu kami diam je sebab ada seorang lagi bersama kami. Kadang-kadang aku curi pandang kat perempuan tu dan dia pun buat benda yang sama. Pelik tapi aku rasa happy. Sampai tingkat bawah, kami pergi arah yang berasingan selepas berbalas senyuman. Aku berjalan ke arah kereta aku yang diparkir di tempat biasa. Sini parkir ikut nombor rumah, biasalah kalau apartment kan. Aku hidupkan enjin lalu dibiarkan seketika. Aku menyandar di pintu kereta sambil bermain telefon. Aku buka WhatsApp. Belum reply lagi. Hmmm... Penantian yang menyeksakan.

Selepas beberapa minit, aku pun masuk ke dalam kereta dan memandu laju keluar dari perkarangan tempat tinggal aku. Aku nak test guna jalan dekat rumah Ika, mana la tau terjumpa dia. Sampai hati kau bluetick kan aku, Ika. Huhu...

BengkokHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin