Bab 35

5.7K 144 42
                                    

Aku tengok jam tanganku. Tepat pukul 12 tengahari. Lunch hour akan start anytime now. Ini bermakna Ariana akan busy kat cafe dan kemungkinan untuk dia berada di apartmennya adalah sangat rendah. Kalau pecah masuk apartmen dia sekarang, sangatlah selamat. Pecah masuk? Yes, aku tak tahu macam mana nak pecah masuk. Ni semua idea Theresa. Aku jadi orang kanan je.

Bercakap mengenai rancangan Theresa, dia ni kat mana??? Janji jam 11.30. Aku text tak reply. At least dia tak bluetick kan aku. Tu aku boleh terima sikit. Haha. Entah dah berapa kali aku tengok jam, kelibat Theresa masih tak kelihatan. Aku tunggu dia kat area parkir apartmenku. Mungkin aku kena call dia. Aku keluarkan phone dari dalam poket seluar kemudian cari nama Theresa dalam phonebook. Baru je aku nak call dia, aku dah boleh dengar bunyi kereta Theresa menghampiri tempat aku berdiri. Ahh, panjang umur. Nasib baik dia boss aku, kalau tak dah lama aku bebel. Lambat sangat. Aku dah lah nervous first time nak pecah masuk rumah orang. Huhu...

"Hi. Dah lama tunggu?" Theresa keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dia parkir berhampiran tempat aku berdiri.

"Yessss! Janji 11.30. Sekarang dah 12 suku."

"Sorry. I ada problem sikit tadi." Theresa menggigit getah rambut kemudian menarik semua rambutnya ke belakang dan mengikat rambutnya rapi.

"Problem apa?"

"I have nothing to wear." keluh Theresa. Huh?? Baik punya alasan. Closet kau dah lah macam ada Narnia kat dalam. Boleh pula cakap nothing to wear.. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Susah juga jadi orang kaya ni. Hmm..

Aku tengok Theresa dari atas ke bawah. Dia pakai tank top warna hitam menyerlahkan bentuk badannya yang langsing dan skinny ripped Jeans warna kelabu yang dipadankan dengan high heels bertali silang di depan. Kalau aku tak kenal Theresa, mungkin aku dah usha dia. Haha.

"By the way, macam mana kita nak masuk apartmen Ariana?"

"Don't worry. I ada orang dalam." Theresa menyeluk saku seluarnya kemudian mengeluarkan sebatang kunci. "I have master key." 

"Perghh... Hebatlah. I think you should become a spy la. Body dah cun. Muka lawa." Aku memuji-muji kelebihan Theresa. Sememangnya dia seorang boss yang multi-talented.

"Are you flirting with me, Zee?" Theresa tengok aku dengan pandangan yang agak nakal. Aduh. Boleh cair aku tengok dia buat muka macam tu. Huhuhu..

"Urghh... No, Theresa. Dah lah. Jangan buang masa lagi. Let's go." Aku pun berjalan menuju ke pintu lift. Theresa mengekori aku.

Semasa sedang menanti lift tiba, aku dengar suara orang berborak rancak sedang menghampiri kami. Alamak. Aunty Anne dan Aunty Mary. Aku harap diorang tak banyak tanya hari ni.

"Ehh Ah Boy. Hi." Tegur Aunty Anne sejurus matanya ternampak aku berdiri depan lift.

"Wahh.. Who's this ah boy? Very pretty amoi." Aunty Mary memuji Theresa yang sedang berdiri sebelah aku.

"Ini kawan saya. Nama dia Theresa, aunty." jawabku sopan. Walaupun tak ada mood nak berborak sekarang, aku kena respect orang yang lebih tua.

"You punya amoi ka, ah boy?" Aunty Anne mencubit mesra bahu aku. Aku cuma tersengih-sengih.

"Ishh! Anne, cannot like that lah. You forgot ah Ariana cakap semalam?" Aunty Mary pula memukul lembut bahu Aunty Anne. 

"Ariana cakap apa semalam, aunty?" soalku pantas lepas dengar nama Ariana disebut. 

"Kami tahu ah boy sekarang dengan itu amoi Ariana kan? Ariana ada bagitahu kami semalam." jawab Aunty Mary pula. Aku terkejut dengar jawapan Aunty Mary. Memang confirm Ariana ni tak betul. Aku tengok Theresa, dia dah buat posing berfikir dia tu. Entah apa lagi dia fikir lepas ni.

BengkokWhere stories live. Discover now