Bab 24

5.9K 143 21
                                    

AHH SUDAH!! Aku tak tahu nak buat apa. Aku masih tertanya-tanya kenapa dalam bilik aku ada budak gempal tu? Siap berkemban pulak. Ke aku berhalusinasi tadi? Hmm.. Tak, aku yakin itu realiti. Yelah, takkan la aku dok teringat-ingat kat dia pula. Boleh dengar dari luar yang mereka tengah kecoh kat dalam sekarang. Masalah besar ni.

Aku tengok kiri dan kanan. Nasib baik tak ada orang. Tapi takkan aku nak lari pula? Aku kena hadapi juga. Aku akan kuatkan diri. Lagipun aku tak salah, aku cuma nak masuk dalam bilik yang Fiona dah bagi. Bilik 101. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hairan. Tiba-tiba mata aku terfokus pada pintu bilik di hadapan aku. ROOM 101. Aik?! How come?? Aku pusing ke belakang. Melihat nombor bilik si gempal tadi. ROOM 110. Ahhh mampus lah aku. Kena smackdown la ni. Macam mana boleh salah tengok???

Pintu bilik 110 terbuka. Aku terkejut. Gadis bergigi besi berdiri di hadapan aku. Kalau aku tak silap, nama dia Tina. Tina juga memakai kaca mata tetapi bujur berbingkai coklat. Ala-ala hipster gittew. Rambut ikal paras dada. Muka macam sombong sikit tapi boleh tahan lah. Aku kasi dia 5 bintang. HAHAHA. No lah. Just kidding.

"Kau??? Apa kau nak lagi? Kan kita dah settle tadi?" tengking Tina. Garangnya.

"Sorry. Saya silap bilik." Aku hanya mampu tertunduk malu.

"Macam mana boleh silap bilik? And macam mana kau boleh masuk bilik kami?" soal Tina lagi seperti seorang detective.

"Saya silap tengok nombor bilik. Bilik saya sepatutnya kat depan ni," sambil tunjuk ke arah bilik 101. "Entah macam mana boleh terbuka pintu korang tadi. Macam tak kunci."

Tina berpaling ke arah rakan-rakannya. "Weyy, siapa last masuk tadi? Ada kunci pintu ke tadi?"

Semua berpaling ke arah si gempal atau lebih dikenali sebagai Leen. Raut wajah Leen berubah. Mungkin dia orang terakhir masuk bilik tadi.

"A-ah. Aku lupa kunci pintu la tadi." balas Leen sambil tersengih-sengih.

Mereka semua mentertawakan Leen. Semua ni takkan terjadi kalau bukan kerana kecuaian Leen. Aku dapat rasakan suasana menjadi tenang semula. Tina memandang tepat ke dalam mata aku. Tajam sungguh renungannya. Aku tak tahu kenapa aku rasa semacam je bila dia pandang aku macam tu. Seram sejuk. Haha.

"Takpe lah. Bukan salah kau jugak. Leen yang tak kunci pintu tadi. Tapi nasib baik kau yang buka pintu, bukan orang lain. Lain kali tengok betul-betul."

"Ya-yaa.. Sorry again."

Tina menjeling aku lalu menghempas pintu. Aihhh.. What's wrong with you?? Aku takda cari masalah dengan kau. Tiba-tiba pulak nak angin dengan aku. Pffffttt.. So annoying. Memang korang semua pembawa malang kat aku. Tak habis-habis bagi aku masalah. Aku pusing menghadap pintu bilik aku dengan perasaan yang tak puas hati, mengeluarkan kunci dari dalam poket lalu mencapai tombol pintu. Baru saja aku nak buka pintu, seseorang menegurku. Aku pusing.

"Sorry," Ika keluar dari bilik 110 perlahan-lahan. "Pasal Tina tadi," sambungnya lagi.

Aku hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Dia hempas pintu kuat-kuat tadi. I nak minta maaf."

"Ohh... Tapi kenapa you pulak yang nak kena minta maaf?"

"I don't know. Maybe sebab I rasa you don't deserve to be treated like that. It's rude. So I nak minta maaf bagi wakil Tina."

Aku terdiam seketika. Aku cuba menyelami maksud kata-kata Ika. Sungguh tersirat sampai susah aku nak faham.

"Dia... Hmmm..." Ika teragak-agak untuk memberitahu aku tapi aku dah macam boleh agak.

"Dia tak suka orang macam I?" aku sambung ayat Ika. Ika mengangguk. Aku dah agak dah. Patut lah tengok aku macam nak makan orang.

BengkokWhere stories live. Discover now